Chapter seven

1.2K 114 14
                                    

SELEPAS kejadian beberapa hari lalu, hubungan Acha dan Noah kembali tidak baik baik. Mereka lebih banyak berdiam diri. Di kelas pun, Acha selalu menghindar berbanding Noah yang berlagak seperti tiada masalah. Jika ditanya, ada saja cara Acha untuk mengelak. Misalnya seperti sekarang..

"Kau okay tak?"

Acha mengalihkan pandangan dari Noah yang dia tenung dari kejauhan.

Kini mereka duduk berteduh di bawah pokok. Tempat itu sudah jadi tempat kegemaran mereka ketika waktu rehat atau waktu luar kelas. Kerana mereka berempat tidak suka duduk di kawasan kantin sekolah, yang riuh dan selalu ditempatkan oleh orang orang berkuasa. Walaupun mereka tiada kurangnya dengan mereka yang dikatakan berkuasa di kantin sekolah. Haha!

Bak kata Haiman, "Hari hari nak berkelah."

Sekiranya tiba waktu rehat, tempat itu memang akan sedia kosong sampailah mereka tiba. Kerana pelajar lain sudah tahu bahawa itu adalah tempat Acha dan sahabatnya.

"Nampak aku macam sakit ke?" Soalan dibalas soalan.

Acha memakan nasi lemak yang dia bawa dari rumah dengan bernafsu. Satu lagi kebiasaan mereka, lebih gemar membawa makanan dari rumah.

Juli mencebik. Begitu juga Sophia, "Nampak sangat! Muka kau pucat Azfa Natasha, sakit lagi ke?" Tanya Juli. Risau migrain Acha datang lagi.

"Manada," Perkataan Acha tergantung di udara bila mereka dikejutkan dengan kehadiran Amy secara tiba tiba.

"Isy diani! bagi salam, lain kali!" Marah Sophia.

Amy mengendahkan. Gadis itu mengambil tempat disisi Sophia. Datang bersama 4 tin air coke. Dijamu di depan Acha, Juli dan Sophia.

"Kang aku beli air bandung, korang complaint rasa basi."

Coke disambut dengan senang. Berbeza reaksi Juli, kerana gadis itu kurang gemar dengan minuman bergas.

Amy membuka bekal makanannya.

"Salad lagi?"

Amy sengih saja. "Diet hahaha."

Baru saja, Amy ingin menyuapkan salad ke mulutnya, dia teringatkan sesuatu. Mengeluarkan sesuatu itu dari kocek uniform sekolah. Acha berkerut kening dengan huluran Amy. Tak faham. Juli dan Sophia diam saja.

Bila tidak disambut. Diletakkan pada peha Acha.

"N bagi, dia takut kau migrain lagi."

Penjelasan Amy mengundang senyuman nakal dari Juli dan Sophia. Tak faham aku dengan si Noah ni, beria nak putus lah apa tapi masih tunjuk sifat caring dia. Benci!

"Cie.. cie.. ada orang takut cinta hati dia jatuh sakit lagi."

Juli mengusik. Mendapat sokongan Sophia dan Amy. Bersiul nakal tiga gadis itu. Niat betul mengusik walaupun siulan mereka tidak jadi. Lain pula respon Acha. Menjeling. Memasukkan ubat migrain tadi ke dalam kocek uniform dengan kasar, tapi sempat ditahan oleh Juli.

No!

No!

"Kalau ya pun marah dengan orangnya, janganlah seksa diri. Telan ubat tu, nanti migrain kau makin menjadi jadi. Bukan kitorang je yang risau, jantung pisang kau yang jadi cacing kepanasan nanti." Nasihat Juli.

Mereka dan rakan sekelas Acha adalah saksi, dengan tindakan spontan Noah bila Acha jatuh sakit lebih lagi diserang migrain.

|Flashback|

"Kau biar betul, masih larat? Kalau tak aku pangggil Sir Gilbert, minggu ni tugas dia." Ujar Juli sambil membetulkan awning tudung Acha yang tampak serabai.

La La OneWhere stories live. Discover now