Bab 2

64 11 1
                                    

Huzaiyr melihat dirinya di dalam cermin, uniform kerja yang tersarung di tubuh tegapnya dikemaskan lagi sebelum dia mencapai botol perfume diatas meja sebelum di sembur di pergelangan tangan serta kawasan leher. Handphone, beg duit serta kunci kereta dicapai sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidurnya.

Kasut kulit berwarna hitam disarung sebelum dia mengunci pintu rumah dan memboloskan diri ke dalam perut kereta. Tidak sampai beberapa minit dia memanaskan enjin kereta, terus sahaja keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.

Perjalanan dari rumahnya menuju ke balai mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sampai sahaja di IPK, Huzaiyr disapa oleh anggota - anggota yang bekerja pada shift petang dan anggota yang turun padang dalam menyempurnakan majlis persaraan ini.

"Tuan!"tegur Liyana yang merupakan sarjan dan sebagai pengurus yang mengetuai majlis pada malam ini.

Huzaiyr mengangguk seraya tersenyum nipis. Dia berjalan masuk ke dalam balai. Di dalam balai dia di sapa oleh Fahmi.

"Tuan. Baru sampai ke?"soal Fahmi yang lengkap dengan uniform.

"Haah, sorry lah lambat. Ada apa - apa masalah ke?"soal Huzaiyr risau.

Pantas sahaja Fahmi menggelengkan kepalanya. Risau sungguh dia kalau majlis ini tidak berjalan dengan lancar.

"Takde masalah pun. Okey je. Kau tu dah ready ke nak bagi sepatah dua kata?"usik Fahmi.

Perkara itu membuatkan Huzaiyr memandang tepat ke arah Fahmi sebelum dia menayangkan senyuman nipis. Buku nota yang dibawa keluar dari kereta tadi dilayangkan dihadapan muka Fahmi.

"Aku baca apa yang aku dah tulis je lah. Nervous pula."ujar Huzaiyr sedikit perlahan.

Fahmi mengerut dahi.

"Kau ni macam mana boleh jadi Inspektor?"soal Fahmi sambil mengangkat keningnya sekadar bergurau.

"Jadi je lah asalkan kerja jalan. Orang nak kerja jalan bukan mulut je jalan ke depan kerja ke belakang."jawab Huzaiyr lalu meninggalkan Fahmi terkulat - kulat.

"Ini orangkan banyak suka sakitkan hati aku."bebel Fahmi seorang diri sebelum dia beredar ke pantri.

Fahmi senang bekerja dengan Huzaiyr kerana lelaki itu tidak lokek untuk berkongsi apa sahaja. Mereka berkenalan ketika sama-sama menjalani latihan kursus polis di Pulapol Kuala Lumpur selama 9 bulan. Kemudian mereka ditempatkan di IPK Melaka di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Majlis persaraan pada malam itu berjalan dengan baik dan lancar. Encik Saiful serta isterinya dan anak-anak yang lain sedang menunggu di dalam balai. Mereka sedang menunggu Mawar dan Iskandar tiba sebelum mereka boleh masuk ke dalam dewan.

"Abah, sorry lambat. Jalan jammed."pohon Mawar saat matanya tertancap pada sang bapa yang sedang menunggu. Segak dan cantik kedua ibu bapanya, Encik Saiful memakai kemeja hitam manakala Puan Mastura memakai baju kurung berwarna hitam keemasan. Sungguh padan. Ahli keluarganya yang lain juga turut tidak kurang hebatnya.

"Tak apa lah asalkan sampai."jawab abah seraya tersenyum nipis.

Cantik sungguh anak daranya ini berbaju kurung hitam bercorak lace putih. Iskandar juga tampak kemas dengan kemeja hitam berjalur putih yang tersarung di badan tegap lelaki itu. Menampakkan karisma lelaki itu sebagai seorang anggota tentera.

"Angah, ketatnya baju. Tak sesuai lah untuk majlis macam ni,"tegur Dania.

Tapi entah kenapa teguran itu kelihatan agak sinis ditelinga Mawar.

