31: Subahat

355 12 3
                                    

"BOLEH! Tapi macam biasa. Aku perlukan beberapa syarat," kata seorang lelaki tua berpakaian aneh. Sedang duduk bersila di hadapan tempat pemujaan. Tekun melayan seorang pelanggan yang memerlukan khidmatnya untuk melakukan sesuatu.

"Syarat macam biasa ke tok?" soal si pelanggan.

"Ya! Kau nak aku buat benda yang sama kan macam perempuan sebelum ni? Maka aku perlukan benda yang sama." Asap mula berkepul naik menjulang meninggalkan bauan aneh selepas lelaki berkenaan menaburkan serbuk entah apa-apa ke atas bara api yang menyala.

"Apa saja yang diperkukan ya tok? Saya lupa."

"Kau ni, semua benda kau lupa. Muda-muda lagi dah nyanyok ke? Pengeras aku jangan kau lupa pulak. Aku bukan buat kerja amal untuk kau," bentak si tok bomoh.

"Beres tok. Pasal pengeras tok jangan risau. Yang penting saya nak perempuan dalam gambar tu mengalami nasib yang sama macam perempuan yang sebelum ini."

Lelaki tua itu hanya melirik dingin. Melihat rupanya saja sudah gerun. Ditambah dengan suasana di tempat itu yang turut kelihatan aneh. Aura seram dan angker amat tebal menyelimuti tempat itu.

Hanya orang yang berkepentingan tertentu sahaja yang berani mendatangi tempat sebegitu. Dan selalunya, ianya bertujuan kurang baik.

Azhael mendengari kata-kata sang bomoh yang meminta dirinya menyiapkan bahan-bahan untuk syarat yang diperlukan. Sebagai bayaran pendahuluan, lelaki itu telah memberi sejumlah wang kepada bomoh tersebut untuk melakukan kerjanya. Sementara list barang yang diperlukan telah dicatit kemas oleh Azhael, yang mana dia perlu menyediakan barang-barang yang diperlukan oleh bomoh tersebut.

***

"APA ni Az? Lima belas helai rambut, keratan kuku dari empat jari kelingking, cebisan kain yang dia sedang pakai. Macam mana I nak dapat semua ni?" Mimi merungut apabila Azhael memberinya list barang berkenaan. Lelaki itu mahukan Mimi mendapatkannya secepat mungkin.

"Ala, macam biasa. Macam yang dulu you buat pada Mas. Senang je you dapatkan, bukan?" Azhael enteng menjawap.

"Iya, tapi dulu I rapat dengan Kak Mas tu. Sekarang ni you suruh I dapatkan barang-barang Liya pulak, mananya I nak dapat? I bukannya rapat dengan dia pun."

"Ala, you trylah rapat-rapat dengan dia."

"Suka hati you je. Karang macam mana kalau diorang curiga I tiba-tiba rapat dengan dia? Dengan Kak Mas pun I dah lama tak bersembang, tau."

Azhael kesal. Dia tidak boleh terima alsan yang Mimi berikan. Baginya itu alasan sengaja mahu mengelak. Kalau dulu Mimi boleh dapatkan barang-barang Mastura, sekarang dia mahukan barang Liya pula, maka dia hanya mahu tahu Mimi sekali lagi mendapatkan barang-barang itu untuknya.

"I tak kira. You dapatkan jugak barang-barang dia. Tak kira dengan cara apa sekalipun. Jika tidak, I sendiri yang akan dedahkan perbuatan you ni."

"Az. You tak boleh buat I macam tu."

"Tak nak I buat macam tu, maknanya you tak ada pilihan lain. You kena bantu I dapatkan barang-barang Liya. Lepas tu, you nak berlakikan abang sepupu you tu, pergilah sana."

"Eei, tak naklah. I dah malaslah nak berharap. Bukannya menjadi pun."

"Sebab tu you kena tolong I. You nak benda ni menjadi, tapi you tak nak usaha. Mana boleh macam tu."

"Tapi Az. I takutlah."

"Mimi. I tak perlu tawar menawar dari you. Sekarang ni, I perlukan barang-barang tu untuk jayakan rancangan kita. Sudi atau tak, you kena dapatkan jugak."

"Correction. Rancangan you, bukan I."

"Tak kiralah rancangan siapapun. Yang jelas, kita dah bersubahat. Jadi, alang-alang mandi biar basah terus."

MaduWhere stories live. Discover now