AWAL pagi aku dah bergegas lari ke mall mencari syampu. Hal besar bila syampu yang aku selalu guna habis dan susah nak dapat di kedai runcit biasa. Lagi-lagi di kedai runcit kawasan perumahan aku.
Tiga orang jurukira dari mall tersebut sedang sibuk membuat persiapan untuk membuka kaunter, sempat tersenyum melihat kehadiran aku sebagai pelanggan pertama disitu.
Laju aku berjalan sehingga menemui lorong rak mandian dan syampu. Apa yang aku nak dah dapat, bibir mengoyak senyum lebar. Bahagia ... Sempatlah aku berswafoto sekali dua untuk nak tunjuk bukti pada teman-teman serumah berkenaan syampu kegemaran aku dah jumpa.
"Ada pun kau kat sini. Masalah gatal aku ni hanya kau saja yang boleh ubatkan. Tak ada yang lain."
"Betul ke?"
Gelabah aku bila tiba-tiba kena tegur. Kepala laju menoleh ke kanan. Kemunculan seorang lelaki yang tingginya lebih kurang pelakon Engku Esmail, membuat aku mendongak sedikit memandangnya. Hm ... boleh tahan.
"Syampu kegemaran I juga ni. Bukan setakat boleh hilangkan gatal. tapi ..."
Reaksinya buat kening aku terjongket.
"... akan rasa lebih yakin untuk jatuh cinta." sambungnya lagi.
"Excuse me?" kurang faham dengan kata-katanya membuatkan kening aku spontan berkerut.
"Maksud I, jatuh cinta dengan jenama syampu ni. I pasti you yakin dan tak kan senang-senang nak tukar jenama lain selagi baik untuk you. Betulkan?"
Puas aku kulum senyum. Bijak lelaki ini bermain kata-kata. Sengaja mahu menarik minat aku untuk mendengarnya.
"Betul. I akan setia dengan satu jenama selagi dia tak bagi masalah pada I. Sebab tu lah I sanggup ke sini pagi-pagi untuk dapatkan syampu ni."
"Itu maksudnya you juga boleh setia kalau jadi teman wanita I. Betulkan?"
Aku terkaku sekejap. Mata dia, kening dia, bibir dia, semuanya beri reaksi yang langsung tak terfikir dalam kepala aku.
"I ... nak bayar."
"Bayar kaunter depan ya. I cuma jurujual."
Tanpa sedar aku dah menghulur wang kertas RM50 depan lelaki ni. Sewel kau Shana!
Beristifar terus aku dalam hati. Muka pun rasa tebal gila bila lelaki tadi tersengih pandang aku. Syampu dirak aku capai. Baru beberapa tapak melangkah...
"Miss!"
Aku toleh semula bila dengar dia menjerit. Pandangan kami bertembung. Sepertinya ada sesuatu yang mahu dikatakan olehnya.
"Memang nak ambil banyak ke syampu tu? Saya risau kalau dah bayar nanti cik terkejut. Risau juga sebenarnya kalau cik ni terlebih gatal."
Cara dia senyum jelas menyindir. Mungkin sebab tangan aku sedang memegang enam botol syampu tadi, itu yang dikatakan gatal. Eh, melebihlah tu.
"Excuse me."
"Sorry. Lupakan apa I cakap tadi. I'm..."
Deringan telefon mematikan ayat lelaki tadi. Tiba-tiba Riana call. Tangan itu yang mahu berjabat salam, aku biarkan tanpa bersambut.
"Hello...ya ya sabarlah, sekejap lagi aku sampai." segera aku tamatkan talian dari bercakap lama-lama.
Kelam-kabut punya fasal, panjang langkah aku bawa tanpa berfikir lama. Sampai terlupa dengan lelaki yang bercakap dengan aku tadi. Dah tertinggal jauh dibelakang rupanya.
Sesekali aku menoleh ke belakang semula untuk memastikan lelaki tadi tidak mengekori sama. Pandang depan semula, rata-rata ada beberapa orang pelanggan yang sudah mula masuk. Sekali lagi aku toleh ke belakang, okay lelaki tu tak ada. Nampaknya aku berada di zon selamat. Laju aku berjalan sebab nak kejar masa. Pandang depan balik...
Bapp!
Mulut hampir nak melatah bila tengok sepapan telur jatuh dan bersepah atas lantai. Aduh... habislah aku. Bukan sengaja nak bertembung dengan pak cik muka garang ni.
"Apa jalan tak memandang-mandang ni? Cepat-cepat nak ke mana?"
Dia sound aku. Tapi nadanya mendatar tidaklah bengis.
"Ma ... maaf pak cik. Saya tak sengaja."
Tiba-tiba lelaki itu ketawa sambil bercekak pinggang.
"What did you call me? Pak cik? Amboi, mentang-mentanglah rambut I putih, sedap you aje nak panggil I pak cik ya."
Eh? Dia sound aku balik. Rambut dah beruban, memang tu jelah panggilan yang sesuai. Siapa suruh warnakan rambut warna yang pelik kalau dah tahu umur tu masih muda. Memang sengaja aku buat-buat tak faham.
"Nasib baik cantik. Kalau tidak, I minta you ganti rugi 'lato-lato' ni."
"Lato-lato?"
"Telur ni lah. You tak pernah makan ke? Pandang pelik aje kenapa?"
Menyampah aku dengar ayat dia.
Lelaki tadi berlutut, melihat keadaan telur yang masih ada didalam tray. Waktu ni aku rasa nak lari terus dari berada kat situ lama. Tapi nanti dikatakan tak bertanggungjawab pula.
"Err... maaflah, I betul-betul tak sengaja tadi. Kalau you nak I gantikan semula telur-telur yang dah pecah ni, I boleh ganti. I mengaku I salah."
Baru saja aku nak seluk poket tas tangan keluarkan duit...
"No no! Benda kecil je ni. Bagi sini nombor telefon you kat I. Pertemuan kita ni ada hikmahnya. Boleh jadi you bakal isteri I akan datang." Cara dia mengenyit mata buat aku rasa nak muntah depan-depan. Nasib baik kat tempat orang ramai.
"Sorry, I tak ada phone."
"Ye ke? Habis ini telefon siapa?"
Objek ditangan itu jelas membuat aku tertangkap. Renungannya bagai menanti sebaris jawapan.
FOLLOW, LIKE & SHARE 👇🏻
FB : https://www.facebook.com/profile.php?id=100090540091114
Instagram : https://instagram.com/millionidea_project?igshid=ZDdkNTZiNTM=
Watpadd: https://www.wattpad.com/user/Million_Idea?utm_source=android&utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends
Telegram group : https://t.me/rumahMillionIdea
YOU ARE READING
ALI ASYTAR- KIRIMKAN AKU BAHAGIA
RomanceBLURB "Kita order apa tadi? Lambat sangatlah, I lapar." SHANA ARMIN Acah-acah manja, padahal meluat. "Shana? You duduk atas riba I." ALI ASYTAR Kategori jerung muka ketat, itu gelaran buat Ali. Pakej muka manis ada, tapi kedekut senyum. Yang pelikny...