Misunderstanding ››› 005

6 2 0
                                    

Keesokan harinya, aku datang kerja seperti biasa. Kena bawak tuan puteri intan payung Encik Hamka ¯⁠\⁠(⁠°⁠_⁠o⁠)⁠/⁠¯

Sekarang ni...minah ni mana? Sudah hampir pukul 8 ni, taknak pergi kerja ke? Tak keluar-keluar, tidur terlajak ke apa?

Dua minit kemudian, pintu rumah dibuka kasar dan muncul seketul Syuhaidah dengan muka 'mentah' .

Nasib baik ingat berbaju segak bergaya. Jikalau masih berbaju pijama upin ipin dia, aku orang pertama viral kan HAHAAHAHA

Kau ni stalk dia ke? Macam mana kau tahu dia ada pijama upin ipin? Dasar pervert jatuh miskin!

Ya Allah tak baik suara dalaman. Aku ni baik tau orangnya, aku teka je. Kalau betul tu, coincidence saja.

"Selamat...."

"Sudah! Sudah! Masuk kereta. Saya da lambat ni"

Sekali lagi dia potong tajam percakapan aku. Da biasa da hm.

Ok, malas nak dengar dia membebel. Aku terus menghidupkan enjin kereta Porsche milik Syuhaidah.

"Bawak cepat sikit"

Ujar Syuhaidah yang sedang sibuk membetulkan tudungnya. Aku tersengih, dia ni lupa ke aku bawak kereta macam ribut semalam, siap ugut aku lagi.

"Andai kata aku kena saman, kau bayar"

"Whatever"

Syuhaidah merengus sambil mencari sesuatu di beg barang perhiasannya. Kaca mata hitam dipakai, tali pinggang tidak lupa dipakai kang tak memasal melambung keluar dari kereta pula *blekmung*

Aku menjeling sedikit Syuhaidah di sebelah, member tengah pakai make up. Senyuman nakal tak lepas di bibir hehe.

Pedal minyak ditekan sehingga habis, laju kereta dinaiki kami meluncur di atas jalan raya. Aku ambik jalan highway untuk memudahkan pergerakan kereta ni sebab takde jalan selok belok.

"ARGHHH YA ALLAH! BAWAK MENGUCAP JAKEEM!! LAJU SANGAT NI!"

Lapan minit berlalu, kami tiba dengan selamat di tempat kerja Syuhaidah. Tapak tangan aku yang berlapik sarung tangan sempat menahan dahinya dari terhantuk dashboard kereta ketika break kecemasan tadi.

"Astagfirul...lahalAZIM! Kau bawak kereta macam ribut ni kenapa?! Habis gincu aku terlajak sampai ke hidung!"

"Oklah tu. Boleh jadi trendsetter pada zaman gen z ni"

"Kepala otak kau. Alihkan tangan kau boleh tak?"

"Eleh marah aku pulak. Kau yang suruh aku bawak kereta cepat sikit"

Dalam hati, aku sudah tergelak melihat wajah badut Syuhaidah. Tambahan pula dia membuat ekspresi muka mendatar bertambahlah mulut aku tak dapat menahan dari tersenyum.

"Tanggalkan kemeja putih kau sekarang"

Auto terbeliak biji mata aku. Eh dahi tak terhantuk pun, apa kejadah tetiber suruh aku tanggal kemeja ni?!

"Astagfirullahalazim Cik Syuhaidah. Walaupun saya ni solat tak sempurna sehari, takdelah saya nak buat benda tak senonoh"

"Sedar pun tak solat. Sekarang, tanggalkan kemeja"

Hati aku taknak tapi tangan aku perlahan-lahan buka butang sehingga habis. Lantak kau, janji aku pakai singlet kat dalam.

Syuhaidah merampas kemeja tersebut lalu menuang sejenis cecair. Dia terus mengelap garisan gincu hingga ke hidungnya.

"EH EH ASAL KAU LAP PAKAI BAJU AKU?! TISUKAN ADA WTF BIJ"

Hampir saja aku menitiskan air mata. Walaupun baju kemeja tu putih plain, harganya mahal ಥ⁠‿⁠ಥ

"Ambik ni"

"Eh kau da guna baju mahal ni lap gincu kau, cucikanlah"

"Cuci jelah sendiri. Pakai ubat gigi. Dalah bye!"

*Hempas pintu*

*bunyi burung terbang pergi*

Kuterkaku terbeku terpegun terkentut seketika. Aku tak rasa minah ni perempuan tulen. Hempas dia bukan kemain.

Tak nak tunggu lama, aku terus pulang ke rumah sebab nak cuci baju mahal ni. Sayang tahu tak baju ni, dalah aku beli dengan gaji pertama aku aigoo.

"Pulang pun kau. Penat aku tunggu"

Ujar Kevin. Aduh mamat ni buat jantung aku lemah je.

"Kau buat apa kat sini?"

"Nak lepaklah. Buat masa sekarang ni, takde training sebab dorang semua sibuk dengan mesyuarat apa tah"

Dia ni macam takde tempat lain nak pergi. Rumah aku da lah tak kemas, bersepah sana sini.

"Waitt...something fishy. Pakai singlet, kemeja buka dan ada kesan lipstick. Woo what is this? Siapa nodai kawan aku ni?"

"Syuhaidah"

Dengan straight nya, aku menyebut nama minah tu tanpa segan silu. Da geram punya pasal. Senang nenek dia je pakai baju aku lap gincu dia.

"WTF ?! ARE YOU REALLY?! LIKE WHAT ARE YOU GUYS DOING?!"

Marah Kevin bersungguh. Sekejap, dia da salah faham ni. Aku terus menampar dahi aku.

"Garang-garang minah tu, ada juga hati nak berghairah dengan kau eh?"

Automatik tangan aku menolak kepala Kevin kasar. Dia ni takde benda lain ke nak difikirkan?

TBC

Next chap aku belasah kevin 😌 jauh sangat fikirnya. Taknak dengar penjelasan dulu

Drift Ke Hati Kamu : jaehyun nctWhere stories live. Discover now