02

23 5 0
                                    


Haeyeon meregangkan otot-ototnya.

Dua jam setengah kelas Prof Junmyeon. Dua jam setengahlah dia duduk. Dahlah mengantuk , duduk depan pulak tu! Kalau bukan sebab abang dia , dah lama pi duduk meja hujung. Boleh-bolehlah curi-curi tidur...

"Weh, Yeon ... Lepak kafeteria jom!" , ajak Jungwoo

Haeyeon menggangguk.

"Weh , nak ikut!" , Kyungsoo mengejar Jungwoo dan Haeyeon

"Sibuk je! Orang nak berdua-duaan pun kena kacau" bisik Jungwoo di dalam batinnya

"Kawan kau tu mana?" , tanya Jungwoo dengan tidak puas hati sambil mencekak pinggang

"Sehun? Oh , dia balik awal. Abang dia dah ambik tadi. Kai pun balik"

"Jom arh , Soo! Nanti kalau aku ngan Jungwoo je lepak bosan pulak!"

Haeyeon dan Kyungsoo berjalan dahulu meninggalkan Jungwoo.

"Heh!! Ngan Jungwoo bosan pulak , apalah nasib ada kawan suka umpat" , Jungwoo mengeluh kecil lalu mengekori mereka berdua.

...

Di kafe...

Kyungsoo dan Haeyeon sakan berborak.
Berborak pasal pagi tadi.

Jungwoo pulak terbit rasa cemburunya di dalam taman bunganya. Seakan ada orang kacau taman bunganya , petik bunga sembarangan

"Kesian pulak si nerd tu. Nasiblah Sehun tu ada kawan macam aku..." ,  Kembang hidung Kyungsoo lepas puji diri sendiri.

"Ni puji ke umpat?" , sampuk Jungwoo

"Dua-dua" , jawab Kyungsoo selamba

"Buta ke!!"

Jungwoo , Kyungsoo dan Haeyeon segera memalingkan mukanya ke arah suara itu.

"Budak tu lagi" , keluh Jungwoo

"Dia ni kan nama je guna spek , rasa-rasanya mata dia ni dah naik degree..." , Sambung Kyungsoo

Kawan Haeyeon memang semua suka mengumpat

"Kau ni kan! Jalan tengok mana?!!" , Taeyong mengcengkam bahu Jaehyun kasar sekilas dilepas

"Ma...ma...ma-af...t-tak..sse-nga...ja"

Jaehyun tertumpahkan minuman milik Taeyong sehingga membasahi baju lelaki itu

"Harap je pakai spek.." , Tambah Jaemin .

Segera Lucas, Johny, Mark, Jeno, Yuta, Kun, Renjun dan Haechan ketawa.

"Spek dah rosak..." , tambah Yuta pulak.

"Nah , ambil ni!" air sejuk milik Jeno diambil dan disimbah ke muka Jaehyun.

"Warhh!" , Jaehyun terjerit dek air sejuk itu meresap ke dalam tubuhnya

"Bahahahahaha..." , Semua orang di situ yang lalu lalang ketawakan Jaehyun.

Haeyeon yang dari tadi memerhati akhirnya bangun dan menuju ke arah meja itu.

"Weh , Yeon!" , Jungwoo membuntuti langkah Haeyeon . Tidak lupa mengambil beg milik Haeyeon dan berhenti apabila Haeyeon tiba-tiba menarik jus oren milik Mark yang sedang dinikmatinya

Dush!!

Rakan-rakan Taeyong terkejut . 'Entah dari mana datangnya budak sekor ni'

Pelajar-pelajar yang mentertawakan Jaehyun berpusu-pusu pergi kerana terkejut dan takut akan bom Taeyong meletup! Jaehyun turut terkejut

Jeno di sebelah segera berdiri dan acah-acah membersihkan baju Taeyong.

"Bro k-kau...o-okay ke?" , Tanya Johny

"Woi perempuan gila ke!" Lucas menghentak meja kasar.

"Apa woi woi!" , Lucas dijeling

"Woi kau! Asyik nak kenakan orang je! Orang dah mintak maafkan! Nak apa lagi! Nak tunggu emas jatuh dari langit ke!!" , Haeyeon menengking Taeyong. Taeyong tu memang selalu buli orang. Kingka lah sangat! Tapi satu kampus pelajar perempuan syok kat dia.

'Except saya' - Haeyeon

Taeyong dari tadi menutup mata kerana terkejut terkena limbasan jus oren segar. Free pulak tu!

Taeyong mendengus kecil. Matanya dibuka perlahan. Riak wajahnya kelihatan sangat marah sekali. Namun Haeyeon masih dalam keadaan selamba

"Habislah kau~" , bisik Haechan namun masih boleh didengar oleh orang

"K-kau....

K-kau!!"

Penumbuk digenggam erat

Jungwoo segera menarik tangan Haeyeon dan membawanya pergi. Jaehyun yang agak-agak takut segera turut pergi

"Arghhhgg!!"

Tbc...

Yelah Taeyong , muka dia fullpack ...hensem je Taeyong garang je Taeyong badboy je Taeyong cute je Taeyong. Semua Taeyong!🙈❤️🌹

❛Hot Nerd Guy❛ [ Jaehyun X Reader ]Where stories live. Discover now