chapter 3

379 24 0
                                    

Jeda. Sunyi keadaan di dalam kereta, tiada yang berani bersuara selepas kejadian yang tidak diingini Khalyv berlaku. Dia menghela nafas perlahan.

"Kau okay?" Khalyv bertanya pada gadis di sebelahnya yang sedang termenung jauh. Tangannya naik memicit pelipisnya. Menyesal kerana tidak memikirkan dahulu jalan yang biasa diperhatikan oleh musuhnya.

Leka. Tidak pernah dia seleka ini bersama sesiapa. Tetapi dengan gadis di sebelahnya ini, lain. Sungguh lain. Auranya yang membuatkan Khalyv terfikir, siapakah gadis ini sebenarnya di dalam hidupnya. Begitu pentingkah gadis itu sehingga dia harus berasa bersalah?

Di dalam hidup seorang Hayf Khalyv, tidak pernah terdetik rasa bersalah terhadap mana-mana orang asing. Tetapi ini lain, lain. Dia menurunkan tangannya dari pelipis dahinya kemudia berpusing kearah gadis di sebelahnya.

"Kau okay tak? Aku tanya ni." Jasmine berhenti dari lamunannya. Dia memandang wajah tampan jejaka di sebelahnya. Semakin lama berdiam diri, dia perlahan-lahan menunduk ke bawah dan menitiskan air mata jernihnya.

"Why are you crying?" Dalam di lubuk hatinya, mahi sahaja dia menyeka air mata gadis itu, tetapi kerana masih memikirkan keselesaan gadis itu, dia menahan dirinya dari berlaku sebegitu.

"Saya lapar." Jasmine kemudian menyeka air matanya. Dia mengusap perutnya yang sedang berkeroncong. Sian peyut kita.

Membulat mata Khalyv tatkala mendengar penyataan Jasmine. Kalau aku tahu tadi, patutnya aku bawak je kau makan mamak!

"Sialnya jawapan kau! Penat-penat aku fikir, itu je yang kau nak?" Khalyv menyoal. Jasmine tanpa segan silu menganggukkan kepalanya. Buat apa nak tipu kan?

"Kalau awak baik kan, saya nak makan dekat Black Kanyon tu boleh? Dekat je haa." Jasmine menundingkan jarinya kearah kedai Black Kanyon yang berdekatan. Khalyv melihat papan tanda di hadapan pintu kedai itu.

Tutup. Sila datang kemudian hari. Terima kasih.

"Aku nak tanya kau ni, kau ni buta ke acah buta? Takkan lah tak nampak kot sign depan pintu kedai tu tulis apa!" Khalyv menepuk dahinya. Penatlah layan budak ni.

"Saya rabun je, belum buta lagi tau." Jasmine mendepakan kedua-dua tangannya kehadapan. Seolah-olah seorang zombie sedang mencari mangsa.

"Dah-dah, bodoh tu simpan sikit, aku taknak pun."
Jasmine menjeling. Ada kita offer ke? Bagi diskaun ke? Takde kan? Perasan je lebih.

"Kutuk aku dalam hati lah tu." Jasmine menoleh kearah Khalyv. Jejaka itu masih fokus ke skrin telefon bimbitnya. Jasmine mengangkat kedua-dua belah bahunya. Lantaklah.

Beberapa minit kemudian...

"Awakk...." Saja Jasmine meleretkan percakapannya. Ingin menarik perhatian jejaka di sebelahnya.

"Apa?" Khalyv meletakkan telefon bimbitnya ke phone stand yang dilekatkan di atas dashboard keretanya. Ingin mencari rumah ibu bapa si gadis.

Yelah, apa bangang dah bawak anak dara orang malam-malam, patu tinggal merata. Acik kau la!
Khalyv menggelengkan kepala, dia pun bangang jugak, cakap dengan diri sendiri.

"Awak..awak...Awak okay tak? Ke nak makan penampar saya dulu baru okay?" Jasmine tersenyum  lebar kearah Khalyv saat jejaka itu menoleh kearahnya, dia mengangkat sebelah tangannya kemudian mengacah untuk menampar jejaka itu.

Khalyv dengan bongoknya pergi elak. Jasmine gelak terbahak-bahak melihat Khalyv yang mengelak tamparannya. Lucu lah dia ni!

"Sebelum aku campak kau kat luar, baik kau diam." Khalyv berpaling semula kehadapan. Malas nak bertengkar dengan gadis itu, buat semak je.

"Awak pun, sebelum saya terajang awak sampai mandul, BAIK AWAK GERAK SEKARANG! SAYA LAPAR NI TAU, JANGAN SAMPAI SAYA..."

"Makan aku? Mehla try, tah-tah kau yang tak boleh berjalan nanti haha." Jasmine menelan air liurnya kelat. Takut lah pulak.

"Eleh kau, main-main sikit dah sentap." Khalyv memulakan pemanduannya. Jasmine kembali membetulkan kedudukannya. Mak takut!

