BAB 25

601 24 3
                                    

*keesokan hari nya*
7.00 A.M

lepas solat subuh routine lily memang jemur baju yang telah siap mesin ..

" adik nanti jemur baju ni ye " kata puan elina

" haa jemur jemur cepattt " usik asheer

"haa tak payah nak sakat lily tu , awok pergi pergi beli sarapan dekat kedai simpang tiga tu " bebel puan asher

" alahh ibu ni gurau sikit je , ayah mana tak balik lagi dari masjid ke ? " tanya asheer yang sedang cari kunci moto

"tadi kalau tak silap lepas solat subuh, pakcik atan ajak vacum karpet masjid , tu lambat sikit balik " balas puan elina ..

" dah nak beli apa ni ibu ? " tanya asheer

" beli 3 roti canai dengan 2 nasi lemak , ayah tu bukan makan sangat nasi lemak nye" balas puan elina

" okay tu je ye " balas asheer yang otw nak start moto

POV LILY

lily sedang focus jemur kain tiba tiba ternampak kelibat ahmad bawak moto..

tak sangka pula ahmad singgah dan tegur

" assalamualaikum, baru balik sini ke Lily.. ? " tanya ahmad

" waalaikumussalam, haah,  awak tak kerja ke ? " tanya lily semula rasanya hari ni hari selasa

" tak , mmm bila balik sana semula ? " tanya ahmad

" bulan depan balik laa " balas lily

" ehh ahmad masuk laa breakfast kat sini, kamu dari mana ni "tanya puan elina

" dari masjid tadi, tolong pakcik emir laa tadi dengan pakcik atan " balas ahmad yang sedang masuk ke dalam rumah

" tunggu asheer beli sarapan tadi , dia pun balik sini, duduk dulu sini " terang puan elina sambil tarik kerusi

" pakcik emir tak jual air tebu dah ke, makcik ? " tanya ahmad

" ohh jual petang je itu laa , mak kamu sihat ahmad ?" balas puan elina

" sihat makcik, macan tu laa , dulu Lily yang jaga tebu sekarang dia sambung belajar, pakcik emir laa sorang sorang " kata asheer

POV : LILY

"PIT PIT...AWEKKKK NAK NOMBOR " JERIT ABANG ASHEER

lily hanya menjeling dan membuat isyarat penumbuk

asheer hanya gelak tengok gelagat adik nya itu

asheer pun turun dari moto dan sapa adik nya yang sedang bawa bakul baju untuk naik kerumah..

" wehh adik, moto sapa ni ? " tanya asheer yang sedang cebek bungkusan makanan

" moto ahmad , bff kau tu " balas lily

" eh pundek, sumpah laa dia ada ,eee tak suka laa aku " kata asheer

" suka tak suka, ibu ajak dia breakfast kat sini jugak weh " balas lily

" eee takde mood aku, ibu niii memamg saja laa " balas asheer

mereka seakan bisik bisik , takut ahmad dengar

"eh kamu berdua tu, naik laa cepat nyaa " jerit puan elina kat tingkap

" iyee , abang ni ajak membawang , katanya takde mood sebab crush tak notice " balas lily

"eh crush aku pulak dah " bebel asheer

" assalamualaikum bro, lama tak jumpa kau , last haritu kat klia kan ? " sapa ahmad

" haah , itu laa kau macam mana  , ye laa start kaya ni dah lupa daratan ke " balas asheer

" aku still sama laaa " balas ahmad

" lily pada awak pandang abang asheer awak tu , pergi bancuh air teh tu sementara tunggu ayah awak sampai " kata puan elina

"uish rajin adik aku ni, patut laa boyfriend dia sayang " balas asheer

lily pandang asheer

" sejak bila pulak aku ada boyfriend ni  " cakap lily dalam hati

" lily dah berpunya ke makcik ? " tanya ahmad

" mana ada , asheer ni kalau tak sakat adik nya sehari memang tak sah " balas puan elina

" eh ada la ibu , ibu je tak tahu .. orang nya handsome abang pernah tengok muka dia dalam gambar " balas asheer

" kamu ni jangan nak merepak laa , tu mesti gambar shahrukhan tu " balas puan elina

ishhh ibu ni tak reti langsung simpan rahsia ..

" ingat kan betul betul lily dah berpunya " kata ahmad

" asal kalau dia dah berpunya? " tanya asheer

" dah dah , tak payah sibuk jodoh saya ye semua .. selagi tak dapat jumpa laki macam ayah, lily tak nak kahwin " balas lily tuan empunya badan

" haa bagus laa tu adikk , abang sokong " perli asheer sambil tengok ahmad

puan elina pun tidak tahu kenapa asheer tidak suka dengan kehadiran ahmad disini ...

tidak lama kemudian

" assalamualaikum, abang dah balik.. " kata encik emir

" ahh waalaikumussalam," balas semua nya yang berada disitu

" eh ada ahmad kat sini ye , jom laa makan sekali " balas encik emir

" ni ayah, abang dah belikan , tak tahu pulak ada 'tetamu' datang , kalau tahu tadi beli lebih .. " kata asheer

lily hanya dia diam dan tuangkan air teh ke dalam cawan

mereka pun makan bersama sama ..

" tinggal je pinggan tu , nanti lily basuhkan" kata puan elina kepada ahmad

" eh adik aku bukan bibik ahmad, satu pinggan je basuh jr las kan HAHAHHAHSA " perli asheer sambil tepuk bahu ahmad

" takde apa laa bro, aku memang nak basuh pun tadi, kesian tengok lily buat kerja rumah " balas ahmad

" kau lepas ni nak kemana, lepak rumah sape pulak ? " tanya asheer

" ABANGGGGG !! APA CAKAP MACAM TU " marah puan elina

" apa ibu ni orang tanya ahmad elok elok kan, "balas asheer dengan muka tak bersalah itu

" takde apa laa makcik, kami memang selalu bergurau kasar macam ni " balas ahmad

" saya minta diri dulu laa ye, nak ajak budak belia bersihkan pantai kita petang ni, bukan apa banyak sampah semua lagi lagi kat tepi jalan nak masuk simpang tu " balas ahmad

" haa elok laa tu, nanti lily boleh join dengan asheer ni " kata encik emir ..

" tengok laa dulu, sebab ingat nak ajak lily dating hari ni " kata asheer

" ish kamu ni, sekali sekala jumpa orang kampung apa salah nya "bebel puan elina ...

"takpe laa makcik saya nak balik dulu" kata ahmad yang ingin start moto

setelah ahmad pulang , apa lagiiii radio berbunyi laa

" kamu ni asheer, ibu tak pernah ajar kamu cakap macam tu dengan tetamu eh, bahasa kasar betul, adab mana , ibu ayah hantar masuk sekolah sbp , sekolah sains sepatutnya kamu lebih beradab " bebel puan elina

" ibu tak payah percaya dengan ayat manis si ahmad tu, orang tahu laa dia macam mana kat luar, bukan baik sangat pun budak tu, sibuk nak tackle adik , abang memang tak bagi dia rapat denagn adik " balas asheer yang ingin masuk ke dalam bilik.. malas nak gaduh dah lsa memang takde mood

" dah kamu ni cik naa, anak baru balik sini , bukan selalu dah nak marah marah ", balas encik emir

lily hanya mendiam kan diri nya sahaja.. malas nak masuk campur ...

Zayyan ZaynTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang