"Ni nak balik tukar pakaian?" tanya Jungwoo"Nak balik terus"
"Ha escape ! Lepasni kelas abang kau" Kyungsoo segera menyiku lengan Kai
"Peduli apa aku! Lantaklah! Jomlah Woo hantar aku" pinta Haeyeon
"Okay. Ada setengah jam lagi ni. Jom!" Jungwoo membawa Haeyeon masuk ke kereta
"Oh macam tu. Kitorang kena tinggal ?" ujar Kai.
"Masuk jom. Boleh membawang" ujar Kyungsoo ceria
Winwin sudah berjalan dahulu diikuti pakcik bertiga itu
...
"Kenapa ni Yeon? Kenapa baju kamu koyak?" Ommanya sudah risau. Menilik baju si anak daranya
Jungwoo turut dijemput masuk. Melihat Haeyeon tidak menjawab ,
"Dia jatuh tadi... terlanggar orang"
"Kamu ni , jalan tengok mana...dah , pergi tukar baju . Kamu kata ada kelas lagi dah pergi cepat"
Haeyeon mengangguk lalu masuk ke bilik.
"Duduklah Woo. Ahjuma buat air dulu"
...Haeyeon turun dari bilik tanpa beg
"Dah jom! Beg kau mana?" Jungwoo yang sudah bangun dari sofa mencari beg Haeyeon. Tadi masuk rumah bawa beg masuk bilik
"Malaslah pergi. Lepak luar jom"
"Erk-"
"Kamu ni Yeon! Nanti Junmyeon marah , omma taknak masuk campur". Ommanya kembali semula ke dapur
Jungwoo menjelingnya
"Jomlah , nanti pandai-pandailah aku jawab. Jomlah..." Haeyeon menggoyang goyang lengan Jungwoo
Jungwoo menggaru kepalanya
"Yelah! Jom! Lepak mana?"
"Arcade!"
..."Oppa!!" Rosé berteriak memanggil Chanyeol yang baru sahaja keluar dari pejabat. Tubuh Rosé dipandang atas bawah
"Ni ... Wae?"
"Oppa! Adik bff oppa tu buat Rosé macam ni!"
"Ohh, Haeyeon? Ke Doyoung?" Chanyeol membuat muka selamba
"Oppa! Kim Haeyeon! Perempuan tu...eishshshsh!!" . Rosé menahan geram. Lisa dan Jisoo di belakang memandang sesama sendiri
"Betul ke Lisa? Jisoo?"
"N-nae nae..." Dua dua mengangguk laju
"Ni mesti Rosé yang cari pasal. Dahlah...pergilah balik tukar baju!" . Chanyeol berlalu pergi
"Oppa!!!" , Runtuh satu bangunan kampus
Kemudian , Junmyeon pula keluar . Ditiliknya badan si Rosé dari atas ke bawah
"Kenapa dah dengan kamu ni? Pergi berperang ke?" , Junmyeon tersengih
"Perang dengan adik Prof! Dia buat Rosé macam ni!"
"Ooh , sorrylah Rosé. Kamu baliklah tukar baju. Takut nasi tu basi pula. Prof masuk kelas dulu"
Junmyeon sudah jauh
"Hiihhhh! Adik dengan abang sama je!"
Rosé berjalan menuju parking . Lisa dan Jisoo masuk ke kelas . Tidak mahu melayan karenah Rosé"Mana budak dua orang ni ?" Kyungsoo sesekali mengintai luar kelas
"Rasa-rasanye la , diorang pegi eskep..." ujar Kai
Tidak lama kemudian, Junmyeon masuk
Tempat Haeyeon dipandang. Jungwoo turut tiada
"Kim Haeyeon dengan Kim Jungwoo mana?"
"Urm , tadi Jungwoo hantar Haeyeon balik . Lepastu tak balik-balik lagi" ujar Winwin
"Sebab?"
Semua mereka diam tidak menjawab
"Takpelah , kita mulakan kelas"
"Nasib , selamat aku" bisik Kyungsoo
...
"Eh , tadi masa aku nak masuk kelas , aku jumpa adik kau kat luar pejabat. Dengan badan penuh nasi"
"Ye , dia mengadu dekat aku . Tapi malaslah layan. Perangai tak ubah-ubah...biarlah adik kau belasah dia" Chanyeol sekadar ketawa
"Hmm... Haeyeon ni pun satu...tah apa yang dibuatnya. Nanti aku bagi ceramah lepas balik" tangan Junmyeon masih fokus menaip.
"Dia bagitahu kau Haeyeon yang buat ker? Takpayah. Jangan layan sangat si Rosé tu"
Junmyeon diam.
...
Sampai sahaja di rumah , gerangan yang bernama Haeyeon dicari.
"Omma Haeyeon ada kat atas?"
Ommanya yang duduk menonton tv bersama Doyoung mengangguk
Segera , Junmyeon menaiki anak tangga itu dengan pantas
"Kenapa omma?"
"Adik kamu buat hal"
Doyoung memandang ke tingkat atas
..."Kim Haeyeon!"
Haeyeon yang mendengar teriakan nama dipanggil mengelabah
Tbc ...
Baibai Haeyeon👋🏻
YOU ARE READING
❛Hot Nerd Guy❛ [ Jaehyun X Reader ]
FanfictionBila nerd guy jadi hot guy , macam macam boleh jadi ye. Tapi sayang , hati dia milik orang lain... #jungjaehyun #jaehyun #nct127 #nct