KAD yang diberikan oleh Hazel direnung dengan penuh tanda tanya. Tawaran Hazel agak membuka matanya. Namun apakah balas dendam yang akan dilakukan oleh Hazel ? Adakah membunuh ? perkara itu yang masih menjadi tanda tanya.
"HAHAHAHA weyh cari si Anisya tu" kedengaran suara Tasya dari luar kelas 5 Bestari. Anisya bergegas memasukkan kad tersebut ke dalam beg galasnya. Kad itu tidak boleh diketahui oleh Tasya.
Bahaya
TAP!
"perempuan, ikut aku sekarang" arah Tasya. Keadaan yang bising tadi menjadi sunyi buat seketika kerana kehadiran Tasya dan rakannya di kelas 5 Bestari. Anisya tidak berkata apa - apa tetapi dia hanya menurut sahaja perintah daripada Tasya.
Tasya senyum mengejek kearah Anisya. Bahu Anisya dipeluk persis seperti kawan baik. Kemudian tangan kirinya menepuk - nepuk bahu Anisya. Anisya pula hanya menundukkan pandangan sahaja. Tidak terdaya untuk melawan perempuan jahanam ni.
Mereka bersama - sama keluar dari kelas. Tasya masih tersenyum. Tidak tahu lah apa yang gembira sangat pada matanya. Tetapi nampak gaya macam ada sesuatu yang telah terjadi.
"Kau nak tahu something tak?" Bisik Tasya. Senyuman yang dibuat - buat juga Masih terukir di bibirnya. Dia kenalah buat - buat senyum macam kawan supaya tiada lagi persoalan terhadap dirinya dan Anisya.
"Hari ni aku ada something special nak bagi kau. Kira ni macam 'hadiah' lah" kata Tasya. Anisya mengangkat kepala apabila mendengar kenyataan daripada mulut Tasya. Dadanya berombak. Tangannya mengeluarkan peluh. Apa lagi yang akan Tasya buat pada dirinya?
HAZEL merenung ke luar jendela. Sudah dua hari tawaran itu dikemukakan. Namun Masih tiada jawapan lagi daripada Anisya. Mungkin dia lebih sanggup menghadap pembuli itu sepanjang hidup daripada membalas dendam.
"Sudah - sudahlah tu tunggu budak perempuan tu datang balik" tegur Aida. Inilah dia kalau terlalu taksub sangat nak tolong orang sampaikan sanggup tunggu. Budak itu Pon Masih bersekolah jadi dia faham kalau budak itu tidak mahu mengambil sebarang risiko.
"Dia tak nak balas dendam ke, penat lah aku tunggu" rungut Hazel. Kepala dipangku dengan kedua - dua Tangannya. Mulutnya pula dimuncungkan. Tanda geram dengan Anisya kerana tidak memunculkan diri Selama dua hari ini.
"Kau ni pun bagilah dia masa. Dia tu kan Masih budak sekolah lagi. Maybe dia fikir masa depan dia lah. Takut apa yang dia buat tu akan jadi risiko" jawab Aida. Mungkin juga budak perempuan itu ingat yang mereka akan bunuh pembuli itu.
"Hazel! Kemas barang - barang kau ni. Orang nak letak kek pun susah" laung Seera. Dah lah kek yang dibawanya ini berat. Boleh pula si Hazel ni letak handphone dia dekat rak kek ni. Kacau daun betul. Hazel yang terdengar terus memandang Aida.
"Ini lagi sorang. Nak duduk sekejap pun tak boleh. Alihkan sajalah" rungut Hazel. Kaki dihentak tanda marah dengan Seera. Dah lah dia masih geram dengan budak perempuan tu. Seera pula macam menambah api.
BADAN Anisya tersandar pada dinding di belakang sekolah. Tasya pula mencangkung di hadapan Anisya dan memegang mulut Anisya. Dia menekapkan putung rokok yang panas ke bibir Anisya secara paksa. Anisya Cuba mengelak tetapi semakin kuat Tasya memaksa.
SSSHHHHHHH
"ARGHHHHHHHHHH"
"HAHAHAHAHAHA rasakan perempuan. Aku benci tengok mulut kau yang pink tu. Nampak macam kurang cantik. Jadi aku tambah lah dengan tekap putung rokok ni dekat mulut kau. Biar hitam campur berdarah sikit. Baru lah nampak macam gothic" kata Tasya. Puas dia dapat tekap putung rokok itu. Inilah hadiah yang dia mahu berikan.
