04

20 3 3
                                    


"Thanks Jungwoo!"

Pintu pagar rumah tidak ditutup . Nanti Junmyeon pun balik jugak. Tak susah-susahlah nak bukakan pintu , bukannya raja pon -_-

Masuk sahaja ke dalam rumah , dia ternampak Doyoung baring terlentang di atas sofa dengan kaki terkangkang sambil bermain telefon.

"Hoi! Kaki tu elok-eloklah!"

Haeyeon mengambil majalah di tepi sofa lalu memukul kaki Doyoung

"Hoi nenek! Dah balik jangan kacau aku! Sukatilah , kaki aku kot!"

Doyoung mengalihkan kakinya dan meletakkan di atas meja pula

"Apa nenek-nenek! Nak nenek ni taekwondokan kaki ke?!"

Haeyeon menarik rambut milik Doyoung.
Segera telefon dipegang jatuh. Tangannya beralih menarik rambut Haeyeon yang panjang dan tidak terikat

"Arh!! Sakitlah!"

"Kau dulukan! Rasakan!"

"Hoi kamu berdua!"

Doyoung dan Haeyeon melepaskan tangan mereka serentak

Puan Kim sudah bercekak pinggang dengan sebelah tangan memegang pisau

Dipandangnya anak dua ketul tu bersilih ganti.

"Balik je bising! Balik je bising! Nanti abang kamu yang seorang tu balik barulah kamu tahu nasib kamu kena ceramah!"

Haeyeon duduk bersila di lantai manakala Doyoung masih meletakkan kaki di atas meja

"Kaki tu! Letak bawah!"

Segera kakinya menjauh dari meja. Haeyeon menahan ketawa melihat Doyoung kena marah

"Kamu Haeyeon! Takpayah nak ketawakan Doyoung. Kamu pun sama , dah balik pergilah mandi ! Lepastu makan! Dah besar pun kena ajar ke setiap hari , Haeyeon oi!"

"Nae nae nae!"

Haeyeon pantas bergerak mendaki anak tangga menuju ke bilik. Sempat menoleh ke belakang melihat Doyoung memberikan 'thumbs up' dengan riak wajah 'padan muka'



Taeyong mengelap mukanya menggunakan tisu basah. Matanya khusyuk memerhati dua orang manusia itu di tepi bangunan pejabat profesor.

"Siapa tu? Korang kenal ke?" , Tanya Taeyong

"Kalau tak silap perempuan tu adik Doyoung , kelas sebelah . Adik Prof Junmyeon. Lelaki tu kawan kut ke boyfren ke" , ujar Johnny

"Nama?"

"Entah bro"

"Kelas?"

"Tu lagi lah aku tak tahu. Tak kenal sangat"

Johnny memandang rakan-rakannya yang lain yang turut ikut serta memandang Haeyeon dan Jungwoo.

"Junior kut. Tapi macam selalu je aku tengok diorang dua" , ujar Kun pulak

"Cari tahu pasal perempuan tu"

"Lelaki tu?"

"Dua-dua"

Kemudian, Taeyong segera pergi. Mereka mengikuti belakang Taeyong seperti bodyguard.




Haeyeon mengetuk pintu bilik Doyoung.
Lepas makan tadi , Doyoung terus masuk bilik. Ada kerja katanya...

Yeke? Intai jap...

Tak berkunci

Krek

Terlihat Doyoung bermain fon sambil baring. Telinganya disumbat dengan earfon

"Patutlah ketuk tak dengar, tengah pekak rupanya..."

Haeyeon bergerak slowly. Hajatnya ingin membuatkan si Doyoung terkejut tapi tak menjadi apabila Doyoung mengalihkan mukanya menatap si adik dengan malas

"Nak apa?" , Earfon dibuang. Masih bermain fon

"Kata buat kerja? Mana kerjanya?" , Haeyeon tercari-cari buku atau kertas di atas meja belajar. Namun semua tersusun rapi

"Dah siap dah pon.."

Haeyeon duduk di hujung katil milik Doyoung. Biasalah , abang adik. Marah , gaduh lepas tu baik. Haha...

"Nak apa?" , Tanya Doyoung lagi

"Sebenarnya kan..." , Haeyeon memandang Doyoung yang leka bermain fon

"Sebenarnya apa?"

"Ye pon nanti-nantilah main fon tu"

Doyoung meletakkan fon di sebelah lalu bangun

"Sebenarnye kan , oppa satu kelas dengan Jaehyun ker?"

Oh, ber"oppa" "oppa"

"Tak." Doyoung kembali baring

"Sejak bila tanya pasal budak nerd tu? Haritu macam tak kesah je?"

"Sebab kan , Yeon selalu dengar dia tu selalu kena bulilah , ejek , diperlekeh. Baru harini nampak betul-betul. Tengok depan-depan "

Walaupun satu kampus , Haeyeon tidak pernah terserempak dengan Jaehyun ketika sedang dibuli atau seumpamanya. Selalu dengar orang gosip je. Ha , tu Kyungsoo selalu membawang dengan si Kai. Biasanya , dia limpas je si Jaehyun tu. Tak nak ambil tahu pon

"Habistu? Kenapa? Nak tolong ke? Ke...."

"Ke apa? Ke kedai?"

Doyoung mengecilkan matanya lalu tersenyum nakal

"...Kim Haeyeon suka Jung Jaehyun, budak nerd?"

Tbc...

Ntah. Yang penting Jaehyun hensem

❛Hot Nerd Guy❛ [ Jaehyun X Reader ]Where stories live. Discover now