-CHAPTER 5-

6 0 0
                                    

"Haah saya rasa lega lepas tengok keadaan Emerald tu okey".Aku melihat matahari yang hampir terbenam. Aku melihat riak muka Ryan yang agak kecewa. Aku bertanya,

" Ryan? Kenape muka awak macam sedih je? ".
Ryan agak terkejut kerana aku menyedari yang mukanya menunjukkan riak muka yang kecewa.

" Er... Takdelah. Jom lah kita balik. Dah lewat ni".Ryan mengajakku sambil menarik pergelangan ku.

Aku bertanya kepada dia yang apa pekerjaan ibu dan ayahnya. Tetapi Ryan mula menitiskan air matanya yang selama ini mungkin telah memendamkan kesemuanya.

"Ryan? Kenape awak menangis? Saya ada salah cakap ke? ".Aku meminta maaf kepadanya.

" Tak. Takdelah saya okey je".Dia mengesat air matanya yang mengalir. Aku berasa serba salah.

"Mak ayah saya sibuk kerja, diorang langsung tak peduli tentang saya. Saya buat ape pun diorang tak kisah.
Saya anak tunggal. Takde adik beradik. Jadi saya hanya anggap awak adik saya. Diorang kerja kat bandar. Selalu balik lewat".

Ryan mulai menangis. Aku menjadi lagi rasa bersalah terhadapnya. Aku memegang kedua tangannya dan menyuruhnya untuk berhenti menangis.

" Ryan. Saya kan ada. Dah dah jangan nangis lagi nanti muka tu dah tak hensem lagi".Aku mengesat air matanya yang menitis di pipinya. Aku mula nampak yang muka Ryan sudah kembali ceria.

"Haaa, kan dah hensem balik".Aku menceriakan suasana.

" Terima kasih Ivy".

"Sama-sama.Jomlah kita balik dah nak malam dah ni".Aku mengajaknya. Aku dan Ryan menyambung perjalanan kami semula.

Ketika aku mahu membuat kerja sekolah tiba-tiba di kacau oleh tiga budak yang sangat comel iaitu Josh, Hazel dan Zack. Mereka adalah kembar. Mereka berumur 6 tahun. Belum bersekolah.

"Kakak, buat ape tu? ".Josh bertanya.

" Nak buat kerja sekolah lah dik oi".

"Nak tolong boleh? ".Kali ni Hazel pulak bersuara.

" Takpelah tak payah, dah nak siap dah ni. Ibu dengan ayah buat ape? ".Aku bertanya.

" Ibu tengah buat biskut, ayah pulak tengah tidur".Zack berkata.

"Ouh macam tu. Korang ni kenape belum tidur? ".

"Tak boleh tidur sebab kakak tak bacakan buku untuk kitaorang".Mereka bertiga berkata serentak.

"Oh kakak lupa".Aku mencapai buku yang tersusun rapi di rak buku aku. Mencari buku untuk dibacakan kepada mereka.
Aku memang selalu membacakan mereka cerita sebelum mereka tidur. Dengan cara itu sahaja mereka boleh tidur.

" Haa dah jumpa. Ok sekarang pergi dekat katil sendiri".Mereka bertiga pergi dengan lajunya ke katil mereka dan baring.

Aku mula membaca cerita yang bertajuk 'Selamat Malam, Semoga Mimpi Indah'. Belum habis aku bercerita mereka sudah memejamkan mata.

Aku menyelemutkan mereka dengan selimut yang dibuat oleh ibuku menggunakan bulu kambing. Rasanya sangat selesa.

"Huarghhhh.... Ngantuknya".Aku melihat jam kini sudah hampir menunjukkan waktu 12 malam.

Mataku sudah penat tetapi aku mesti menyiapkan kerja sekolahku yang belum selesai. Aku pergi semula ke bilikku dan menyambung semula kerja sekolahku.

Aku sangat penat. Tapi aku gigih untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Nana. Akhirnya aku berjaya menyiapkan tugasan Cikgu Nana. Aku melihat jam yang kini sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 24, 2023 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

NEXT LIFETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang