3

1 0 0
                                    

TEKUN Hazel mendengar masalah yang dihadapi oleh Anisya sambil kakinya disilang. Cawan yang berada di tangan di mainkan. Mereka mengambil tempat yang tersorok daripada pelanggan lain supaya pelanggan tidak mendengar perbualan sulit mereka.

Hanya disebabkan Anisya ini berasal daripada keluarga B40, Tasya Dan rakannya membuli dirinya. Hazel tersenyum sinis. Di dalam kepalanya sudah tercipta satu idea untuk mengenakan budak seperti Tasya.

"Buat masa ni, kau tak perlu datang ke sekolah. Tinggal di rumah dan aku akan buat satu surat cuti" Hazel meletakkan cawannya di atas meja. Anisya terkejut dengan arahan daripada Hazel. Perkara ni tak akan membocorkan rahsianya terhadap ibu dan bapanya bukan ?

"Kau tak perlu risau. Aku tahu apa aku buat. Kau ikut je cakap aku" kata Hazel. Dia tersenyum manis kepada Anisya. Sekadar untuk menenangkan gadis remaja itu. Dia tahu dalam fikiran Anisya terfikir tentang sama ada rahsianya bakal terbocor atau tidak.

Seminggu kemudian,

HAZEL melangkah masuk ke dalam sekolah international tersebut sambil membetulkan cermin mata bulatnya itu. Beg galas dipegang dengan erat. Ya, Dia sudah berada di sekolah Anisya. Menyamar sebagai budak baharu di sekolah itu. Matanya melilau melihat sekeliling sekolah itu.

Cantik

Tetapi tidak perangai muridnya.

Kehadiran Hazel di perkarangan sekolah itu menjadi perhatian terhadap murid - murid di sekolah itu. Ada yang sedang membisik - bisikkan sesuatu. Terdapat juga pelajar yang sedang memerhatikannya dari atas dan bawah. Pemerhatiannya lebih kepada kasut Dan juga beg galas Hazel.

"Kau tengok tu. Kasut macam belacan. gelilah aku tengok"

"Beg dia tu beli dekat pasar malam mana? Bukan main lagi nak menunjuk beg fake dia tu"

Hazel sengaja memakai kasut lusuh dan beg yang agak comot untuk menarik perhatian Tasya bahawa dia juga seorang pelajar yang berasal daripada keluarga B40. Hazel berjalan tanpa menghiraukan pandangan dan bisikkan daripada pelajar tersebut. Matanya sibuk melilau mencari pejabat untuk memberitahu kemasukannya pada hari ini.

SUASANA yang bising di dalam kelas mula menjadi senyap apabila kehadiran Cikgu Rohana bersama dengan pelajar baharu iaitu Hazel. Mereka mengambil tempat masing - masing. Cikgu Rohana meletakkan buku kehadiran di atas meja guru. Pemerhatian mula diberi kepada Cikgu Rohana dan juga Hazel.

"Baiklahh murid - murid. Hari ini kita ada seorang pelajar baharu jadi pelajar baru awak boleh perkenalkan diri awak dengan rakan sekelas" arah Cikgu Rohana kepada Hazel. Hazel menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat kepada Cikgu Rohana. Kemudian, Hazel menghadap rakan sekelasnya.

"Assalammualaikum semua, nama saya Nurul Irdina Binti Rashid. Boleh panggil saya Irdina atau Dina. Silaa beri kerjasama yang baik dan harap dapat berkenalan dengan awak semua" ucap Hazel sambil mengukir senyuman palsu di hadapan rakan sekelasnya. Kemudian, matanya bertembung dengan Tasya dan memberikan Tasya senyuman yang sukar ditafsir.

"Dia ingat dia siapa nak kenal dengan kita?"

"Sedar diri sikit lah taraf dia dengan kita tu dekat mana"

"Tu kawan baik kau"

Ejekan yang dia terima tidak memberikan kesan kepada Hazel. Satu sahaja matlamatnya datang ke sekolah ni. Membalas dendam terhadap Tasya.

