BAB 2

403 24 0
                                    

Kaki melangkah ke arah dapur. Di dapur, Adara melihat ramai orang kampung yang sedang bergotong royong. Ada yang tengah kisar bahan tumis, ada yang tengah potong bawang dan sebagainya.

"Ha Ara, datang pun kamu. Meh la tolong apa yang patut" ujar Makcik Halimah. Jiran ibunya.

Adara senyum segaris sebelum duduk di sebelah uminya untuk membantunya yang sedang memotong beberapa ulas bawang dan cili.

2 jam berlalu...

Para makcik-makcik onion kebanyakannya sudah pulang ke rumah masing-masing. Kini hanya tinggal mereka sekeluarga sahaja. Adara membasuh pinggan mangkuk yang berada di dalam sinki.

Derapan tapak kaki yang sedang melangkah ke arah Adara menarik perhatiannya dari terus membasuh pinggan. Adara memusingkan badannya 360° untuk melihat siapakah yang sedang melangkah ke arahnya itu.

Pinggan yang masih disaluti dengan sabun itu selamat mendarat ke lantai. Adara terkedu. Lidahnya tiba-tiba tak boleh bergerak apabila melihat manusia di hadapannya ini. Setelah 3 tahun mereka berpisah dek kerana hala tuju masing-masing selepas tamat SPM, tiba-tiba hari ini "dia" memunculkan dirinya di rumah Adara sendiri.

"Adara Humaira." seru lelaki itu dengan suara maconya.

"Y-ya saya." Adara gagap. Tak tahu kenapa tiba-tiba gagap. Mungkin sebab tak sangka dia dengan Adara boleh jumpa balik. Tapi pelik, macam mana dia boleh ada dalam rumah keluarga Adara?

"Kau okey tak? Pinggan jatuh ni , kalau kaca kena kaki kau macam mana?" Haidar sedikit tinggi suaranya. Tapi masih biasa, ada sedikit nada kerisauan disitu.

"Sorry." Adara sendiri tak tahu kenapa dia minta maaf kepada lelaki yang bernama Haidar ini.

"Dah kenapa nak sorry? Aih macam-macam la kau ni Ara, perangai tak berubah langsung" Haidar bebel macam mak aku, tapi mak aku lagi pro bab bebel ni, so dia kalah.

Eh apa aku merepek ni.

Haidar tunduk untuk mengutip serpihan kaca yang pecah itu. Dia mengambil penyodok dan penyapu di tepi pintu dapur dan menyapu sisa serpihan kaca halus yang akan menyebabkan kaki manusia yang lalu kat situ luka.

Aku yang masih terkejut dengan kehadiran Haidar terus pegun disitu, taktahu nak buat apa.

"Ya Allah Ara!! Apa jadi ni?? Kamu okey tak?? Ada luka tak??" Umi yang entah dari mana, terus berlari ke arah ku dan membelek-belek tanganku. Takut ada luka kecil.

"Ara okay umi" Aku senyum segaris sebelum senyumanku mati sebaik mataku berlaga dengan mata hazel milik Haidar.

"Alhamdulillah" kata umi sambil menghela nafas lega. Risau beno ye umi.

"Haa umi lupa nak bagitahu Ara, Haidar dengan abang dia Luth tidur sini. " Umi seolah-olah baru teringat tentang kehadiran Haidar dan abangnya dia rumah ni.

"Hah?! Umi serious la?? Kenapa tiba-tiba je diorang tidur sini? Apa kena-mengena diorang ni dengan majlis kesyukuran Ara umi? Ara tak fahamlah" Aku terkejut gila, sampai membebel aku dekat umi sebab terkejut.

"Sebenarnya, umi bukan nak buat masjlis kesyukuran aje, umi dengan abah dah bersepakat dengan papa mama Haidar untuk satukan korang berdua" Kata Umi selamba.

"Hah?!" Aku dengan Haidar menjerit serentak.

"Umi!! Apa ni umi? Umi buat apa ni? Ara tak fahamlah!" Seraya itu, kepalaku tiba-tiba berasa pening. Macam nak pitam. Aku memegang kepalaku untuk menahan sakit yang makin lama makin melarat rasa sakitnya.

"Makcik, makcik plan apa sebenarnya ni dengan papa mama saya?? Kenapa kami berdua tak tahu apa?? Kami baru je jumpa balik ni makcik. Jangan buat kami macam ni makcik" Haidar macam tak puas hati. Tapi aku tak pelik sebab tu memang perangai dia. Dia tak suka orang buat plan pasal diri dia lepastu tak bagitahu dia.

Mataku kian menutup, seluruh pandanganku gelap. Aku pengsan.

.

.

.

.

.

