BAB 27

527 45 3
                                    

5.15 P.M
lily keluar dari bilik setelah selesai menunaikan solat asar .. lily hanya memakai baju t-shirt jersey lengan panjang, tudung selendang bersama topi ..

" dah jom laa abang" kata lily

" laa nak pergi mana ke ? " tanya asheer yang sedang makan ice cream 1 malaysia nya itu

" laaa tadi kata nak ikut budak belia , cepat laaa " balas lily, selenger betul laa abang aku sorang ni

" eh haah, tunggu jap nak tukar baju, nah habis kan" kata asheer sambil menghulurkan ice cream kepada Lily

cepat cepat lily mengambil ice cream dan dibawa ke mulut

" diaorang berkumpul kat mana ni ? " tanya asheer

" selalu dekat kedai runcit pokde " balas puan elina yang ingin mengangkat kain yang dijemur oleh Lily pada pagi tadi

" ohhhhhh okay .. kedai pokde tu ade jual minyak moto kan bu " tanya asheer

" adaa , hati hati bawak moto tu " pesam ibu nya

mereka berdua pun menuju ke motosikal itu

" ingat dik , kau jangan beria sangat layan ahmad tu, aku tak suka "kata asheer yang sedang sibuk check minyak moto itu ..

" tak aku tak fahan , kenapa kau tak suka sangat dengan ahmad tu, dia buat salah apa dengan ko ? " tanya lily

" nanti aku cerita, yang penting ahmad tu depan kita lain, belakang kita nauzubillah " balas asheer

" ish abang ni tak baik laa " balas lily

" dah naik cepat, karang lambat pulak "kata asheer yang sedang start moto itu

lily hanya mengangguk lalu naik moto

" uuu dah lama tak naik moto .. " kata lily

" ye laa , kau nak naik dengan sape selain aku dengan ayah je reti bawa moto, tu laa time aku suruh belajar kau tak nak laa takut jatuh laa , ayah pun satu ,tak bagi sebab kalau jatuh luka sian adik , menyampahhh " bebel asheer

" biasa laaa i ni anak kesayangan, kau apa tahu" balas lily

untuk sampai ke kedai pokde hanya mengambil masa 5 minit sahaja ..

" pit , pit , pit .. assalamualaikum " jerit asheer

" waalaikumussalam, datang jugak ye Lily " balas ahmad

" lepastu aku ni kau tak nampak , takde pulak kau tanya 'datang jugak ye asheer'? " bebel asheer

" alaaa kau ni asheer , kita dah biasa jumpa , lily aku jarang jumpa " balas ahmad yang pandang sosok tubuh Lily

" eh malas aku nak layan kau , jom adik tegur orang kampung , karang kata kita sombong laa apa laa " kata asheer

" haa , jom jom " balas Lily yang tiba tiba pegang tangan abang nya

sebenarnya dia tidak selesa dengan pandangan ahmad .. entah kenapa rasa jijik geli semua ada ..

" lahh engkau dah kenapa bersweet pulak nak pegang tangan aku ? " tanya asheer

" sajaa, bukan selalu " balas lily

" whatever laa " balas asheer sambil berjalan ke arah budak budak belia

" woii, lama tak nampak ash " kata seorang pemuda yang memakai kaca mata itu

" ye laa , orang busy jadi pramugara " balas ziqri aryaan

" eh, aku ni kalau kau ajak lepak , aku ok je ye , kau kerja mana sekarang " balas asheer

" aku kerja kat hotel sri dekat sini je, aku ni memang tak pergi luar , pusing pusinh terengganu juga " balas aryaan

" ohh kerja bahagian apa ? " tanya asheer

" dia ni, chef, kau nampak je pakai selekeh ni " balas lelaki yang pakai kaca mata

" haa lily, kau apa cerita ?, haritu ash cerita kau masuk hospital " tanya aryaan

" ohh badan tak berapa sihat tu company bagi cuti tu " balas lily malas nak panjang kan cerita, nanti mula laa ade wartawan majalah tv3

" laaa , awak tak sihat ke , sakit apa ? " tiba tiba ahmad mencelah ..

" takde laa biasa laa perempuan " balas ash dengan muka moody itu

serabut betul laa mamat ni .. erk

" jom laa kita mulakan operasi kita " kata aryaan

" oh iye tak ye, dah ramai dah budak belia datang " balas ahmad

"okay , kita akan bahagi kan kumpulan, satu kumpulan 5 orang ye " terang ahmad

" lily, awak kumpulan dengan saya pun tak pe " kata ahmad

" takpe terima kasih, adik aku kumpulan aku dengan aryaan, lagi pun mr zay ops boyfriend dia dah bagi amanat kat aku untuk jaga kekasih intan payung dia ni " terang asheer..

" sumpah laa mr zay mana ni , jangan cakap arkitek yang terkenal tu ? " tanya aryaan sambil pegang plastik sampah

" ehh takde takde , dah dahhh jom start saya nak balik awal " balas lily

" ohh dah taken tak bagitahu eh kat abang aryaan " balas aryaan

" ohh dah berpunya laa ni ? " tanya ahmad

" kalau dah berpunya pun takde kena mengena pun kan " cakap lily
annoying betul laa ahmad ni

" yeahh, that's my girl " balas asheer ..

" dah laa jom start nanti lambat pulak " balas lily..

mereka pun mulakan operasi mengutip sampah sarap di sekeliling pantai .. agak teruk jugak .. macam mana laa penyu makin tak pupus kalau keadaan pantai macam ni ...

setelah 45 minit mereka mengumpul sampah .. mereka pun rehat dekat bawah pokok kelapa sambil tengok permandangan matahari yang terbenam itu ..

" uishh, banyak jugak dekat 4 plastik hitam yang besar tu untuk satu kumpulan" kata aryaan

" itu laa, kita memang kena sediakan tong sampah besar " balas asheer

" sebelum ni , memang takde budak belia yang kutip ke , apa jadi dengan majlis daerah bandar ni ? " tanya lily

" biasa laa, makan gaji buta je diaorang tu Lily, nanti abang ahmad try untuk cakap dengan dato bandar " kata ahmad yang tiba tiba datang dari arah belakang Lily

" ohh " balas lily sepatah

dengan muka Lily yang tidak selesa itu .. asheer cepat cepat tarik tangan lily

" weh aku balik dulu laa , nanti tanya pulak bf dia , bf dia caring sangat aryaan, kalah laa aku yang abang dia ni " kata asheer

" haa pergi laa, weh nanti pape kau nak lepak , roger je aku " balas aryaan

" haa , saya balik dulu laa ye " kata lily

" hati hati lily " balas ahmad

aryaan dan ahmad hanya pandang kelibat lily dan abangnya yang naik moto itu

" aku suka doo , body lily tu cantik " kata ahmad

" kau ni , lily bukan budak perempuan yang kau selalu check in , lagi satu bawak bertaubat laa ahmad " kata aryaan

" eh kau , jangan nak nasihat kan aku , kau tu dua kali lima je , keluar dengan pelacur yang sama je setiap hari " balas ahmad

" excuse me , aku kawan je and lagi satu aku keluar pergi makan, bukan macam kau check in hotel, " balas aryaan yang ingin bangun dari duduk nya itu ..

" dah laa bro , aku balik dulu , nak mandi nak solat kat masjid " kata aryaan

ahmad hanya pandang sahaja gerak geri aryaan , kalau ikut kan hati memang nak tumbuk muka aryaan disebabkan kata kata itu tadi ..

korang vote laa, kalau tak malas laa update

-mknovelles-🌷

Zayyan ZaynTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang