TAJUK : ALI ASYTAR -KIRIMKAN AKU BAHAGIA
PENULIS : Author Cici Aida Cici Aida
HARGA ASAL RM30"Kita order apa tadi? Lambat sangatlah, I lapar." SHANA ARMIN
Acah-acah manja, padahal meluat.
"Shana? You duduk atas riba I." ALI ASYTAR
Kategori jerung muka ketat, itu gelaran buat Ali. Pakej muka manis ada, tapi kedekut senyum. Yang peliknya, makin aku tak suka, makin jelas perhatiannya pada aku.
"Did you make up? Sampai hati you kan Berhias dengan orang luar dari majikan sendiri." ALI ASYTAR
Kerja sebumbung tapi ibarat dia macam tunggul, aku pula macam kayu. Acah-acah mesra, padahal meluat.
"Excuse me. He's not my taste. Boleh sakit jantung kalau menghadap muka tu hari-hari. Sekali dia buka mulut, habis rumput kat tepi-tepi jalan tu semua mati." SHANA ARMIN
Bukan sebab aku benci dia, tapi hati sudah dikejar dengan seseorang yang aku suka. Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Dan itulah namanya cinta.
"Jodoh kita kuat. Cuma satu yang I minta, tetapkan hati you untuk I." QASH ADRY
Siapa sangka, bila hati sudah sayang ada yang muncul membuat pengakuan.
"Nice to meet you. I'm Zarin, Adry's wife." ZARIN
Kenyataan yang pahit untuk ditelan apabila diri menjadi punca orang ketiga tanpa tahu kebenarannya. Hancur perasaan apabila kepercayaan dikhianati.
Manakala Ali, dalam diam mengatur rancangan.
"I don't know why I agreed to be engaged with you. Mungkin ada hikmahnya. I cuma ikut aje permintaan orang tua kita." ALI ASYTAR
Pada aku, hubungan ini terlalu rumit. Yang pasti, akan ada yang terluka.
"Terpulanglah. Cuma apa yang ayah nak ingatkan, memilih suami itu seperti Shana memilih untuk akhirat Shana. Baik suami Shana, maka hebatlah akhirat keluarga Shana kerananya." ARMIN
Namun, disaat bahagia muncul, aku sekali lagi diuji.
"Gugurkan anak tu!" PUAN AMINA
Kerana dendam, hati mula jadi hitam.
Kerana benci, kata maaf tiada kepentingan lagi.
"I akan lebih menyesal kalau you tak bahagia." ALI ASYTARSayang aku pada Ali, bukan hanya menuntut janji. Dia cinta aku sampai bila-bila.
Hidup adalah perjalanan, bukannya pertandingan.
YOU ARE READING
ALI ASYTAR- KIRIMKAN AKU BAHAGIA
RomanceBLURB "Kita order apa tadi? Lambat sangatlah, I lapar." SHANA ARMIN Acah-acah manja, padahal meluat. "Shana? You duduk atas riba I." ALI ASYTAR Kategori jerung muka ketat, itu gelaran buat Ali. Pakej muka manis ada, tapi kedekut senyum. Yang pelikny...