Aku membuka mata perlahan-lahan, buka saja mata, ada satu cahaya terang menusuk ke dalam anak mata ku. Silau. Cepat-cepat aku tutup mata balik. Lepastu aku bukak mata perlahan-lahan.

Aku pandang kiri kanan . Aku meniliti segenap ruang itu. Aku dalam bilik tidur aku. Rasa nak sambung tidur balik, penat. Tapi aku tangguh dulu niat tu, aku capai telefon dekat sebelah katil aku. Nak tengok sekarang pukul berapa. Dah asar, tapi aku tak boleh solat , bendera merah kann, so boleh la aku sambung tidur. Serious aku penat gila. Tak tahu kenapa, tapi aku penat la.

Aku dapat tidur dalam setengah jam aje, lepastu aku bangun sebab ada orang ketuk pintu.

Aku malas nak bangun bukak pintu so aku suruh je orang yang ketuk pintu tadi tu masuk aje , pintu pun tak kunci.

"Ni Haidar , boleh aku masuk?" maco suaranya. Buatkan jantungku tiba-tiba menari nervous.

"Oh Haidar, kejap aku nak pakai tudung, tunggu jap tau" Aku jerit dari dalam bilik.

Terkocoh-kocoh aku bangun lepastu lari capai tudung yang sentiasa tersangkut dia sebalik pintu. Aku lilit ala kadar sekadar untuk menutup rambut dan leher. Okey la tu kan.

Aku berlalu ke arah pintu. Tiba-tiba aku rasa nervous, tak tahu kenapa huhu. Sebaik pintu dikuak, muka hensem Haidar terpacak kat depan muka aku. Jarak diri aku dengan dia tak ada la dekat mana, jauh sikit tapi dekat. Ha faham tak?

"Kenapa" aku bertanya kepada Haidar. Senyum segaris, sekejap aje lepastu tayang muka tak berperasaan.

"Umi kau suruh panggil kau kalau kau dah bangun. Dia kata nak bincang" Haidar berkata dengan nada yang aku rasa macam nada bersalah. Dia rasa bersalah mungkin sebab dia ingat dia dah kacau waktu rehat aku kot. Walaupun hakikatnya memang dia kacau aku. Hahahaha

"Bincang apa?" aku tanya soalan yang dah sah-sah Haidar pun tak tahu jawapannya.

"Entah" Haidar menjawab sambil jongket sebelah bahu. Hensem la dia ni ish .

Haidar berlalu ke arah ruang tamu.Sebelah tangan aku menutup pintu , kemudian aku mengikut langkah Haidar ke ruang tamu.

Di ruang tamu, semua orang dah duduk dekat tempat masing-masing dengan muka serious. Abang  kandung Haidar pun ada kat situ . Dia duduk sebelah Amelia. Amelia pulak nampak macam tak selesa tapi mahu , ha gitu.

"Umi , Abi , err... Aunty , Uncle" Aku menegur sekadar berbasa-basi. Takdela nampak aku ni sombong sangat.

Mereka mengangguk serentak sambil tersenyum misteri. Berkerut kening aku melihat senyuman warga emas kat depan aku ni.

"Papa Mama nak bincang apa dengan kitorang? sampai berkumpul ramai macam ni" Haidar akhirnya bersuara. Tapi suara dia dingin. Sedingin kutub utara. Eh tak, lagi dingin dari kutub utara.

"Papa mama nak jodohkan Haidar dengan Adara" Kata Dato' Eskandar selamba. Sebijik macam ayat umi yang aku dengar sebelum aku pengsan tadi.

Aku dan Haidar berpandangan. Tapi hanya seketika apabila Datin Rosie berdehem untuk menerangkan dengan lebih lanjut soal rancangan TAK MASUK akal diorang ni.

"Mama dah prepare semua benda dengan umi dan abi kamu Ara , korang berdua tinggal setuju dan pergi kursus kahwin aje" Terang Datin Rosie dengan tak berapa nak panjang lebar. Ok tibe

"Umi, serious la?? Kahwin ni mana boleh buat main-main" Aku tinggi sikit suara. Sikit je la, tak sampai tahap derhaka lagi la.

"Dah la tu, ikut aje boleh tak Ara? Lagipun kamu dengan Haidar kan dah kenal lama. So apa salahnya kahwin aje terus?" Abi yang jawab. Umi duk senyum aje, seram aku tengok. Dari tadi duk senyum.

"Ok Haidar setuju" Haidar berkata selamba sambil tangannya disilangkan ke dada. Aik? Tadi bukan dia ke yang beria-ria cakap kitorang baru jumpa ? Tetiba nak kahwin? Last-last dia yang setuju? Ape niiii HUWAGRHHHHH

Belongs To UsWhere stories live. Discover now