Bab 9

2.4K 147 6
                                    

"Jasmin Aku pergi kerja dulu kau jangan pergi mana-manq kalau nak pergi juga bagitahu Aku dulu,nanti hilang Aku pulak Yang susah".pesan Dari seorang suami kepada isterinya.

"Cehh apa ingat saya ni budak pra sekolah ke ha?"Jasmin membuat muka jengkelnya.

"Kau memang budak pun,umur pun baru setahun jagung.kalau dekat luar nak lintas jalan pun mak bapak diorang pegang tangan lagi tahu?"

"Eh eh seladang ni.Ouhhh lupa saya Kan khawin dengan pakcik Yang berumur. Hurmm Faham biasalah dah tua,mestilah risaukan anak dia Kan?"sengaja Jasmin ingin mengapi apikan Fatih.Bukan dia tak tahu Dari dulu lagi Fatih tak suka dengan gelaran pakcik Tu.

"Eiii geram betul Aku dengan kau ni,banyak mulut betul"Fatih menarik pipi tembam Jasmin.

Lepas sahaja kena cubit pipi Jasmin apa lagi laju sahaja tangannya mengigit lengan Fatih dengan seluar hati. Dah lama berdendam selalu Fatih yang kenakan dia sekarang biar dia kenakan pula.

"Sakitlah..dah la Aku nak pergi kerja kalau Aku layan kau sampai esok pun tak habis".Fatih menghulurkan tangannya kepada Jasmin.Tanpa ragu-ragu Jasmin mengapai salam suaminya.

Aku? Macam biaslah duduk rumah termenung ajelah.Bosan.Entah apa Yang Aku nak buat pun Aku tak tahu.Ouhh ye esok Aku Akan pindah masuk rumah Kami.Dia cakap rumah kami sedang Di baik pulih sebab itulah kami berdua tinggal dahulu Di rumah mertua ku.

"Jasmin buat apa?"

"Ehhh mak,tak buat apa saja termenung,tahla bosan nak kerja Fatih tak bagi".

"Tak apalah,Jasmin baru khawin.Luangkan masa dulu dengan suami.Nanti pujuklah Fatih.Ha nak senang kerja dengan kak Liya."

"Kerja dengan kak Liya?dia kerja apa?"

"Ouhh kamu tak tahu ye? Kak Liya Tu buat business sendiri,buat keluarkan tudung.Ramai juga Yang ambil"

"Wahh! Yeke! Jasmin baru tahu.Ingatkan kak Liya Tu suri rumah.Nanti Jasmin pujuk Fatihlah.Tapi Ada kosong ke mak?"

"Halah kamu ni Kan adik ipar dia takda hal lah"

"HAHAHAHAH okay mak! Terima kasih!"laju Aku memeluk tubuh separuh abad itu.

Di sini hanya tinggal Kami berdua Yang lain semua bekerja.Kami rancak berborak,memasak dan banyak lagi aktiviti bersama ibu mertua ku.Halah Aku Kan menantu berjaya mestilah Perlu ambil hati.

"Mak, Fatih Tu suka makan apa ya?"

"Fatih Tu semua dia makan tak memilih,tapi lauk kegemaran dia gulai tempoyak.Jasmin tengok aje dia macam gaya bandar tapi jiwa dia,jiwa kampung.Kalau dia dapat gulai tempoyak Tu tak cukup satu pinggan.Jasmin makan tempoyak?"

"Ouhhh tak tahu Pula dia suka tempoyak.Errrr Jasmin tak makan gulai tempoyak.Tapi kalau durian,sambal tempoyak makanlah."

"Biasalah Tu,mak pun macam Jasmin bukan jenis makan gulai tempoyak.Ada genglah mak."bergelak ketawa mereka bersama menceritakan hal tersebut.Dengan adanya Jasmin disini dapat juga dia berborak.kalau tidak sunyi.

SURAT CINTA UNTUK DIA Where stories live. Discover now