chapter 2

423 29 2
                                    

Tenang susana didalam kereta. Hayf memikirkan apa yang harus dilakukan untuk mengetahui biodata gadis di sebelahnya.

Dia berdehem untuk menghilangkan suasana tegang itu. Jasmine menoleh kearah Hayf. Mamat ni nak apa?

"Apa nama kau?" Dingin sahaja nada yang digunakan. Matanya masih tertumpu pada pemanduan.

Jasmine menyengetkan kepalanya. Kemudian menundingkan jarinya ke arahnya. Dia berfikir sejenak, mamat tu tanya aku ke?

"Nama kau apa? I don't like repeating my words." Jasmine tersenyum. Ouh, dia tanya kita lah, tapi macam tak tanya je.

"Ouh, awak tanya saya ehh?" Hayf menjeling gadis disebelahnya. Dia menghela nafas untuk menenangkan diri. Muka cantik dah tapi mulut, perghh dasyat!

"Yela! Siapa lagi dalam kereta ni!" Suaranya naik seoktaf, tak pernah ada orang berani cabar dia sebelum ni, gadis ketot ni je yang berani!

"Ish! Awak janganlah marah! Awak tu ha, lain kali kalau nak tanya, pandang lah orang tu bukannya pandang tempat lain, saya beria lah ingatkan awak tanya meter kereta tu!" Panjang lebar Jasmine menerangkan. Tak puas hati betul! Dia yang salah, kita pulak kene!

Hayf tergamam, lain macam perempuan ni. Dia je yang berani lawan dan menengkingnya,  orang lain ni rasanya ketar-ketir dah ni.

"Okay fine! Aku salah! Now tell me your name!" Hayf mengetap giginya sehingga membuatkan bentuk jawlinenya kelihatan.

"Awak pun! Janganlah marah-marah nanti cepat tua! Muka pun dah macam orang tua!" Bengang jugak dia dengan mamat beku ni, curah air panas kang!

"WEI!! AKU MUDA LAGILAH! AKU BARU 23 TAHUN NII!" Kuat jeritan yang terhasil sehingga bahu Jasmine terangkat kerana terkejut dengan jeritan Hayf tadi.

"Ok awak nak tahu kan nama saya apa? NAMA SAYA JASMINE, JASMINE ARISSA!" Jasmine membalas semula jeritan Hayf. Hayf terdiam, macam pernah dengar nama tu.

"Kau anak Dato' Emeric ke?" Hayf menyoal gadis di sebelahnya itu.

"Kamu nanya? Kamu bertanyak-tanyak?" Jasmine kemudian menyilangkan tangannya kedada. Dia menjeling sekilas jejaka di tepinya.

Hayf melajukan kenderaannya sehingga meter di hadapannya memaparkan 180 km/j. Jasmine menarik sisi baju kemeja-T milik Hayf. Kuat genggamannya sehingga bahu Hayf sedikit miring ke tepi.

"A-awak! Perlahankan kereta! Kalau nak mati tu, mati lah sorang-sorang jangan ajak sayaaa!" Dia menengking Hayf. Dia menarik seatbelt dengan pantas apabila jejaka di sebelahnya tidak memperlahankan kereta berkuasa tingginya.

Hayf memperlahankan keretanya apabila melihat tubir mata gadis di sebelahnya sudah penuh. Bila-bila sahaja tubir matanya akan melimpah dan tangisan akan memenuhi ruangan keretanya.

Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan apabila gadis di sebelahnya masih membeku seakan-akan masih terkejut akan kejadian tadi.

"Nak main-main lagi?" Dia menyoal.

"HUARGHHH! SAMPAI HATI AWAK BUAT SAYA MACAMTU! SAYA NAK KELUAR SEKARANG!"  Hayf dengan pantas mengunci kereta berkuasa tingginya supaya gadis di sebelahnya tidak memboloskan diri.

Jasmine sedaya upaya mencuba untuk membuka pintu kereta mewah itu. Tetapi cubaannya gagal.

"Once you've got into my life, you will be the part of my life."

Jaasmine memikirkan bagaimana caranya untuk memboloskan diri dari hidup seorang jejaka yang penuh misteri ini.

"Ish! Selek! Nub!" Jasmine memuncungkan bibirnya tanda protes. Geram!

"Ok fiore." Dia kembali menekan pedal minyaknya untuk menuju ke destinasi yang tertentu.

Mata Jasmine kuyu melihat pemandangan di hadapan. Gelap. Itu sahaja yang dilihatnya, tiada kenderaan lalu-lalang dan hanya jalan sunyi yang memenuhi kornea matanya.

