Bab 3

59 12 2
                                    

"Huzaiyr, Fahmi. Saya nak awak siasat tentang kes penyeludupan dadah oleh kumpulan Dragon. Saya nak laporan awal tentang kes tu."tegas ASP Kamal memberi arahan pada anak buahnya. Sebuah fail di letak di atas meja.

"Dalam ni ada serba sedikit tentang info kumpulan dragon. Siasat juga tentang kes pembunuhan Doktor Chan, sebab saya rasa dia ada kaitan dengan kes ni."sambung ASP Kamal.

Huzaiyr tanpa banyak kata terus sahaja dia mencapai fail itu lalu di buka. Gambar yang ada di dalam fail itu di perhatikan dengan terperinci manakala info bertulis di baca oleh Fahmi.

'Universiti SunwayGold'bisik hati Fahmi.

"Baik, tuan. Kalau tak ada apa - apa kami keluar dulu."ucap Fahmi lalu mereka berdiri memberi tabik kemudian beredar meninggalkan pejabat ASP Kamal.

"Wei, kerja yang ada tak siap lagi, ni dah tambah kerja baru pula."rungut Fahmi sambil melangkah masuk ke dalam pejabat Huzaiyr lalu melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan Huzaiyr.

Huzaiyr hanya diam, dia masih memerhati fail - fail yang berselerak di atas meja itu dan mengabaikan bebelan Fahmi. Lelaki itu macam tiada pejabat pula, asyik sahaja melepak di sini. Tiap kali dia bertanya, jawapannya adalah :-

"Aku bosan lah hadap fail tugasan."
"Bosan duduk sorang - sorang."

"Huzaiyr, kau tahu tak ada student yang terlibat dalam kes ni?"soal Fahmi membuatkan Huzaiyr memandang tepat ke arah Fahmi.

"Student? Student mana?"

"Universiti SunwayGold. USG."jawab Fahmi, membuatkan Huzaiyr terdiam.

'Doktor Chan, USG. Confirm ada kaitan.'bisik hati Huzaiyr.

Tiba-tiba Huzaiyr bangun mengejut membuatkan Fahmi terkejut.

"Kau nak pergi mana ni?"soal Fahmi bersama kerutan di dahi.

"Nak pergi hospital. Nak tengok mayat Doktor Chan."jawab Huzaiyr lalu mengemas meja kerjanya.

"Adoi, semalam dah tengok mayat hari ni nak tengok lagi ke."rungut Fahmi.

"Kalau tak nak kau pergi tempat semalam cari saksi untuk kes ni."selamba sahaja jawapan Huzaiyr lalu meninggalkan Fahmi terkulat-kulat di situ.

Fahmi merengus perlahan. Huzaiyr yang baru sahaja keluar dari bilik itu sempat menghentikan langkahnya sebelum dia memandang ke arah Fahmi.

"Kau tak nak lunch ke? Kalau tak nak aku pergi sorang."soal Huzaiyr sambil tersengih.

"Kau gila lah Huzaiyr. Mesti lah nak, aku nak makan."Fahmi segera mengejar langkah Huzaiyr.

..............

Mawar, Farah dan juga Irsyad melangkah masuk ke dalam sebuah kedai makan nasi campur. Kelihatan ramai orang di kedai itu memandangkan sekarang sudah masuk waktu makan tengah hari.

"Mawar, macam takde kosong je,"kata Farah perlahan.

"Haish, kau ni. Ada lah cuba cari betul - betul."marah Mawar.

"Hah tu, sana tu."Irsyad segera berlari anak ke arah meja panjang itu.

"Assalamualaikum encik."tegur Irsyad.

"Waalaikumussalam. Ya ada apa?"soal lelaki itu.

"Kerusi lain ni kosong kan? Kalau kosong boleh saya dengan kawan - kawan duduk sini?"soal Irsyad ramah.

"Haah kosong. Duduk lah."pelawa lelaki itu lagi.

"Terima kasih." Ucap Irsyad lalu menggamit Mawar dan juga Farah. Kemudian dia terus melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTAI AKU SEADANYAWhere stories live. Discover now