"Aku nikah kan dikau dengan anak perempuan ku Nur Darrenna Demya binti Mohd Daris dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran."
"Aku terima nikahnya Nur Darrenna Demya binti Mohd Daris dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran."
Semua orang tidak dapat berhenti mengucap Alhamdulillah selepas sah sahaja Tengku Qayeed dan Demya bergelar sebagai suami isteri.
Tengku Qayeed memandang wajah isterinya yang duduk di atas pelamin.
Ini kali pertama dia nampak wajah Demya secantik itu. Wanita itu memang selalu cantik tetapi tidak tahu kenapa hari ini dia nampak lain. Mulalah timbul rasa bersalah dalam hati Tengku Qayeed.
"Betul ke apa yang aku buat ni? Aku tak sepatutnya mainkan perasaan dia untuk kepentingan aku je." Bisik hati Tengku Qayeed.
Belakang tubuh jejaka itu ditepuk perlahan oleh sang abang. Dah kenapa tenung isteri sampai macam tu sekali. Tengku Qays menggeleng melihat adiknya tenung wajah Demya sebegitu.
"Weh, Qayeed. Aku tahu lah Korang dah sah. Tapi tak payahlah sampai kau tenung wajah isteri kau sampai macam tu sekali. Kesian aku tengok dia. Merah merah dah pipi tu." Usik Tengku Qays lalu melagakan bahunya pada bahu Tengku Qayeed.
Semua ahli keluarga dan tetamu yang datang tertawa dengan gelagat pasangan pengantin ini. Yang sorang tak berhenti tenung muka isteri yang sorang lagi tak habis-habis nak blushing.
Tengku Qayeed berjalan mendekati Demya yang duduk di atas pelamin. Cincin emas yang terletak di dalam kotak cincin berwarna merah itu diambil dan disarungkan ke jari manis Nur Darrenna Demya.
Seusai sahaja cincin itu terletak kemas, tangan Tengku Qayeed dipegang dan diletakkan pada bibirnya. Mengalir air mata seorang perempuan apabila dia merasakan dahinya dikucup lembut oleh sang suami.
Lama kucupan itu tidak dileraikan. Tengku Qalish yang sedang duduk bersebelahan dengan kakaknya itu hanya memandang abang keduanya dengan muka meluat.
"Halah halah halah. Nak lama-lama pula. Along dengan Kak Long dulu tak ada pun macam ni. Nak lebih-lebih tunggu malam nanti lah." Kata Tengku Qalish dengan nada tak puas hati.
Tengku Qistinna dan Tengku Qayrinna hanya menjeling sahaja wajah adik bongsunya itu.
"Kau ni dah kenapa Qalish? Over pula. Suka hati diorang lah. Kan diorang dah kahwin. Kau ni lah." Marah Tengku Qistinna.
Daripada tadi tak berhenti-henti mulut si Qalish ni mengutuk Tengku Qayeed. Dah macam makcik-makcik bawang dah ni.
Tengku Qayeed mendekatkan mukanya pada telinga Demya. "Saya harap perkahwinan kita ni boleh membawa kebahagiaan dalam hidup kita berdua." Bisik Tengku Qayeed. Demya tersenyum kecil lalu mengangguk.
"Insyaallah." Kata Demya dengan nada perlahan.
Tengku Qayeed memandang wajah Demya dengan pandangan sayu.
"Patut ke aku teruskan rancangan aku ni?" Tanya Tengku Qayeed pada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
NUR DARRENNA DEMYA: HIS LOST WIFE (HIATUS)
Romance"Saya cintakan awak." - 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 "Tapi saya perlukan masa, Tengku." - 𝐀𝐭𝐢𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐤𝐚𝐡 Ika yang baru sahaja bercerai dengan suaminya itu masih tidak mampu untuk membuka pintu hatinya kepada sesiapa lagi. "...