"Ada apa - apa soalan yang awak mungkin nak tanya dekat Irdina ?" Soal Cikgu Rohana kepada murid di kelas itu. Tasya mengangkat tangannya.

"Beg kau tu beli dekat pasar malam pandan ke ? Buruk betul" soalan Tasya mengundang tawa semua rakan sekelasnya. Hazel tersenyum manis dengan pertanyaan Tasya. Hal ini telah mengundang perasaan pelik dalam diri Tasya terhadap Hazel.

Budak ni tak rasa malu ke?

"Yaa beli dekat sana. Cantik kan ?" Kata Hazel. Nak perhatian Tasya kena lah buat - buat jadi seorang perempuan yang bendul. Rakan sekelasnya ketawa terbahak - bahak dengan pernyataan Hazel.

"Sudah semua, diam! Irdina awak boleh duduk dekat sebelah Keysa" arah Cikgu Rohana kepada Hazel. Hazel melangkah ke tempat duduknya. Hazel memberikan pandangan sekilas sambil tersenyum ke arah Tasha sebelum duduk di kerusinya.

🎉

HAZEL membelek buku latihan matematik di hadapannya. Mulutnya terkumat kamit merungut tentang buku tersebut. Kenapa dalam banyak - banyak subjek. Matematik juga lah yang dia perlu belajar. Subjek teras pula tu. Tak apa.

Sabar jela

Kena bersabar sebelum misi dia selesai. Kalau dah selesai, tak perlu lah hadap lagi matematik ni.

Krek

"Kau pergi turun bawah belikan air. Biasanya perempuan biadap tu belikan tapi tak ada pula dia hari ni. Dah berhenti kot" arah Tasha kepada Hazel. Benci lah apabila ada budak - budak miskin di dalam kelasnya.

"Belilah sendiri" kata Hazel. Tenang dia menjawab arahan Tasya. Berani lah lebih - lebih dengan dia, memang penampar dia bagi. Pandangan tajam daripada Tasya diendahkan. Tak gerun pon untuk budak sekolah macam Tasha ni.

"Kau ni nak buat perangai macam perempuan biadap tu jugak, dah kenapa! Aku suruh beli tu beli jelah" Tengking Tasya. Boleh pulak perangai Irdina ni sama macam Anisya yang buruk hodoh tu. Hazel masih mendiamkan diri. Saja nak menaikkan lagi darah si Tasya.

"Kaki tangan ada kan ? Belum hilang lagi kan ? Beli lah sendiri" kata Hazel lagi. Tasya mula berang dengan jawapan Irdina. Dia bangun lalu menarik rambut Hazel untuk bangun sekali bersamanya. Tasya mendekatkan mulutnya di telinga Hazel 

"Kau tahu tak aku siapa dekat sekolah ni, berani kau cari nahas dengan aku? kalau kau tak nak merasa penampar sulung aku. Baik kau pergi belikan aku air tu. Kat sini tak ada sesiapa nak tolong kau pun" Bisik Tasya di telinga Hazel. Hazel memerhati seluruh kawasan kelasnya. Kebanyakkan pelajar hanya menatap mata pada buku dan ada juga yang menundukkan pandangan sahaja. 

Hazel cuba menahan dirinya daripada membuat apa - apa tindakan. Dia menarik lembut tangan tasya yang berada di kepalanya dan tersenyum seperti tiada apa - apa masalah yang berlaku. 

"baiklah tuan puteri nak air apa?" Tanya Hazel sambil memberikan senyuman penuh makna kepada tasya. Berubah air muka tasya melihat Hazel yang agak tenang walaupun dirinya diugut sebegitu rupa. 

"Kau ejek aku ke perempuan!" amuk Tasya. 

Pang! 

Pang! 

Terpelanting Hazel di meja belajar tersebut. Kuat betul tamparan budak ni bagi dekat dia. Tapi kena sabar dulu. Dia kena pura - pura tak tahu berlawan. 

Mystery Cafe Where stories live. Discover now