BAB 23

636 22 1
                                    

asheer pun memberi signal dan terus masuk ke parking kereta .. kiranya sini memang famous lokasi untuk santai santai makan makan sambil tengok sunset dan pantai yang cantik ni..

"subhanallah , lama dah aku tak datang sini " kata asheer

"alhamdulillah, dah ingat allah " balas lily

asheer pun geram, dan menjentik dahi adik nya

"kau ingat aku jahil sangat ke " balas asheer dengan jelingan yang tajam..

"bagus laa kalau macam tu , dah laa malas nak gaduh , jom cepat " ajak lily

" hmm ye laa " balas asheer

mereka berdua pun memilih makanan untuk dibungkus , kata lily dia nak beli bungkus lepastu lepak atas batu sana

" acik , saya nak udang celup tepung ni 7, sotong 5 , ikang 4 , kau bang ? " tanya lily

" uish bapak banyak kau makan , bagi saya ikang 2 dengan sotong 3 "  balas asheer

" okay itu saja ke ? adik beradik ke ? " tanya penjual tersebut

"haah, makcik " balas asheer

"patut laa gurau kasar " balas penjual tersebut

"mulut abang saya ni acik, tak bayar insurans lagi , itu macam mulut itik sikit tu  " balas lily

"okay laa makcik kami pergi dulu, terima kasih " asheer cepat cepat tarik tangan lily

dasar ini adik, goblok ..

setelah mereka selesai membeli , mereka pun pilih tempat yang selalu mereka duduk ..

"uish dah lama dah tak lepak berdua kan abang" kata lily

"iyeee adik, kau ni asyik ulang ayat sama macam go shop dah aku tengok " kata asheer

ye laa go shop kan suka ulang siaran sama..

"yoko yoko .. " balas lily

" cepat laa cerita , apa jadi sebenarnya ni , aku tahu mesti ada something happen " kata asheer

"okay cerita dia macam ni.. aku kan intern kat Z.art company, owner dia orang malaysia .. " terang lily

"ohhh Mr Zayyan Zayn tu yang arkitek tu?? " balas asheer

"eh abang kenal ? " tanya Lily

"gila kau tak kenal, semua perempuan kat malaysia ni gila kan dia , lagi lagi bila dia keluar kan buku dia tu .." balas asheer

"eh dia ada buat buku ke ? " tanya Lily

"lah kau ni kerja dengan dia pun tak tahu, adaa.. dia tu dah kira jutawan dah tapi dia sempoi takde pun nak post sana sini flex kereta mewa mewah ... lagipun dia ulang alik dari malaysia london turki kan " terang asheer

"laa abang kenal laa dengan dia rupanya, okay sambung balik ... " balas lily

"assistant dia takde ikut husband dia, so lily laa kena ganti tempat dia .. so lily selalu laa buat breakfast untuk dia semua tu , satu hari tu lily manatahu dia tak suka green tea , lily beli kan je laa , tiba tiba dia marah .. " sambung lily

asheer hanya pandang dan dengar cerita adiknya itu

"so lily kan lembut, kalau orang marah sikit mula laa nak nangis kan " teka asheer

" haa tahu pun, lepastu lily nangis laa masuk tandas , tapi lily terikut sangat perasaan so lily cepat cepat laa bagitau mr mason konon nya nak hirup udara segar .. tak expect pun tiba tiba time lily nak lintas jalan terlanggar.. salah lily juga laa sebab Lily tak pandang kiri kanan .. " terang lily

"ooo macam tu, kiranya mesti adik rasa serba salah kan sebab keluar time waktu kerja ?" tanya asheer

" iye laa, mesti dia marah lily, lily try call dia tapi tak angkat " balas lily

"hmm so conclusion dia , nanti bila lily balik sana lily terus terang je laa dengan dia and minta maaf , lain kali jangan buat lagi , semua pihak susah sebab awak tahu " kata asheer ..

asheer ni kadang kadang lembut kadang kadang setan bila waktu bercakap ..

" hmm tahu , so macam tu laa cerita dia , tapi kan abang , Lily macam dengar suara dia pagi tadi time waktu tidur " kata lily

"ish kau ni , jangan nak merepek laa , mr zayyan tu dekat london lagi, kau ingat kau sape dia nak jenguk kau tu .. dah laa tak cantik , busuk pulak " balas asheer

lily pun segera angkat tangan dan tepuk bahu abangnya

"ADUHHH, sakit laaa tenok " rengek asheer

"sape suruh cari pasal " kata lily sambil menjeling

mereka berdua pun sambung makan dan tengok sunset ...

*setelah 30 minit kemudian *

mereka pun bergerak untuk pulang ke rumah ... dah nak dekat maghrib

"dah laaa jom laa , nak dekat maghrib tak elok keluar ni .. nanti ada mende pulak mengikut " balas asheer

"abang jangan cakap bende merepek repek ehh.. takdenye bende bende mengikut nye laa .. " balas lily

asheer cepat cepat lari ke arah parking kereta nya itu..

"TUNGGU LAAAAAAA, MUHAMMAD ASHEER ISAAC BIN EMIR IBRAHIM !!  "jerit lily

" kurang ajar laa dia tinggal kan aku macam tu je siot betul " bebel lily

" sape suruh kau lambat cepat laa " balas asheer

lily berjalan sambil bebel dia tu

mereka berdua pun bergerak untuk pulang kerumah ..

POV DI RUMAH

"hamboi mana budak dua ekor ni tak balik balik lagi bang" kata puan elina

" alaa biar laa diaorang, dah besar dah boleh kahwin dah pun, pandai pandai laa jaga, lagipun  asheer tu tak jumpa time kita hantar lily kat klia.. dia kan pergi Australia time tu kursus pramugara .. " balas encik emir

"bukan apa bang, lily tu baru keluar hospital bukan sihat 100 % " balas puan elina

"abang dah bagitahu , ayyan ke lily dah keluar hospital? " tanya puan elina

" dahh, abang call dia tadi tapi tak angkat
dalam flight laa tu, kan dia kata dia dah nak balik london " balas encik Emir

" hmm sampai bila kita nak rahsia kan dari lily, yang ayyan datang rumah ni jumpa kita ? " tanya puan elina

" biar sahaja laa, selagi dia tak tanya kita, kita tak payah bagitau, awak tu cik naa kunci mulut takut terlepas cakap kat adik " kata encik emir

"saya tahu laa abang ni, ni abang nak pergi masjid ke ? " tanya puan elina

" tengok dulu, rasa badan macam penat hari ni.. " balas encik emir

"iye laa ,dah saya nak masak ni jom ke dapur tolong saya " balas puan elina

"iye laa, awak nak masak apa ni cik na ?" tanga encik emir

"masak sambal kerang dengan goreng sawi je laa " balas puan elina

mereka berdua pun pergi ke dapur.. walaupun lelaki tetap masuk dapur yee tolong isteri ..

saya tak tahu loghat terengganu , takkan semua tambah 'ng' so saya buat loghat biasa ye

-mknovelles-🌷

Zayyan ZaynTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang