Suri

19 0 0
                                    

"Untuk pengetahuan semua, pada akhir latihan akan ada ujian yang perlu kamu jalankan bagi memilih siapa yang layak untuk menjadi sebahagian daripada Cobra."

Tentera kerajaan Aider dipegang oleh tiga tampuk kuasa tentera dan setiap daripadanya dipimpin oleh seorang Komander. Cobra merupakan tentera yang terkuat daripada tiga pemerintahan tentera Aider yang mana dipimpin oleh Enzo.

"Kamu semua diberi rehat satu hari sebelum ujian kelayakan bermula." Sambung Koperal Hans kepada semua pelatih yang berdiri tegak dihadapannya. Selaku koperal yang bertugas untuk melatih dan menjaga pelatih semasa berada di kem tentera Hans sangat berharap ramai yang akan diserap ke dalam Cobra pada kali ini.

"Salute!" Anggota pelatih yang terdiri daripada pelbagai bangsa di kerajaan Aider dan campuran jantina lelaki dan perempuan memberi tabik hormat kepada Koperal Hans.

Melihatkan Koperal Hans yang berlalu pergi. Semua anggota pelatih mula bersurai dari berkumpul di padang lapang kem.

"Suri, kau rasa kita lepas tak ujian tu?" Sara bertanya ketika dia berdua berganding kearah dewan makan. Sara seperti tidak yakin bahawa dia boleh lepas ujian kemasukan Cobra.

"Kenapa kau tanya macam tu?" Suri bertanya kembali.

"Kau tengoklah pelatih lain, semua kuat dan pandai bertarung berbanding kita berdua ni apalah sangat. Lembik. Macam tak yakin diri pula aku." Sara menyatakan kerisauan kepada Suri. Walaupun dia baru sahaja bertemu Suri semasa dalam latihan tapi dia merasakan keserasian diantara mereka. Mungkin kerana sifat mereka yang lembik dan lemah sama seperti yang dikatakan oleh Heidi membuatkan mereka rapat.

"Kuat bukan bermakna mereka akan lepas ujian tu tapi strategi yang betul." Kata Suri bersahaja.

Sara mengangguk sendiri. Sedikit sebanyak apa yang dikatakan Suri boleh melegakan keresahan Sara.

Apa yang membezakan Suri dan Sara adalah gadis bernama Suri ini lebih bersahaja dan tenang menghadapi sesuatu.

"Setuju. Aku berharap sangat kita berdua lepas dan dapat duduk dalam satu unit yang sama."

Dewan makan sudah menyapa pandangan Suri dan Sara.

"Entah-entah satu unit dengan Heidi." Suri tersenyum mengusik.

"Choiii...kau tarik balik apa yang kau cakap tadi! Memang pantang aku dengar nama Heidi and the gang tu. Mentang mentang diorang anak pengawal atasan dan menteri, mereka ingat mereka hebat?" Sakit pula hati Sara apabila teringat peristiwa ketika menolong Isha tempoh hari.

Semakin lebar senyuman yang terukir dibibir Suri. Marah benar nampaknya Sara dengan Heidi, Kai dan Lola.

"Memang diorang hebat pun kan? Koperal Hans selalu puji diorang masa latihan." Tidak dinafikan bahawa mereka bertiga sangat hebat bertarung walaupun mereka seringkali menyalah gunakan kemahiran mereka dengan menindas pelatih yang lemah.

"Koperal Hans tu lagi satu hal. Asyik-asyik puji minah bertiga tu. Menyampah aku." Sara membeliakkan mata. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam dewan makan yang dipenuhi manusia itu.

"Ramainya. Selalunya anggota tentera Cobra akan makan dahulu dari kita kan?" Tanya Sara. Mereka berdua bergerak mengambil pinggan lalu berbaris untuk mengambil makanan.

"Selalunya." Balas Suri.

Nampaknya dewan makan sudah dipenuhi oleh anggota tentera yang lain. Mungkin kerana sekarang merupakan waktu puncak jadi anggota tentera Cobra bercampur dengan anggota pelatih untuk makan di Dewan makan.

Dengan tidak semena ada tiga manusia yang melintas barisan yang panjang itu. Sara mengangkat kening kepada Suri tapi Suri hanya mengangkat sedikit bahunya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SerenWhere stories live. Discover now