Diserang

15 0 0
                                    

"Kalau aku jumpa, aku hentak-hentak sampai kau jatuh tergolek atas tanah. Baru puas hati aku." Yalina mengomel sendirian di dalam bilik tidurnya. Hatinya panas.

Pagi tadi apabila dia bangun dari tidur alangkah terkejut apabila mendapati dia nyenyak tidur di tengah-tengah hutan. Ingatan terakhir dia sebelum kedua matanya tertutup adalah dia sedang bercakap dengan Asrar sebelum lelaki itu melakukan sesuatu yang mengakibatkan dia tidak sedarkan diri.

"Ni pisau pula hilang." Apa yang membuatkan dia lagi bengang pisau belati miliknya tidak dapat dikesan. Dia bertindak menyelongkar seluruh sudut di dalam biliknya.

"Tapi seingat aku memang pisau tu aku bawa semalam." Dia berhenti berfikir sejenak. Memainkan semula layar cerita semalam di sudut memori.

"Masa Ra datang aku tengah asah pisau..." Dia bergerak ke sudut dimana dia mengasah pisau itu semalam.

"Lepastu...Bukan ke aku pegang pisau tu masa tengah tunggu Ra?" Kening berkerut seribu.

"Ha.. betullah aku ingat lagi. Terakhir aku tengok masa tunggu Ra semalam." Dia mengangguk kecil sebelum sepasang mata hijau itu terbuntang luas.

"Jangan cakap yang....pisau tu jatuh dekat hutan." Dia mengeluh berat. Hati kecilnya kuat mengatakan bahawa pisau itu jatuh semasa dia melarikan diri dari tentera Alpha semalam.

"Masaklah kalau Pakcik Uwais tahu.." Pisau belati itu sebenarnya hadiah peninggalan arwah ayahnya dan Uwais sudah memberi amanah agar dia senantiasa menjaga pisau itu dengan baik.

"Ada apa-apa yang pakcik kena tahu ke Yalina?" Suara garau dari belakang membuat dia terkedu seketika. Macam mana dia boleh tidak dengar Uwais masuk ke biliknya.

Dia pantas berpaling dan senyuman manis dihadiahkan buat Uwais.

"Eh, mana ada. Pakcik nak pergi mana?" Dia cuba memancing pakcik untuk mengubah topik perbualan.

"Pergi ke pejabat sekejap." Jawab Uwais. Uwais memerhatikan tindak tanduk si gadis dihadapannya. Macam ada sesuatu yang disorok oleh si gadis berwajah manis itu.

"Hati-hati." Yalina tersengih apabila pakciknya tidak curiga. Nasib baik pakciknya tidak tahu bahawa pisau belati miliknya hilang. Dia tidak tahu jika sebaliknya.

"Erm." Uwais mengangguk sepatah lalu berlalu meninggalkan Yalina di dalam biliknya. Entah apa yang dicari anak saudara di dalam bilik itu. Macam mana dia tahu? Habis segala sudut bilik berselerak, batal di lantai, buku-buku bertaburan di atas meja.

"Kamu Yalina." Uwais memusingkan badan dan memandang tepat kearah Yalina.

"Ya." Yalina menelan liur. Adakah pakcik dia sudah tahu?

"Jangan cuba-cuba nak keluar ke hutan. Kamu dilarang sama sekali untuk keluar dari bandar ni. Faham?" Uwais berkata tegas. Pandangan Uwais tidak berganjak dari memandang sepasang mata mirip arwah abangnya itu.

"Pakcik jangan risau." Yalina menghadiahkan Uwais sebuah senyuman yang paling dia rasa manis setakat ni. Perlahan-lahan kelibat lelaki separuh Abad itu hilang dari pandangan mata.

Manakala Yalina meneruskan misi mencari pisau belati miliknya.

.
.
.
.

"Aku tersepak akar kemudian jatuh. Pastu..." Yalina melakukan senario kejadian dimana dia tersepak akar pada malam semalam.

"Pisau tu mesti jatuh di kawasan ni." Pandangan mata dilebarkan ke seluruh kawasan akar kayu pokok. Sekejap dia bergerak ke belakang pokok yang besar itu, sekejap dia berjalan mengelilingi pokok itu namun dia masih belum menjumpai pisau itu.

Dimana lagi harus dia mencari, sejenak dia buntu. Nampaknya dia akan berhadapan dengan kemarahan Uwais kelak. Dan semestinya dia perlu bersedia mental dan fizikal.

SerenWhere stories live. Discover now