"Kau pahal eh?Suka hati akulah nak ajak kawan aku sendiri pergi makan, salah ke?! ".
Kedengaran suara mereka berdua yang sangat tegang membuatkan beberapa murid di situ berpaling ke arah kami.
" Ryan, Emerald dah lah tu. Janganlah gaduh. Malulah orang tengok".Aku hanya mampu berkata sebegitu.
Dengan sepantas kilat tangan Ryan pantas mencapai lenganku dan mahu menarik pergi tetapi gagal sekali lagi. Emerald dengan muka yang agak serius membuatkan Ryan berubah fikiran dan melepaskan genggaman tangannya lalu beransur pergi.
"Awak okey? Saya mintak maaf kalau saya buat awak rasa tak selesa tadi tau".Emerald meminta maaf kepadaku.
" Saya okey je, tapi kenape awak tak bagi saya makan dengan Ryan? ".
" Saya nak makan dengan awak lah, tu yang saya ajak awak makan kat kantin hari ni".Emerald senyum. Senyumannya agak manis, membuatkan hatiku berasa senang.
"Eh awak,nak tak pergi ke rumah saya balik sekolah nanti? ".Emerald mengajak diriku untuk datang ke rumahnya. Aku tahu rumah Emerald begitu mewah kerana ibu dan bapanya sangat kaya. Emerald tinggal di bandar yang besar. Aku menjadi malu.
" Ermm, hari ni saya tak boleh pergi, sebab saya ada kerja".Itu sahaja alasan yang aku ada.
"Alah.... Baru nak ajak makan sekali".Emerald menghembus nafas kecewa.
" Takpe, lain kali awak datang lah ye. Rumah saya tu selalu terbuka untuk awak".Emerald berkata dengan gembira.
Bunyi loceng sekali lagi berdering menunjukkan waktu persekolahan telah tamat. Emerald mengucapkan selamat pulang kepadaku dan menyuruhku berhati-hati ketika pulang.
Aku berjalan pulang ke rumah dengan mengingati nasihat Emerald tadi. Akhirnya aku pulang dengan selamat di rumah.
Ibuku dan ayahku bertanyakan apa yang sudah terjadi di hari pertama aku bersekolah. Aku menceritakan kepada mereka tentang kawan-kawan yang baharu yang aku baru saja kenal di sekolah tadi.
Aku berasa sangat seronok ketika menceritakan kepada ibu dan ayah tentang perkara yang berlaku hari ini. Selepas itu, aku mencapai tuala yang elok disangkut untuk pergi membasahkan diri setelah seharian bersekolah.
Aku berharap bahawa esok adalah hari yang lebih menyeronokkan. Dan akhirnya aku memejamkan mata dan tidur.

ANDA SEDANG MEMBACA
NEXT LIFE
FantasiaIvy, seorang gadis perempuan yang sangat cantik dan pandai. Dia tinggal di perkampungan Greenlake bersama dengan ibunya Lyn Arsh dan bapanya Smith Jay. Mereka hidup bahagia, tetapi tragedi tragis itu telah mengubah kesemuanya. -The Trailer- "I hope...