I'm perfectly imperfect
____
"Mama!"
"Eve, terkejut mama. Nasib tak kena serangan jantung." Datin Evara mengurut dadanya perlahan. Dia menggeleng bila Eve Rosella sudah tersengih-sengih memandangnya.
"Ala, Eve main-main sajalah mama." Eve Rosella duduk di hadapan mamanya dengan senyum manis. Makin lebar senyuman dia bila Datin Evara mencekup kedua-dua belah pipinya lalu dahinya dikucup penuh kasih.
"Cantiknya anak mama ni. Nak pergi mana?" Tanya Datin Evana dengan senyuman manis.
"Nak keluar sekejap."
"Eve tak nak melawat papa?" Tanya Datin Evana buat Eve Rosella tersentak. Dia tarik senyum tawar.
"Eve balik lambat tau, mama. Eve nak hilangkan stress sebelum mula belajar untuk peperiksaan nanti." Kata Eve Rosella tanpa membalas soalan mamanya. Beg tangan dibetulkan.
"Eve..." Panggil Datin Evana bila Eve Rosella sudah mendekati pintu utama rumah.
Langkah Eve Rosella terhenti. Dipusing tubuhnya dan senyuman manis diukirkan buat mamanya tu.
"Mama ada nak kirim apa-apa?"
"Eve Rosella." Datin Evana bangun mendekati Eve Rosella. Tangan anaknya tu diusap perlahan. Sebelah lagi mengusap pipi Eve Rosella. Wajah muram anaknya yang cuba disembunyikan dibalik senyuman itu dipandang lama.
"Mari ikut mama lawat papa? Papa masuk hospital minggu lepas, kan? Jom?"
"Eve anak yang baik, kan? Mari ikut mama?" Ajak Datin Evana lagi bila Eve Rosella hanya mendiamkan diri.
Helaan nafas berat keluar dari mulutnya. Eve Rosella paksakan diri untuk senyum dan mengangguk.
Ya, seorang Eve Rosella kan anak yang baik...
"Hm, yalah. Eve ikut mama." Akur Eve Rosella.
Datin Evana tersenyum. Dia tahu yang Eve Rosella akan ikut cakapnya. Tanpa menunggu lama terus dia bersiap dan mereka bertolak ke hospital di Nova City.
Hospital Nova City adalah hospital yang terbesar di Kerajaan Novae dan biasanya hanya golongan bangsawan dan hartawan saja yang masuk ke sini.
Eve Rosella hanya mengikut saja langkah Datin Evana menuju ke bilik wad papanya.
"Papa..." Eve Rosella menegur dengan senyuman pada lelaki paruh baya yang sedang berehat di katil vvip tu.
Wajah lelaki itu terus saja mencuka saat melihat anaknya masuk bersama dengan isterinya. Hesy, budak ni memang akan buat dia tambah sakit sajalah!
"Kamu ni dah tak ada kerja lain ke nak dibuat sampai datang ke sini?" Berkerut tak suka muka Dato Laith memandang Eve Rosella bagaikan memandang musuhnya saja.
"Eve datang nak melawat papa. Papa sihat?" Eve Rosella masih mengekalkan riak wajahnya dengan senyuman manis.
Dia mendekati papanya tapi masih membina jarak antara mereka. Tak berani nak duduk terlalu rapat kerana dia tahu yang papa dia sendiri tak sukakan dia.
"Nampak macam aku nak mati dah ke?" Kasar Dato Laith menyoal dengan pandangan tajam pada anaknya tu.
"Abang... janganlah berkasar macam tu dengan Eve. Dia datang ni sebab nak tengok keadaan abang macam mana," tegur Datin Evana mengundang dengusan Daro Laith.
YOU ARE READING
King Iskandar | SU
Lãng mạnIni kisah cinta antara King Iskandar dan Eve Rosella. "Saya tak fahamlah kenapa semua orang cakap yang awak kasar sedangkan dengan saya awak lembut je."- Eve Rosella. "Aku akan lindungi kau, Eve walau itu bermaksud mengorbankan nyawa aku sendiri."...