Preview

5 0 0
                                    


Satu suapan nasi lemak masuk ke mulutku. Nikmatnya memang tak terkata. Kalau kantin sekolah aku bertanding di antara kantin-kantin sekolah lain peringkat negeri dalam bidang nasi lemak. Sah! Kantin sekolah aku menang.

"Dengar-dengar kau ada crush, Ory?". terbantut nikmat aku makan nasi lemak mak cik kantin.

Soalan itu... Macam mana boleh muncul, ya? Tertanya-tanya aku. Aku rasa aku tak pernah bagitahu Lila aku ada crush. Cuma ada seorang sahaja di kalangan kami bertiga yang aku pernah bagitahu, dan mata aku menjeling tajam ke arah orang itu.

"Kau bagitahu dia ke, Mai?" mulutku bergerak dengan muka yang tak puas hati.

Dia hanya tersenyum simpul dengan muka yang tak bersalah. Perlahan-lahan wajah Mai dikalihkan dari memandangku.

Sumpah kuangjo!

"Ory, dengar tak?" seru Lila. Automatik kepala aku berpusing memandang. Mulutku terkatup. Tak tahu nak cakap apa.

"Kau ada crush ya, Ory? Asal tak bagitau aku pun." Lila menguis-nguis nasi sambil mulutnya memuncung. Dia tak pandang aku pun.

Sah, merajuk!

"Bukan aku tak nak bagitahu kau, cuma kau tak ada saja masa aku bagitau Mai pasal crush aku itu. Kalau kau ada, confirmlah kau tahu Lila." aku mencapai lengan Lila yang menguis-nguis nasi sambil menunduk mencari anak matanya.

Demi memujuk kawan!

Dia mengerling ke arahku sekilas sebelum kembali memandang nasi. Nasi yang tadi dikuis-kuis terhenti. Sudu dan garpunya di letak di tepi pinggan. Kedua-dua belah tangan Lila diangkat ke atas meja dengan siku sebagai penyokong. Jari-jemarinya disulamkan antara satu sama lain. Pandangan Lila yang tadi terarah pada nasi, kini memandangku serius.

Ini tanda-tanda aku kena soal siasat! Rasa macam nak lari. Aku nak ghaib sekarang dari dua ekor minah ini, ya Allah!

"So my Ory..."

Aku telan air liur. Ah, gementar!

"Who is that guy?" kening Lila terangkat sebelah.

Aku terbungkam.

That guy. The guy. The one who take my heart. Walaupun dia tak tahu yang dia dah berjaya ambil hati aku. Semua tentang dia, bagaikan dongeng. Semua tentang dia, seperti fantasi yang tak pernah wujud.

Dia sempurna.

He is pretty.

He is kind.

His smile and his eyes is mesmerizing.

And his name is beautiful too.

Syednur Isa.

Tanpa aku sedari mata Lila terbeliak memandangku. Begitu juga dengan Mai, dia ternganga dengan pandangan tak percaya.

Oh, aku sudah sebut nama itu.

...

Buku latihan addmath dipeluk erat. Tunduk dan memandang lantai kerana otakku bekerja keras. Langkahku berat namun bila memikirkan dia, terasa semakin laju. Nafas ditarik lalu dihembus. Jantung aku daripada tadi mengepam kuat.

Dup-dap-dup-dap.

Teruja dalam masa yang sama gementar. Gementar memikirkan lelaki bernama Isa. Jadi ekstra bila Lila dengan Mai dapat tahu yang aku sukakan dia senyap-senyap. Macam mana aku nak menghadap dia. Sekarang ini waktu selepas sekolah. Waktu yang dia berjanji untuk adakan sesi mentor-mentee bagi subjek addmath dengan aku.

Crush's Theory (takde cover lagi) Where stories live. Discover now