1

6 0 0
                                    

"ramai customer hari ni. hari ni hari apa sebenarnya? " tanya Hazel sambil mop lantai yang kotor akibat tumpahan air daripada anak pelanggan tadi. apabila bekerja di kafe ini biasalah kalau ada tumpahan air di atas lantai. Mop akan sentiasa berada di tangan.

"kau lupa ke hari ni hari sabtu? memang lah ramai customer datang" rungut Aida. Dia menggelengkan kepalanya. Hari pun boleh terlupa. Padahal setiap hari sabtu dan ahad memang akan penuh kafe itu. Hazel mengangguk setelah mendengar jawapan daripada Aida. sibuk sangat bekerja sampai terlupa hari apa. Dia ingatkan hari itu adalah hari khamis.

"Aida nanti jangan lupa untuk isikan balik kek rainbow dalam peti kek tu" laung Seera di dapur. Kek rainbow yang disebut itu dikatakan kek 'hot selling' di kafe itu. Setiap hari kek itu akan habis. Kek itu menjadi pilihan pelanggan kerana rasa keknya yang kurang manis dan berlemak.

"aku nak tanya, kita tak ada menu special ke hari ni" soal Mariam.

"belum jumpa" jawap Aida.

HAMPIR tidak bernafas Anisya setelah kepalanya beberapa kali direndam oleh Tasya dan rakannya yang lain. Tercungap - cungap Anisya mengambil nafas kerana mukanya direndam berejam - jam di dalam tersebut. Badannya tersandar pada dinding tandas sehingga terduduk Anisya. Dia menundukkan kepalanya dan mengangkat tangan kanannya seolah olah memberi isyarat kepada Tasya dan rakannya untuk menghentikan perbuatan itu.

"Berhenti Tasya, aku dah tak tahan" pinta Anisya. Tangannya mula mengigil akibat kesejukan. Tasya dan rakannya pula memandang antara satu sama lain. Mereka mentertawakan Anisya yang masih menahan kesejukan di dalam tandas itu. Tasya memberikan pandangan mengejek kepada Anisya.

"Kalau aku tak nak? kau nak buat apa?" tanya Tasya. Dia mencangkung di hadapan Anisya dan menampar perlahan kepala Anisya sehinggakan kepala Anisya beberapa kali menoleh ke kiri dan kanan. Anisya menolak lemah tangan Tasya daripada menampar mukanya.

"Kau tolak aku! Guys tengok dia ni. Dah nak mampus pun berani lagi tolak tangan aku" provok Tasya. Anisya hanya diam dan memandang Tasya dengan pandangan yang lemah. Dia masih mencari nafas. Hidungnya menjadi sakit dan perit akibat terlalu lama berada di dalam air.

"Cukup Tasya. hentikan semua ni" Anisya sekali lagi cuba meminta Tasya untuk menghentikan perbuatannya. Mereka ini adalah sekumpulan pembuli di sekolah international ini ataupun dikenali sebagai sekolah swasta. Hanya disebabkan dia datang daripada keluarga yang kurang senang, Tasya dan rakannya membuli dia. Tujuan dilakukan adalah untuk menghalau Anisya keluar daripada sekolah tersebut.

Katanya hanya orang berkemampuan seperti dia sahaja boleh berada di sekolah tersebut. Tasya yang mendengar kata - kata Anisya menjadi berang. Dia terus menarik rambut Anisya dan memaksa Anisya untuk berdiri.

"ARGHHHHHHHH SAKIT"

"oh tahu sakit. Hati aku ni lagi sakit kau tahu tak! berani kau report pada cikgu apa yang aku buat pada kau ni. Kau tahu tak disebabkan kau lah! aku dengan diorang ni kena masuk pejabat pengetua pagi!" jerit Tasya di telinga Anisya. Kejadian pagi tadi sangat menyakitkan hatinya. Mujur saja, pengetua percaya dengan penipuan yang dia buat pada pagi tadi.

"kau membuli orang! itu yang kau patut dapat!" jawapan yang diberikan oleh Anisya menambahkan lagi berang Tasya terhadapnya. Tasya menolak Anisya ke lantai dan menendang Anisya sekuat hati. Rakan - rakannya yang lain juga membuat perkara yang sama.

"ini pun benda yang kau patut dapat selepas apa yang kau buat tadi pagi perempuan! rasakan" jerit Tasya. Jeritan Anisya tidak dapat meminta pertolongan daripada sesiapa pun kerana hari ini adalah hari sabtu dimana hanya pelajar tingkatan lima sahaja yang perlu datang ke sekolah untuk kelas tambahan bagi menempuhi peperiksaan besar yang akan datang ini.

Mystery Cafe Where stories live. Discover now