Name ››› 002

11 2 0
                                    

Kebiasaannya aku bangun takdelah awal mana sebab hari-hari ada training. Cuma hari ni kena bangun awal, 8.00 pagi kena terpacak kat rumah Encik Hamka.

Sudahlah mata aku sembap, ni semua salah drama Korea semalam. Asal sedih sangat? Habis tak kacak rupa aku pagi ni.

Aku menekan loceng rumah dari luar pagar. Da handsome, kacak, tampan, bergaya ni tahu-tahu kena jadi driver.

Pagar besar gedabak itu automatik terbuka dengan perlahan. Aku pun melangkah masuk sambil mata melihat persekitaran rumah itu.

"Assalamualaikum. Awak Jakeem Xavier kan?"

Aku angguk kepada seorang lelaki berpakaian suit penuh. Sus nya. Pagi-pagi da berbaju begini?

Kau ni bongok ke apa? Tu kan baju kerja

Senyaplah kau! Tak habis-habis nak condemn aku. Takde sekali nak support member.

"Sekejap ye. Kita tunggu Cik Syuhaidah"

Lahh Encik Hamka tu perempuan ke? Tapi nama lain. Anak dia kot.

Wuishh lama juga nak tunggu minah tu keluar. Berkicap jugalah duk luar ni. Takde jemput masuk dalam ke? Takde makan ke minum ke?

Tolong ingat yang kau tu datang untuk bekerja. Bukan untuk dilayan macam raja, Jakeem Xavier a.k.a Si tak guna.

Aku ni ada masalah dalaman ni. Kena buat terapi minda atau pun buat yoga...

Pergi sembahyang, bongok. Tulah solat pun tak jaga. Tahu-tahu membesar jadi setan.

"Ahh Encik Jakeem? Hm hello?"

"Eh maafkan saya"

"Ni Cik Syuhaidah. Awak akan menjadi driver peribadi kepada Cik Syuhaidah bermula hari ini"

Aku mengangguk faham. Perempuan tu cuma tersenyum manis. Aku nak balas balik takut orang ingat aku syok pula.

"Satu lagi. Pesanan dari Encik Hamka. Jaga makan, jaga hati, jaga nafsu, jaga ikhtilat"

Banyak betul jaga dia. Pening ni pening. Aku mengangguk lagi. Da sakit kepala asyik angguk je.

*****

Mak aihh muka selamba je, macam takde adab. Awal-awal da kena judge.

"Cik Syuhaidah, sila tunjukkan kereta yang bakal dia pandu"

"Baiklah. Ikut saya, Encik Jakeem"

Kami menuju ke garaj kereta yang berada di sebelah rumah. Tak jauh dekat je. Aku menekan butang untuk membuka pintu garaj.

Kereta berjenama Porsche muncul. Aku melihat wajah Encik Jakeem, mak aihh terpancar senyuman gembiranya.

Aku dimaklumkan tadi yang dia ni pelumba kereta yang dipecat pfft takkanlah gembira nau tengok kereta Porsche gini. Aku rasa dia punya kereta lagi mahal.

"Ni kereta yang bakal awak pandu untuk saya"

Aku kata kepada Encik Jakeem tapi dia diam je. Eh terpesona nau tengok kereta tu. Seakan melihat cinta sejati.

"Haihh Encik Erik takpe, saya settle kan hal ni. Nanti takut Encik Hamka cari pula"

Encik Erik cuma mengangguk faham lalu beredar. Ok, sekarang ni kenapa mamat ni peluk kereta aku?

"Tolong behave ye? Jangan buat macam kereta sendiri. Saya nak pergi kerja, da lambat ni"

Aku kata kepada Jakeem yang tak habis-habis memeluk kereta Porsche itu. Dia kembali menegakkan badannya lalu menghadap aku.

"Orite. Apa destinasi kau?"

WHAT?! KAU?! DIA PANGGIL AKU KAU ?! WOAHH I CAN'T BELIEVE. AKU NI MAJIKAN DIA BUKAN KAWAN SEJAK AZALI DIA!

PATUTLAH KENA BUANG KERJA, TAKDE ADAB LANGSUNG DENGAN ORANG.

"Haihh Ya Allah kuatkanlah kesabaran aku ehem bawa saya ke Butik Pop kat Shah Alam"

"Hoho jom. Kita akan tiba dalam masa 10 minit"

Aku yang baru memakai tali pinggang agak terkejut ye dia kata akan sampai dalam masa 10 minit.

Da lah jarak rumah aku jauh dengan tempat kerja aku. Dia ni sedar tak yang dia bukan pelumba lagi ?!

TETIBER DIA MENEKAN PEDAL MINYAK HABIS. Da lah top speed kereta ni 192 mph bersamaan 309 km/h.

LAJU NAMAMPUS DIA BAWA! NI NAK MENINGGAL AWAL. WASIAT PUN TAK SIAP TULIS LAGI WOI!

Jangan terbang tudung aku sudah. Nak je aku hempuk kepala dia tapi tangan aku taknak lepas dari genggam tali pinggang.

11 minit kemudian, kami tiba di depan Butik Pop. Aku da terkaku macam patung. Nasib tak terkencing.

"Waduhh terlebih 1 minit. Maybe lepas ni kena tekan lagi minyak"

"KEPALA OTAK KAU! Kau nak kita berdua terbunuh ke apa?!"

"Masalahnya kita selamat"

Apa yang mamat ni fikirkan?! Macam mana Encik Erik boleh jumpa dia?! Kalau Babah naik dia, boleh sakit jantung.

Astagfirullahalazim

"Kalau kena saman, saya tolak dari gaji awak"

"Baik, ma'am"

Nak mencarut tapi kena Istighfar. Nak mencarut tapi kena Istighfar. Nak mencarut tapi kena Istighfar.

Kau tunggu, Jakeem. Ada hari aku hempuk kepala kau sampai sedar akan keselamatan di jalan raya.

TBC

Haritu pergi kl , ada kereta honda tu laju je kat highway. Belok sana belok sini, ingat tengah berlumba? Aku yang risau tengok

Drift Ke Hati Kamu : jaehyun nctWhere stories live. Discover now