"Wah." Tergamam Demya apabila melihat tempat yang mereka tujui sekarang ini. Cantiknya. Itu yang mampu dia ungkapkan. Dia selalu nampak di TV ataupun di media sosial dan sekarang ini dia sudah menapak di situ.
Kawasan di Pont des Art itu sungguh cantik. Pont des Arts adalah jembatan pejalan kaki yang menghubungkan Museum Louvre ke Institut de France di atas Seine.
Ia juga dikenali sebagai Love Lock.
Tengku Qayeed mengeluarkan satu mangga berwarna merah dan tertera ukiran Mr Q and Mrs Darrenne di atasnya yang ditempah khas oleh Tengku Qayeed.
"Nah." Demya terkejut dan menutup mulut dengan kedua tangannya. Cantik sangat mangga tu. Dia tak sangka suaminya akan membuat kejutan seperti itu.
"Cantiknya, hubby." Mangga itu ditilik.
"Jomlah kita lock mangga ni." Tangan wanita itu ditarik dan mereka berdiri dihadapan berjuta mangga yang telah dibanggakan di situ.
Mereka mencangkung dan mengunci mangga itu. Demya memandang suaminya dan Tengku Qayeed mengangguk memberikan kebenaran untuknya membaling kunci ke dalam tasik.
Demya memeluk tubuh Tengku Qayeed. Mereka berpelukan lama merasakan kehangatan masing-masing.
Dengan landmark megah dan pemandangan indah, mereka dapat merasakan cinta yang bercambah di hati. Semakin lama, semakin mereka dapat rasakan yang mereka tidak dapat berpisah antara mereka.
Mereka lepaskan pelukan. Pipi sang isteri dipegang. Mata mereka saling berpaut. Lama. Pipi Demya dicubit.
"Auchh." Desis Demya. Tengku Qayeed ketawa melihat muka cemberut sang isteri.
"Sakit tau."
"Hehe... Sorry sorry." Rambut Demya diusap.
"Awak belum sedia lagi ke nak pakai tudung?" Tanya Tengku Qayeed lembut tidak mahu isterinya tersinggung. Demya mengangkat kedua bahunya tanda tidak pasti.
Tengku Qayeed mengangguk. Dia faham. Isterinya pasti belum sedia lagi untuk itu. Tapi kalau nak tunggu sedia, sampai bila-bila takkan sedia.
Dia tahu dia sebagai suami, dia perlu paksa wanita itu untuk berhijab. Tetapi dia tidak mahu berkeras dengan Demya kerana wanita itu masih muda. Dia takut Demya akan keras kepala kalau dipaksa.
"Sorry." Kata Demya dengan nada perlahan. Tengku Qayeed hanya mengangguk perlahan.
"Takpe. It's ok."
Mereka sedang berjalan di Louvre Museum. Demya sukakan seni tetapi bakat seni itu tiada. Dia tidak pandai melukis mahupun mewarna tetapi dia sangat sukakan seni.Karya seni di sini sungguh cantik. Ada lebih dari 35.000 karya seni dan artefak untuk dilihat setelah mendapatkan side-eye dari hasil da Vinci yang paling terkenal.
YOU ARE READING
NUR DARRENNA DEMYA: HIS LOST WIFE (HIATUS)
Romance"Saya cintakan awak." - 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 "Tapi saya perlukan masa, Tengku." - 𝐀𝐭𝐢𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐤𝐚𝐡 Ika yang baru sahaja bercerai dengan suaminya itu masih tidak mampu untuk membuka pintu hatinya kepada sesiapa lagi. "...