Lesson 39 : Ribut Bermula

80 21 3
                                    

Satu kawasan kota yang terbiar,di satu sudut tersembunyi. Ikhwan dan Farhan berdiri memerhatikan satu bangunan,iaitu bangunan yang masih tampak normal.

Sebuah kilang yang besar,Ikhwan dan Farhan masing-masing sudah siap-sedia dengan gear mereka. Farhan mengenakan topeng penuh,Ikhwan hanya menutupi mulutnya dan kepalanya sekadar ditutupi oleh hoodie.

"Misi kamu berdua kali ini adalah menyelinap masuk ke sebuah kota terbiar.." jelas Yusri dan di belakangnya adanya monitor skrin,terpapar wajah Jamel,Aufa,Aisy dan Syufa.

"Kota terbiar?" Farhan menyoal dan Yusri mengangguk.

"Yes Farhan.. kota itu asalnya sebuah kota yang maju Lima tahun yang lalu.. namun atas sebab masalah matawang yang menjunam teruk..selama tiga tahun berturut-turut..kota itu ditinggalkan.." jelas Syufa.

"Sebabkan tiada tindakan lanjut dari pihak kerajaan Jepun.. tempat itu menjadi sarang di mana proses dadah dan juga tempat aktiviti kotor.." Aufa mencelah.

"Pihak kerajaan Jepun tidak ambil tindakan ke?" Farhan menyoal.

"Sogokan kuat..kau faham je la libatkan politik..." Jelas Yusri dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Jika begitu,apa yang datuk nak kami buat?" Ikhwan menyoal.

Syufa tersenyum mendengar soalan cucunya,Yusri hanya menghelakan nafas pendek.

"Ada maklumat mengenai seseorang yang kita cari..di situ dikatakan mereka semua jadikan tempat pangkalan mereka.." jelas Syufa dan Ikhwan membesarkan matanya.

"Siasat dan cari maklumat yang berguna.. selebihnya terpulang.." tambah Syufa tersenyum.

Sepanjang kaki lima menghala ke sebuah bilik,beberapa jasad terbungkam tidak sedarkan diri. Mereka masih hidup namun kecederaan agak teruk,Ikhwan dan Farhan berada di dalam sebuah bilik.

Farhan menaip sesuatu pada papan kekunci,menolak masuk pendrive dan menyalin data. Manakala Ikhwan juga melakukan hal sama,namun dia mendapati satu fail yang menarik minatnya. Ikhwan tekan pada fail dan di dalamnya,ada satu video sahaja.

Ikhwan menekan fail video itu dan terpapar sebuah rakaman video,Ikhwan tergamam melihat isi kandungan video tersebut.

"Wan..kau dah siap ke?" Farhan menyoal selepas menyelesaikan bahagiannya,dia terkedu melihat video yang dimainkan.

Video tersebut dihentikan dan Ikhwan menyalin ke dalam pendrive,Farhan bagaikan tidak percaya dengan rakaman video tersebut.

"Hey Farhan.."

"Y-yeah?" sahut Farhan.

"Tadi datuk kata selebihnya terpulang bukan?"

"Huh?"

====>

"Shiro kau nampak tak Luke dekat mana-mana?" Salah seorang classmatesnya menyoal apabila Shiro sudah siap-siap mahu mengemas barang.

"Luke tak ada. Dia ada hal sikit."

"Sama macam Ikhwan dengan Farhan?"

Shiro diam sebelum mengangguk.

"Lebih kurang." Rasanya? Dia sendiri pun tak tahu.

"Kalau macam tu.. Kau free?"

"Sorry, man. Not today." Shiro tersengih.

"Typical Shiro.."

Classmatesnya mengangguk kecewa sebelum beredar. Mahu mengajak Luke dan yang lain bermain sukan. Shiro walaupun lasak dan aktif, jarang mengikut atau menyertai mana-mana pasukan. Jadi mereka sudah agak akan jawapannya.

CRAYON : 2RASCAL (SEASON 1)™Where stories live. Discover now