King Iskandar | Prolog

1.6K 155 1
                                    

I would take a bullet for you just to prove my love, only to find out you're the one holding the gun.
_______

Bunyi tembakan itu jelas kedengaran. Si gadis menutup telinga dengan kedua-dua belah tapak tangan. Air mata sudah pun bersememeh di pipinya. Tubuh kecilnya bergetar menahan rasa takut yang mula mengusai.

"Cari sesiapa saja yang ada dekat sini dan bunuh mereka!" Arahan yang dikeluarkan kedengaran. Makin takut gadis itu jadinya. Mulut ditekup agar tidak mengeluarkan sebarang esakan.

Bunyi pintu biliknya ditendang dari luar buat gadis itu terkejut hingga terkeluar jeritan kecil dari mulutnya.

Pantas tangan menekup mulut dan dia makin mengecilkan diri dalam almari. Dalam hati dia berdoa agar orang jahat diluar itu tidak menjumpainya.

Krekkkk!!!

Pintu almari dibuka kasar dari luar. Muka gadis itu berubah pucat saat melihat wajah lelaki yang memakai topeng hitam dan topi dikepalanya tu. Air matanya makin laju menuruni pipi saat matanya bertembunh dengan mata lelaki itu.

Tubuh si gadis membeku. Tidak berani membuat sebarang pergerakan. Hanya mata mereka saja yang bertatapan.

"Macam mana?! Is it clear?!" Suara lelaki itu kedengaran kuat dari muka pintu menyoal kawannya yang berada di hadapan almari tu.

"Clear! No one here!" Balasnya dan serentak itu pintu almari ditutup buat gadis itu tergamam seketika.

Ap—apa yang jadi? Lelaki itu selamatkan dia?

Tubuh gadis itu masih lagi membeku dengan tangan menutup mulutnya. Nafasnya bagai tersekat di kerongkong.

Bunyi derap langkah yang melangkah keluar dari bilik itu buat tangannya perlahan-lahan turun dan tangisannya mula kedengaran beberapa minit selepas bunyi siren polis.

Dia dah selamat.

Lelaki tu selamatkan dia.

King Iskandar | SUWhere stories live. Discover now