King Iskandar | 2

1.2K 159 10
                                    

I would take a bullet for you just to prove my love, only to find out you're the one holding the gun.

__________

"Cik..."
Eve Rosella yang sedang ralit menaip di laptopnya tu tersentak bila satu suara menegur. Cepat saja dia mengalihkan pandangannya pada pelayan kafe.

"Maaf ganggu tapi kafe dah nak tutup ni." Ujar perempuan pelayan itu lembut sebelum meminta diri untuk kembali mengemas.

Eve Rosella pandang dinding kaca disebelahnya tu. Suasana di Nova City sudah mula bertukar gelap malam dan hanya bertemankan cahaya lampu dari jalan.

Ha sudah!

"Macam mana aku boleh terlupa nak balik ni? Dah pukul 11?! Matilah aku macam ni." Kalut Eve Rosella mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg sandang.

Lupa pula yang Nareesa pulang awal kerana ada hal dan dia masih di kafe menyiapkan tugasan yang pensyarah dia berikan. Ralit sangat buat kerja sampai dia langsung tak hiraukan keadaan sekeliling. Patutlah rasa kematu semacam je punggung dia, dari petang sampai ke malam dia duduk di sini!

Selesai mengemas, Eve Rosella terus melangkah keluar dari kafe. Dia berhenti di hadapan kafe dan matanya mula memandang keadaan sekeliling yang sepi. Hanya ada beberapa buah kereta saja yang terkadang lalu.

Gulp!

Eve Rosella rasa seram sejuk pula jadinya apatah lagi bila otaknya mula memainkan cerita seram dan kisah pembunuhan yang dia baca.

'Kes pembunuhanan berantai yang sedang berlaku dekat Novae ni."

Eve Rosella menggeleng. Cuba diusir semua perkara negetif yang ada dalam kepalanya.  Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi pula otaknya ni!

Nafas ditarik dalam-dalam. Langkah dibuka menuju ke jalan yang akan membawa ke rumahnya. Waktu-waktu malam macam ni, manalah ada teksi. Dia pula tak bawa kereta sendiri memandangkan tadi dia tumpang Naressa.

Dalam hati Eve Rosella mengutuk diri sendiri. Kenapalah dia boleh tak sedar yang dia sudah menghabiskan masanya seharian di kafe tu? Memanglah bagus dia dapat siapkan kerja tapi orang tua dia mesti risau dengan keadaan dia. Dahlah teledon bimbit dia pun sudah kehabisan bateri.

Prak!

Langkah Eve Rosella terhenti seketika bila dia dengar seperti bunyi botol dipijak tapi bukan kaki dia yang pijak. Kepala terus menoleh ke belakang.

Kosong.

Liur ditelan terasa pahit. Perasaan tak enak hati mula menyelubungi dirinya. Kenapa dia rasa macam ada orang ikut dia ya? Atau ianya hanya perasaan dia saja?

Kepala digeleng. Ah, mungkin perasaan dia saja sebab terlalu memikirkan tentang kes pembunuhan di Novae.

Langkah dibuka agak laju. Ambil masa 20 minit juga untuk smapai ke rumahnya ni.

Pak! Pak! Pak!

Sah! Ada orang ikut dia!

Eve Rosella sudah tidak dapat fikir postif lagi bila dia jelas dengar bunyi tapak kaki yang juga berjalan agak laju seiring dengan langkahnya.

King Iskandar | SUWhere stories live. Discover now