Ada seorang gadis masuk ke lorong rak buku yang aku sedang lepak. Aku kenal gadis ini. Lily, 16 tahun, kelas 4 Sains 1. Kawan baik kepada kawan baik aku, Jun. Pelajar pandai.
Seperti biasa, gadis itu berseorangan, menginjau ke arah rak buku yang di lorong ini. Dari bawah hingga ke atas, dan dia berhenti mencari. Matanya tertancap pada sesuatu di rak tingkat atas.
Kemudian, gadis itu pandang ke arah aku. Kami bertentangan mata buat sesaat sebelum aku larikan pandangan. Shit! Aku gelabah. Manga yang aku sedang baca, aku tarik menutup muka aku.
Bunyi derap kaki kedengaran. Aku merayu dalam hati agar gadis ini pergi dari sini. Aku terlalu malu untuk menghadapnya sekarang.
"Err awak."
Gulp.
Manga yang menutup muka aku tadi, aku turunkan sehingga paras hidung. Aku terpaksa dongakkan kepala, memandangnya yang sedang berdiri di sebelah aku yang duduk bersandar pada dinding.
"Nak minta tolong boleh?" Aku angkat kening.
"Tolong ambil buku dekat tingkat empat tu. Tak sampai pula," lembut sahaja permintaan dia sehingga mampu membuatkan aku cair. Ah comel betul dia ni. Aku sudah lama pasang angan-angan untuk bercakap dengan dia sebenarnya tetapi aku harap bukan dekat sini.
Selalunya benda yang kita taknak lah yang kita akan dapat bukan?
Aku berdiri dan memintanya untuk membimbing jalan ke arah rak yang dimaksudkan. Semakin bertambah pula kecomelan dia apabila aku baru sedar yang ketinggiannya hanya pada paras siku aku. Patut lah tak sampai nak ambil buku dekat tingkat empat.
"Buku apa?" soalku. Lily ketap bibir, matanya melilau sekeliling membuatkan aku tertanya-tanya mengapa dia berkelakuan aneh sedemikian.
"Hm bila fikir balik, takpelah. Saya ambil sendiri."
Dia tinggalkan aku. Aku mengeluh. Tiada kesempatan lagi ke hari ini? Adakah ini tandanya aku kena tolak?!
Aku raup muka aku. Cis! Malunya. Entah apa yang aku malukan, aku sendiri tak tahu. Rasanya Lily tak perasan pun aku ni dari tadi pandang dia.
Tak, dah tujuh bulan aku curi-curi pandang dia dekat sini.
Dekat kedai buku.
Aku duduk bersandar pada dinding semula. Manga yang terganggu pembacaan tadi, aku selak. Dari ekor mata aku, aku nampak Lily sedang memanjat kerusi untuk sampai ke rak tingkat empat. Sungguh aku cakap, aku kurang yakin dengan kerusi tu. Nampak macam dah rosak. Gadis tu panjat pun bergoyang-goyang je dari tadi. Tetapi aku malas nak ambil kisah. Perempuan tu dah buang aku dulu sebelum dia sempat kenal aku.
Tak, aku tipu.
Sesaat selepas aku terdetik perkara macam tu, aku tutup manga dan berjalan ke arahnya. Rasa tak sedap hati menguasai diri. Dan saat itu, kaki kerusi itu patah.
Lily jatuh dalam dakapan aku, termasuk manga yang dia sempat tarik keluar dari rak.
Kejap.
Manga?
"Atsushi?" soalnya perlahan sambil pegang muka aku. Jantung aku berdegup kencang apabila jarinya yang halus tu sentuh kulit aku.
Aku geleng kepala. Dakapan kami, aku leraikan. Manga yang sempat aku ambil tadi, aku serahkan kepadanya. Aku sengih membaca tajuk manga tu.
Bungo Stray Dogs.
"Nah, manga kau."
Lily rampas manga tu dari tangan aku. Mukanya berona merah. Matanya hanya memandang lantai. Tangannya menggeletar.
YOU ARE READING
Laman Cerita
Historia CortaLAMAN CERITA Nak baca cerita pendek-pendek? Suka cerita ringan? That's it! Selamat datang ke Laman Cerita di mana awak akan berjumpa dengan Jo, barista yang tak suka kopi ; Lutfi, seorang cosplayer ; Adam, pemain bola tampar dan ramai lagi! + jempu...