"Romeo, save me. I've been feeling so alone
I keep waiting for you, but you never come
Is this in my head? I don't know what to think."Love story,Taylor swift.
"ACHA!" Panggilan itu membuatkan langkah gadis yang dipanggil terhenti. Sembari menyipitkan mata, ia menoleh ke belakang.
Acha.. itu hanyalah nama pena aku. Azfa Natasha Terkadang bingung juga aku di buatnya. Tidak ke mudah untuk panggil aku dengan nama Azfa? nak juga singkatkan nama Natasha kepada Acha.
Betul lah kata sesetengah orang, bahawa manusia memang suka untuk merumitkan perkara yang mudah.
"Ya, ada apa tuan hamba memangil patik seperti itu?" Sahut Acha bersama senyuman manisnya.
Erhan tercungap cungap dihadapan Acha.
"Han! breathe in breathe out. Tenang-"
"Aku belum nak mati!" Potong Erhan geram sambil menjeling Azfa Natasha.
Acha ketawa.
Kembali mengatur langkahnya. Erhan turut mengikuti, berjalan di sebelah Acha. Gadis itu dari sisi. Cantik. Puji Erhan dalam hati. Tapi sayang, stuck dengan seseorang saja, padahal tak ubah macam gigi hadid, ramai fans. Ceh! banyak sangat la tu. Hampir 4 tahun menjadi kawan Acha, tak pernah lekang senyum manis di bibir merah itu. Bila dia tanya 'Acha, kau tak pernah nangis ke?' jawapan gadis itu mudah saja.
'Menangis? cry? kenapa perlu bersedih jika tiada perkara untuk diratapi.'
Terlalu positif vibes! itu adalah ciri yang dicemburui mengenai gadis itu. Sampaikan, tak buat apapun ada saja yang membencinya. Biasa, geng geng diva sekolah.
"Aku tahu aku ni cantik lagi jelita, tapi takperlu rasanya pandang aku macam esok dah hari terakhir kau." Perli Acha.
Erhan tersentak.
Lelaki berambut coklat itu langsung tayang muka jengkelnya. Perasan!
"Acha.. aku cuma terfikir-"
"Fikirkan kenapa aku cantik? tahu, tak perlu luahkan. Aku sentiasa tahu soalan itu yang kau bakal ajukan. Entah Erhan mahupun orang lain.. soalan tetap sama." Seloroh Acha dengan angkuh.
"Astagfirullah! kau sekali je tak potong kata aku boleh tak? ish! malas lah aku nak sembang dengan kau." Rajuk Erhan.
Lelaki itu langsung mempercepatkan langkahnya. Meninggalkan Acha di belakang. Jelas gadis itu geleng kepala bersama tawa halusnya.
Member merajuk. Ew!
Dengan mudah, Azfa Natasha sudah kembali disebelah Erhan bersama senyuman nakalnya. Usik sikit, boleh kut.. Bahu Erhan ditepuk menggunakan buku, sejarah tingkatan 5 miliknya yang setebal seperti kamus. Pergh! Biar tebal, janji aku faham.
Erhan berdecit.
Sedikitpun tidak keluar suara dari mulut itu.
"Yela! kau nak sembang pasal apa tadi? kalau kau ungkit mengenai-"
"Kau orang dah berbaik?"
Terdiam. Baru aje aku nak mention. Kereta yang melintasi mereka dihiraukan saja. Mata Acha tertumpu kepada beberapa pasangan yang sedang balik bersama dihadapannya. Sekali gadis manis itu mengeluh lemah.
Hopeless romantic.
Erhan dikerling. Sahabatnya itu tenang saja memandang perkara yang Acha pandang juga. Same case. Cuma, aku versi perempuan, malah Erhan pula versi lelaki.
Sebelum ada yang buat spekulasi mengenai kami, meh aku jelaskan! aku dan Erhan adalah kawan baik. Sahabat sampai mata! inshaAllah. Memerangkap sedara jauh juga. Jadi mustahil untuk kami bersama menjadi pasangan kekasih. Ew! memang tidak lah nak jadi girlfriend dia.
Case? kami berdua sama sama menghadapi masalah percintaannya. Bezanya aku dah kena silence treatment, malah Erhan pula kena curang. Sadis untuknya hahaha. Begitulah kisahnya, bila dua dua memang dah rapat. Semua benda nak dikongsi termasuk kisah cinta.
Acha mengeluh.
"Entahlah, Han. Aku rasa aku memang dah tak penting dalam hidup dia. Kitorang pun dah tak macam dulu. Awkward." Luah Acha.
"Kau orang dua yang bangang! cuba slow talk masalah apa jadi penyebab semua ni. Kalau dua dua silent treatment, macam mana bak settle. Dengan aku aku yang ikut stress dengan masalah member sendiri. Tak stress, rindu pun ada. Terikut rindu dengan kekasih Azfa Natasha." Bebel Erhan bersama gurauan.
Acha gigit bawah bibir. Mula dah..
Eh!
Langkah gadis itu tiba tiba terhenti secara mengejut.
Oh.. please! aku malas nak bertembung buat saat ini. Acha langsung memalingkan muka. Terlihat seseorang jejaka yang baru saja ingin menaiki motorsikal miliknya bersama satu gadis yang setinggi dadanya.
Acha menghembus nafas berat.
Baik aku pergi!
Baru saja Acha ingin membalikkan badan, Erhan lebih pantas untuk menghalang. Beg sandang gadis itu ditarik.
Acha menjeling. Erhan pula buat smirk.
"Mengelak ke sis?" Ejek Erhan.
"M.. mana ada!"
"Yeke?"
"Ya! buat apa aku nak tipu. Takde faedah langsung!"
Pegangan pada beg Acha terlepas, akibat gadis itu sendiri yang merentap dengan kasar. Azfa Natasha berdengus dengan garang. Sangat tidak suka bila Erhan cuba membuat lawak dengan perasaannya tidak ini. Dasar anak tapir! geram aku. Erhan dijeling. Cucuk mata kau kang!
Erhan masih dengan sengih mengejeknya.
"Berpercaya ke.. cik Azfa Natasha?" Pravok Erhan bersama kening terjungkit jungkit. Tiba tiba bibir nipis itu bergerak mengikut sebuah rentak lagu. "Without you.. aku hilang keliru.." Nyanyi Erhan dengan sengaja. "Siapalah diriku, yang berdiri tanpamu.."
Acha merengus.
"Ish! suka hati aku lah nak lari ke berenang atau terbang sekalipun."
"Wow. Nak terbang ke mana tu cik akak?" Sampuk satu suara.
Acha merengus lagi.
Dengan laju dia berpaling ke arah suara itu. Telinganya sempat di gosok dengan garang. Bising. Bingit telinga aku. Bunyi deruman motor itu betul betul di sebelahnya.
Erhan turut menoleh. Dia tersenyum saja. Membalas pandang dingin dari lelaki yang berdiam di sebelah lelaki yang besuara itu.
"Hi, akak Acha!"
![](https://img.wattpad.com/cover/341776759-288-k50108.jpg)
YOU ARE READING
La La One
RomansaNoah Armani × Azfa Natasha "Our story didn't end when I'm 17, it all started when we 28."