"Rilek sudah lah, nak takut kenapa?" Khalyv menggeleng sambil tertawa kecil melihat gelagat Jasmine. Takut rupanya, ingatkan tak.

-

"Kau nak beli roti dulu ke?" Soal Khalyv apabila kereta berkuasa tingginya berhenti pada stesen minyak.

Jasmine tidak membalas malah menggeleng. Tak ada mood nak menjawab, mata pun dah layu. Baik tidur ork?

"Ouh ok." Singkat sahaja balasan Khalyv. Keretanya kembali membelahi jalan raya.

Khalyv mengeluh perlahan. Perjalanannya untuk kerumah ibu bapa Jasmine masih jauh, kira-kira 25 minit lagi. 25 minit jauh ke? Harap je kereta sport.

Khalyv menoleh sebentar kearah Jasmine. Alahai, comelnya lah tidur sambil peluk kot kerjanya. Rasa nak gigit je pipi tu!

Khalyv menggelengkan kepala. Apahal dengan dia ni? Dah jatuh cinta ke? Ehh.

Khalyv mengetuk kepalanya sendiri. Mustahil jika dia sudah jatuh cinta dengan gadis ketot ini. Tidak tidak, MUSTAHIL!

"Bangangnya lah, dah call orang lepastu palau." Darrel di panggilan memecahkan kesunyian. Khalyv mencari punca suara itu. Terpusing-pusing kepalanya mencari. Ada yang accident ni kang.

"Woi! Kat sini lah!" Secara automatik, kepala Khalyv berpaling kepada punca bunyi. Ouh kat sini rupanya.

"Bila aku call kau hanat?" Khalyv menjegilkan matanya. Sesuka hati je tuduh dia.

"Apa jenis babi kau ni? Kau yang call aku lepastu buat-buat bodoh. Tak sangka aku dapat kawan yang bengap macam ni." Khalyv mengerutkan dahinya, ni first time kena maki habis-habisan dengan Darrel.

"Sorry lah, tengah mengantuk. Ada apa kau call aku ni?" Khalyv menutup mulutnya selepas menguap. Mengantuknya lahh.

"EHH BABI, KAU YANG CALL AKU DULU LAH SIAL! LEPASTU TANYA AKU PULAK. BODOHLAH!" Membulat mata Khalyv. Kuat gila suara mamat ni, tak tidur lagi ke?

"Wei rilek lah, bila pulak aku call kau ni?" Khalyv memeriksa skrin didalam keretanya. Mahu memeriksa ada sama dia yang mendail Darrel dulu atau sebaliknya.

"Wei bangang! Kau yang tekan dulu bongok, takdenya aku nak call kau tiba tiba!" Khalyv menjegilkan matanya. Geram betullah dengan kawan dia sekor ni.

"Ishh! Senyap sikit boleh tak? Bisinglah!" Jasmine menggosok perlahan matanya. Kacau je orang nak tidur.

"Haa haa, siapa tuu?" Muncul suara garau lain didalam talian. Khalyv mengerutkan dahinya sekali lagi. Yang lain pun tak tidur lagi ke? Buat mende?

"Hars." Tegur Darrel lembut tapi masih kedengaran tegas. Harris yang takut akan Darrel hanya mendiamkan diri. Taknak bangunkan bapak badak, ehh, bapak rimau. Roarr!

"HAHAHAHAHA. Kecut nampak Hars. Takdek telur ke?" Sengaja Hasyfi mengusik Hars. Mereka bertiga sudah ibarat abang kepada Harris. Kerana dia ialah yang paling muda dalam orang atasan Khalyv.

"Diamlah kau. Aku tunjuk nanti, telan air liur kau." Harris melipatkan tangan beruratnya kedada sebelum dia berpusing dan mengambil langkah ke sofa.

Hasyfi dan Darrel melihat satu sama lain. Lah, merajuk ke?

"Uit Rel, asal muncung panjang sangat ni? Macam dah nak sampai New Zealand aku tengok." Emir menegur Harris sambil melipat lengan sweat shirt-nya sehingga kesiku. Dalam bilik tadi sejuk!

"Ha! Muncung jauh lagi! Biar aku kerat terus!" Emir menggelengkan kepalanya mendengar usikkan Hasyfi pada Harris. Ada je perangai.

"Woi! Aku call ni bukan suruh bergaduh!" Khalyv menggela nafas kasar. Macam budak tadika.

"Sedar diri pun kau yang call dulu." Darrel menamatkan panggilan.

"Darrel! Darrel sabar laa!" Khalyv mengetuk stereng keretanya. Bengang dengan tindakan Darrel.

"Orang hensem kena banyak bersabar tau." Kata Jasmine sebelum kembali menutup kelopak matanya.

Khalyv tersenyum kecil mendengar pembalasan Jasmine. Bahagia la tu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Love, KhalyvWhere stories live. Discover now