4 - 28 April

9 2 0
                                    

28 April, tanda dah setahun berlalu selepas langkah pertama aku, dan aku masih keliru ke mana arahnya langkah aku ni?

Dalam perjalanan yang aku tak pasti di manakah penghujungnya, aku berhenti seketika. Tempat di mana aku mulakan langkah tadi, sudah pun hilang dari pandangan mata. Aku tahu, patah balik buat masa sekarang adalah mustahil.

Sekalipun aku patah balik, tempat itu sudah berbeza.Pilihan yang ada sekarang, adalah tunggu dan majukan tempat ini,atau terus berjalan.

Aku pilih untuk tunggu. Awalnya, tempat ini bosan. Mahu sahaja aku lari dari sini dan pergi ke depan. Tetapi kemudian, aku jatuh sakit. Aku hanya mampu duduk di sini, hidup dengan apa yang ada. Lama kelamaan, aku rasa selesa hidup begini. Aku tak lagi merasakan bahawa jalan ke depan sana akan buatkan aku bahagia.

Namun,

Ada orang datang.

Dia hulurkan bantuan kepada ku untuk bergerak maju bersamanya ke depan. Betapa bodohnya aku ketika itu,

kerana aku setuju.






Kini, perjalanan kami masih haluan yang sama tetapi mungkin niat kami berbeza. Dia sudah jauh di depan meninggalkan aku. Aku masih cuba mengejarnya tapi aku tahu aku tak mampu.Mungkin aku tak patut teruskan perjalanan ni. Mungkin aku patut tunggu di mana aku berjalan sekarang.

Namun begitu, sebanyak mana pun aku menyesali tindakan tinggalkan tempat rehat yang lama,aku paling menyesal mulakan langkah pada tahun lalu.










[ Kepada si dia yang dimaksudkan; aku masih berjalan di jalan yang sama, mengharapkan kita akan berjumpa kembali di hadapan sana. Terima kasih kerana pernah bantu aku bangkit walaupun sekejap. Jumpa nanti. ]





Laman CeritaWhere stories live. Discover now