Sakit hatinya melihat Anisya bercakap dengan kekasih hatinya semalam. Bukan main miang lagi si Anisya. Sebab itulah dia memberikan hadiah yang bermakna ini supaya Anisya tidak lagi membuka mulut lagi di hadapan siapa - siapa.
Anisya mengalirkan air matanya. Peritnyaa tidak terkata kerana Tasya menekap kuat putung rokok itu pada bibirnya. Kakinya sudah terkapai - kapai menahan perit daripada kesakitan. Tasya yang melihat Anisya sudah menggelepur tersenyum puas. Puas sungguh hatinya. Anisya cuba memberanikan diri untuk melawan Tasya. Tangannya perlahan - lahan naik menarik tudung rambut Tasya. Dia menarik sekuat hati sehinggakan Tasya tercampak ketepi. Anisya mengambil kesempatan itu untuk melarikan dirinya daripada Tasya.
Tangannya menekup bibirnya yang sudah luka dan berdarah. Bibirnya sudah buruk akibat daripada perbuatan Tasya. Mesti esok akan menjadi satu ejekan rakan sekolahnya terhadap bibirnya yang sudah menjadi hitam dan luka. Malu dan sakit bersatu memberikan satu trauma yang baharu kepada Anisya. Dia sudah nekad. Sekiranya dia tidak bertindak membalas dendam keadaan dirinya akan menjadi lebih teruk pada masa akan datang. Dia perlu berjumpa dengan Hazel.
SENYUMAN manis diukir kepada pelanggan. Hazel memberikan baki wang kepada pelanggan dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tersebut tanda dia sangat menghargai pembelian daripada pelanggan itu. Dia melihat jam pada tangan kirinya. Sudah pukul tiga petang. Cepat betul masa berlalu. Tinggal lagi dua jam sahaja untuk dia berada di kafe ini. Selepas ini boleh lah dia balik dan tidur di rumah sepuas hati.
"saya nak order menu special. Masih ada lagi ke?" soal seseorang. Hazel cepat mengangkat kepala kerana dia sangat kenal dengan suara yang memesan pesanan tersebut. Senyuman misteri diukir. Akhirnya, datang juga budak kecil ni. Ingatkan dah tak nak balas dendam dah. Namun apa - apa pun dia sangat berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Anisya.
"awak nak order 'menu special'? awak tak menyesal order menu ini? Americano rasanya 'pahit' tau" soal Hazel. Saja dia soal sebegitu rupa kerana ingin tahu jikalau Anisya ini serius atau main - main order menu ini. Anisya mengangguk yakin dengan apa yang dipesan sebentar tadi. Itulah yang dia perlu buat untuk memberikan Tasya pengajaran selepas beberapa tahun menyeksa fizikal dan mentalnya.
"ya saya yakin dengan apa yang saya order" jawab Anisya. Hazel mengangguk dan masih mengekalkan senyumannya tadi. Kemudian dia memandang Aida yang sedang memerhatikan mereka berdua. Aida juga menganggukkan kepalanya faham dengan hint yang diberikan oleh Hazel dan segera menyiapkan pesanan tersebut. Mujur di kaunter itu tiada orang. Jadi tiada sesiapa yang akan tahu menu special tadi.
"awak boleh duduk dulu. nanti kalau dah siap. Saya akan hantar ke meja awak" kata Hazel. Anisya mengangguk dan bergerak mencari tempat duduk. Dia mencari tempat duduk yang agak jauh daripada orang ramai. Hazel pula segera pergi ke bahagian dapur dan pergi ke ruang rahsia mereka.
"guys kita ada menu special. Nanti kau keluarkan kek tu ya Seera. Limited edition" Laung Hazel. Seera, Hana dan Tina mengangguk faham. Mereka mengambil tempat masing - masing sebagai tanda bersedia dengan misi mereka kali ini.
YOU ARE READING
Mystery Cafe
Action"selamat datang ke cafe kami, cik nak order apa?" tanya pelayan di kaunter itu sambil tersenyum. "saya nak order menu special di sini" kata seorang pelanggan dengan pandangan yang takut dan pucat. Kemudian matanya pula melilau memandang kiri dan kan...