"I don't think so. Baju ni saiz M kot. Bagi angah baju ni besar dah sebab biasa angah pakai S. Lagipun kalau ketat, Is dah tegur dulu."Mawar pertahankan dirinya.

"Angah, betul apa kata Dania tu. Lain kali mama tak nak tengok Mawar pakai baju ni. Bagi je dekat Dania tu nanti. Dania tu kurus sesuai lah pakai. Pakai ketat-ketat buat apa, nak tambah dosa abah lagi ke?" ujar Puan Mastura.

Terbeliak biji mata Mawar, mahu saja dia membalas, Iskandar sudah menahan dirinya terlebih dahulu. Mawar mengalihkan pandangannya pada Iskandar. Lelaki itu menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Yang awak nak cari gaduh dengan angah tu kenapa?"soal Shahrul berbisik.

Dania hanya menjeling suaminya itu.

"Dah sudah."tegas Encik Saiful.

"Tuan!"panggil Huzaiyr seraya mengangkat tabik ke arah Encik Saiful. Sarjan Liyana dan Fahmi turut melakukan perkara yang sama.

Encik Saiful membalas tabikan tersebut. Dia tersenyum manis, sebaik menurunkan tangan mereka berjabat tangan.

"Tahniah Tuan. Selamat bersara,"kata Huzaiyr sambil bersalaman dengan Encik Saiful dan yang lain-lain kecuali sang wanita.

"Terima kasih. Huzaiyr kenalkan anak menantu saya, ni anak sulung saya Shahril yang itu isteri dia Aina dan anak perempuan dia Hanyra. Yang ni pula anak nombor dua saya Mawar Saffiya dan tunang dia Iskandar. Yang ni anak bongsu saya Shahrul, yang tu isteri dia Dania dan anak lelaki dia Irdan."Encik Saiful mengenalkan seluruh ahli keluarganya pada Huzaiyr.

Huzaiyr hanya tersenyum nipis. Dia memandang sebentar pada Iskandar.

"Tuan, maaf kalau saya silap. Bakal menantu Tuan ni anggota juga ke? Sebab tengok dari segi pakaian, postur badan macam anggota."ujar Huzaiyr.

Encik Saiful tergelak. Dia mengangguk.

"Pandai betul kamu ni. Ya, tunang anak saya ni anggota. Tapi tentera lah. Kenalkan Kapten Iskandar."

"Abah tak payahlah sebut pangkat segan Is."Iskandar menegur Encik Saiful.

"Baiklah. Maafkan abah."

Huzaiyr gelak kecil.

"Mari masuk dewan."ajaknya pada semua yang ada disitu.

Selepas beri ucapan dan penyampaian cenderahati, mereka semua dijemput untuk menjamu selera.

"Angah, tak makan ke?"soal Shahril saat dia melihat Mawar menguis nasi di dalam pinggan.

Serentak mereka yang lain juga mengangkat kepala memandang tepat ke arah Mawar.

"Kenapa sayang?"soal Iskandar.

Mawar hanya menggeleng sebagai jawapan. Aina pula hanya mampu tersenyum nipis, tahu yang Mawar masih terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut Puan Mastura dan Dania.

"Meh, saya kopekkan kulit udang ni. Saya tahu tunang saya ni suka makan seafood kan."pujuk Iskandar lagi.

Segera senyuman manis terukir di bibir merah delima milik Mawar. Udang yang telah siap dikopek terus diletak di dalam pinggan Mawar.

"Lepastu malam karang jangan nak bertepuk-tepuk muka tu, bising budak nak tidur."sindir Puan Mastura.

"Nah it's okey ma. Is ada belikan ubat alahan yang bagus untuk Mawar. So far kitorang keluar makan, Mawar takde lah pula teruk macam dulu."tegas Iskandar.

"Mawar pun selalu share apa yang jadi, eczema dia flare balik ke apa ke. So, mama jangan risau."sambung Is lagi.

Encik Saiful memicing mata ke arah Puan Mastura yang duduk bersebelahan dengan Dania.

CINTAI AKU SEADANYAWhere stories live. Discover now