"Saya cintakan awak." - 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧
"Tapi saya perlukan masa, Tengku." - 𝐀𝐭𝐢𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐤𝐚𝐡
Ika yang baru sahaja bercerai dengan suaminya itu masih tidak mampu untuk membuka pintu hatinya kepada sesiapa lagi.
"...
Demya dan Tengku Qayeed berjalan keluar daripada kereta milik Tengku Qayeed yang mereka naiki tadi. Walaupun mereka berada di Paris, tetapi Tengku Qayeed juga sudah memilik satu banglo dan dua penthouse di Paris ini.
Langit senja berwarna jingga itu dipandang sekilas sebelum wanita itu mengeluarkan telefon pintarnya dan menangkap gambar sekumpulan burung berkicau merdu.
Place Des Vosges
Tempat inilah yang mereka berada sekarang. Alun-alun romantis yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang sama indahnya, ditumbuhi tanaman hijau.
"Hubby, jom amik gambar dekat sana!" Ajak Demya dengan nada sedikit tinggi lalu lengan sasa suaminya itu ditarik.
Demya tersengih melihat gambar dirinya yang diambil oleh suaminya tadi. Cantik. Dengan berlatar belakangkan air pancut di belakangnya menambahkan lagi keserian di dalam gambar.
"Cantik kan saya?" Tanya Demya dengan teruja tetapi matanya masih tidak lepas memandang dirinya di dalam gambar.
Tengku Qayeed tidak membalas tetapi wajah isterinya itu direnung.
"You're pretty. As always." Getus hatinya.
Mereka terlalu leka meluang masa berdua lalu datang seorang lelaki bertubuh sasa yang memakai serba hitam berjalan ke arah mereka.
"Hubby, tu..." Demya memuncungkan bibirnya ke arah jejaka itu.
"Miss Darrenna and Mr Q?" Tanya jejaka itu lalu pantas Tengku Qayeed mengangguk.
Lelaki itu lalu menarik beg bagasi di belakang badannya dan diberikan kepada Tengku Qayeed. Tengku Qayeed juga turut memberikan beg bagasi yang mereka terambil itu.
"Sorry for My boss mistake. He's too busy to even look probably." Kata jejaka itu selaku pekerja kepada jejaka yang mengambil beg bagasi Demya itu.
Demya mengangguk lalu lengan suaminya ditarik. Dia rasa tidak selesa dengan pandangan mata lelaki itu terhadapnya.
Tengku Qayeed yang faham itu lalu mengetatkan pelukan di pinggang ramping Demya.
"Anything else?" Tanya Tengku Qayeed dengan nadanya yang bertukar garang. Lelaki itu menggeleng lalu beredar daripada situ.
"Kita balik dulu solat then malam ni kita keluar lagi. Just tell me where you want to go tonight." Demya mengangguk laju sambil tersenyum manis mendengar kata-kata suaminya.
"Thanks, Hubby."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sungguh cantik suasana di Pont Alexandre III pada waktu malam. Demya ni dah macam budak kecil dah terlompat lompat. Seronok sangat nampaknya.
Tengku Qayeed hanya tertawa kecil melihat gelagat comel sang isteri. Ishh ni yang geram ni. Dengan mulut yang tak habis-habis mengunyah daripada tadi. Sudahlah pipi dia tu tembam. Gigit karang.