chapter 1

1.1K 43 3
                                    

Ferrari 458 milik Ku Hayf Khalyv bergerak membelahi jalan raya yang sunyi itu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi,Ku Hayf Khalyv mengusutkan rambutnya. Rasa penat dan mengantuk mula menguasai diri. Dia menghembuskan nafasnya kasar.

Secara tiba-tiba,telefon mahal miliknya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia mengambil telefon mahalnya yang berada di seat pada bahagian penumpang.

"Hish! Siapa pulak yang call malam-malam ni?!" Ku Hayf Khalyv merengus kasar apabila ada yang mengganggu suasana persendiriannya.

"Salve,Capa!" Anak buahnya menyapanya disebalik panggilan dengan ceria. Ku Hayf Khalyv mengerutkan dahinya. Anak buah dia ni memang tiada perasaan mengantuk ke?

"Ce cosa,Darrel?" Tanya Ku Hayf. Kereta dihentikan di depan kedai serbaneka 24 jam. Dia merenung signboard kedai tersebut. Sambil sedang menunggu balasan dari Darrel,perutnya berbunyi.

Dia memegang perutnya. Ya, dia baru teringat yang dia masih belum makan selepas lunch tadi. Dia membuat keputusan untuk membeli sebungkus roti.

Darrel masih lagi mendiamkan diri. Tidak lama kemudian, panggilan itu ditamatkan oleh Darrel. Dia menjauhkan telefon mahalnya itu dari telinganya dengan kasar. Dia merengus kasar.

Di sisi lainnya.

Jasmine tersenyum kelat selepas kawan baiknya. Inasha Eldara, menurunkannya di sisi jalan. Inasha berasa kasihan untuk meninggalkan kawan baiknya di sisi jalan tersebut, takut terjadi peristiwa yang tidak diingini.

"You sure ke babe nak balik sorang-sorang?" Inasha mengerutkan dahinya. Tidak yakin dengan kawannya ini,kerana dia tahu musuh bapa kawannya ini berada di mana-mana sahaja.

"Sure babe,tak ada pape lah kot kalau i jalan je." Jasmine tersenyum tenang walhal di dalam hatinya sudah berdetak laju.

"Ok lah tu babe. Ingat,kalau ada apa-apa,call je i, tau." Inasha menjengukkan kepalanya apabila Jasmine sudah keluar dari perut keretanya.

"Ye babee. Dah,babai! Jumpa esok dekat kolej tau!" Jasmine melambaikan tangannya kearah Inasha. Inasha membalas lambaian tersebut.

Kereta Vios milik Inasha mula berlalu pergi. Jasmine melihat pemergian Inasha melalui ekor matanya.

Dia menghembuskan nafasnya kasar. Dia penat. Sudahlah assignment yang diberi oleh lecturernya belum selesai.

Jasmine melalui lorong yang gelap itu dengan perlahan untuk pergi ke kedai serbaneka yang terdekat. Perutnya berkeroncong dari tadi,dia ingin membeli roti dan sekotak susu untuk alas perut.

Matanya menangkap sosok empat orang lelaki yang sedang terhuyung-hayang dan bergelak ketawa. Bau arak yang kuat itu menusuk rongga hidungnya.

"Diaorang mabuk ke?" Bisiknya sendiri. Hairan dengan keadaan mereka seperti orang yang tidak sedar akan apa-apa.

Dia berundur ke belakang, secara tiba-tiba, dia terpijak tin kosong yang berada di belakangnya. Secara automatik,kepala keempat-empat lelaki mabuk itu berpaling kearah bunyi yang terhasil.

"Wow! Hari ni kita dapat lauk baru lah!" Lelaki itu menghempaskan botol araknya ke tanah membuatkan Jasmine terkejut akan bunyi yang terhasil.

"Don't need to be scared,love."Dia merenung Jasmine dengan pandangan yang penuh nafsu. Lelaki itu mendekati Jasmine,selangkah lelaki itu mara kepadanya,selangkah lah dia kebelakang.

"Go! Chase her!" Keempat-empat lelaki itu berlari untuk mendapatkan Jasmine. Jasmine berlari ke belakang, tanpa Jasmine sedari, dia terlanggar sebuah lubang membuatkan dia terjatuh.

My Love, KhalyvWhere stories live. Discover now