"Kau kalau nak tidur, tidurlah dulu. Nanti dah sampai, aku kejut." Dia memperlahankan suhu penghawa dingin kenderaannya untuk memberi keselesaan kepada gadis di sebelahnya.

"Kalau saya tak bangun? Awak nak buat apa?" Dia menyoal Hayf yang sedang fokus ke pemanduannya. Matanya masih lagi terkebil-kebil menunggu jawapan daripada Hayf.

"Kalau kau tak bangun, memang aku tinggal tepi highway ni. Pandai-pandailah kau hidup." Jasmine merengus kasar. Selamba sahaja jawapan yang diberi Hayf, rasa ringan je kaki ni nak mendarat atas kepala dia.

"Tapi kalau saya tak bangun jugak?" Dia menyoal Hayf tetapi mata coklat cairnya tertumpu pada hadapan.

Senyap. Dia tidak berpuas hati kerana Hayf tidak menjawab persoalannya. Dia ingin mengajukan soalan pada Hayf sekali lagi.

Hayf hanya diam tidak memberikan jawapan kerana matanya masih fokus pada side mirror keretanya. Kelihatan dua Range Rover hitam, sebuah Audi RS7 dan enam buah motosikal berkuasa tinggi sedang mengekorinya.

"Awak! Saya tany- ARGHH!" Jasmine memegang seatbeltnya dengan kuat, seperti tidak mahu dilepaskan.

"God damn! Kenapa perlu datang waktu ni!" Hayf membelokkan keretanya kekiri dan kekanan untuk mengelak dari kereta mahalnya dilanggar lagi sekali.

"Hold tight, Jasmine!" Dia membelokkan keretanya kekanan dan pada masa yang sama, keretanya berpusing 360°.

Dia mengeluarkan pistol Glock 17 nya dari bawah kerusi yang didudukinya. Dengan pantas, dia mengacukan Glock 17 itu pada salah satu anak buah musuhnya. Dia melepaskan tembakan dan... BANG!

"Great, one down!" Hayf bersorak gembira.

Hayf mengambil telefon mahalnya kemudian menghubungi anak buahnya untuk menghabiskan anak buah musuhnya.

Kring~Kring

"Sí, capa." Emir menjawab panggilan dengan pantas kerana tahu ketuanya ini tidak akan menghubunginya jika tiada apa-apa serius yang berlaku.

"Great your answering. Harris mana?! Puas aku call dia, tak angkat-angkat. Membazir kredit aku tahu tak?!" Emir menjarakkan telefonnya dari telinganya. Bingit oii!

"Awak ni kenapa jerit-jerit dalam kereta ni?! Suara dahlah macam bapak rimau, ada hati nak menjerit."
Jasmine menyilangkan tanggannya kedada, orang tengah gelabah ni, dia boleh pulak menjerit bagai.

"Who is it, capa?" Emir menyoal Hayf. Jeda. Itu saja yang dibalasnya.

"No need to know." Emir menggulinhkan matanya disebalik panggilan. Menyampah betullah dengan jawapan ketuanya ni! Nasib ketua tau!

"Now, grab your things and detect my location! Nathan's kid are here, chasing both of our lifes!" Dia menambah kelajuan keretanya. Mengelak dari di kejar oleh musuhnya.

"Ok, capa! We're coming!" Emir dengan pantas bergerak ke ruang rahsia bawah tanah di bawah markasnya. Dia mengambil Desert Eagle kesayangannya kemudian menyelitkannya di poket pistolnya.

"Hars, Qay, Luis! We got a mission!"  Harris yang sedang leka melayannya drama koreanya terhenti. Terkejut kita tiba-tiba nama kena panggil.

"Lets go!" Keempat-empat anak buah Hayf yang utama mula memulakan langkah ke garaj.

"Kau Hars, ambil Range yang bulletproof tu. Jangan memandai-mandai ambil yang lain. Faham?!" Dia menyerahkan kunci kereta itu kepada Harris. Harris hanya angguk dan memanaskan enjin kereta.

"Aku nak naik Panigale aku je. Luis dengan Qay, pandai-pandai korang lah." Dia menyarungkan helmet mahalnya ke kepala kemudian berlaku pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Hek eleh! Orang lain bagi pilih, aku tak pulak. Selek betul lah!" Dia menepuk stering keretanya. Melepaskab geram lah agaknya.

"Dah dah, jom!" Hasyfi membuka pintu garaj dengan alat kawalan jauh yang berada di dalam kereta Lamborghini Urus nya.

Di sisi lainnya

"You're safe now. Let me get you home." Hayf memulakan perjalanannya dengan membuka radio sehinggalah Jasmine tertidur di sebelahnya.

"Carina." Dia menuju ke rumah Jasmine.

My Love, KhalyvWhere stories live. Discover now