Setelah tamat sahaja mesyuarat, Cikgu Hanan ke kantin sekolah dengan wajah yang gembira kerana dia beranggapan bahawa kek yang dibelinya disukai oleh Marissa. Dia pun berjalan menuju ke kantin dengan senyuman yang lebar seperti kerang busuk. Sampai sahaja di kantin sekolah, dia terus memeriksa peti sejuk yang berwarna merah itu. Plastik putih yang berisi chocolate brownies kegemaran Marissa itu sudah pun tiada. Cikgu Hanan pun tersenyum.
"Mesti dia suka kan?, comel je hihi." kata Cikgu Hanan di dalam hatinya yang berbunga-bunga itu. Sedang asyik Cikgu Hanan mengelamun, tiba-tiba..
"Thank you tau Hanan belikan kek ni untuk I, dah nak habis dah I makan, sedap sangat." kata Cikgu Aqilah dengan wajah yang tidak menunjukkan rasa bersalah malah teruja.
Cikgu Hanan yang terkejut dengan apa yang telah terjadi berdiam seketika. Senyuman lebar yang terukir di wajahnya sebentar tadi hilang serta-merta.
"You ni kenapa ha???? Kenapa tak tanya dulu sebelum ambil? And for your information this is not for you! I belikan ni untuk orang lain." tengking Cikgu Hanan.
"Oh wow, Let me take a guess, you belikan ni semua untuk budak perempuan tak seberapa tu kan? Kitaorang gaduh tadi sebab dia kata you belikan ni untuk dia, tak sangka ada hubungan rahsia pulak antara korang berdua." balas Cikgu Aqilah dengan nada yang berasa tidak bersalah.
"Tolong jaga sikit mulut tu eh, budak perempuan yang you kata tak seberapa tu lagi pandai jaga adab dan hormat daripada you yang tua bangka ni!" tempik Cikgu Hanan lalu bergegas ke kelas 6 Delima.
"Kau cabar aku kan? Kau tunggu Hanan, aku akan pastikan kau jadi milik aku dan bukan minah tu! HAHAHAHA" kata-kata sinis dilemparkan daripada mulut Cikgu Aqilah.
Sebelum ke kelas 6 Delima, Cikgu Hanan sempat berhenti untuk membeli coklat dan air susu strawberi di koperasi sekolah. Setelah habis membayar, dia pun menuju ke kelas 6 Delima.
Sebaik sahaja dia melangkah naik tangga untuk ke kelas 6 Delima, bunyi lonceng menandakan waktu tamat persekolahan pun kedengaran.
"Haih apa lah nasib aku harini?" keluh Cikgu Hanan.
Semua pelajar sekolah bergegas turun untuk pulang. Cikgu Hanan yang berdiri di tepi tangga menunggu kewujudan Marissa itu pun berasa hairan kerana Marissa tidak turun untuk pulang lagi. Setelah beberapa minit menunggu, Cikgu Hanan melangkah naik dan menuju ke kelas 6 Delima dengan wajah yang risau.
Cikgu Hanan mendapati Marissa sedang duduk di kerusinya seorang diri sambil menangis dan memegang jari kelingkingnya.
"Eh kamu kenapa Marissa? Kamu okay ke? Kenapa jari kamu berdarah ni Ya Allah?" satu ayat demi satu ayat ditanya oleh Cikgu Hanan kerana berasa risau akan diri Marissa.
"Saya letak minyak gamat dan plaster eh, awak tahan sikit je, kalau rasa sakit bagitahu saya, saya buat perlahan-lahan" kata Cikgu Hanan sambil menyapu minyak gamat yang dibawanya di dalam beg serta plaster dengan begitu lembut kerasa takut Marissa akan berasa sakit.
"Awak okay?" tanya Cikgu Hanan dengan suara yang halus sambil memegang dan mengusap lembut jari Marissa.
Marissa mengangguk menunjukkan dia berasa lebih baik.
"Apa yang dah jadi ni sampai boleh jadi macamni?" tanya Cikgu Hanan dengan nada yang bimbang. "Nah coklat dan susu strawberi favourite awak, saya belikan tadi." kata Cikgu Hanan sambil menghulurkan coklat dan susu strawberi kepada Marissa.
"T..tadi saya kan pergi kantin kan, lepastu saya nak pergi tengok lah apa dalam peti sejuk, pastu tiba-tiba Cikgu Aqilah gaduh dengan saya, lepastu saya tak sedar yang sebenarnya masa kitaorang berebut tu jari saya terlanggar bucu tingkap, m..masa saya otw pergi kelas saya tengok poket saya penuh darah pastu saya rasa pedih pastu darah tu taknak stop, s..saya nangis bukan sebab sakit, t..tapi Cikgu Aqilah tak pernah nak minta maaf dekat saya walaupun dia buat saya sakit, HUAAA" rintih Marissa dengan teresak-esak menangis.
Cikgu Hanan yang berasa sedih melihat Marissa nangis itu pun cuba tenangkan Marissa.
"Awak sabar eh, Allah kan ada dengan orang yang bersabar, kesian awak, kalau lepasni Cikgu Aqilah ada buat apa-apa dekat awak, awak terus cakap dekat saya, tahu lah saya nak handle dia macam mana." balas Cikgu Hanan yang bengang dengan kelakuan Cikgu Aqilah itu.
Cikgu Hanan membuka kotak air susu strawberi itu lalu memberikan kepada Marissa untuk diminum. Dia terpegun melihat keanggunan dan kecomelan pipi serta hidung Marissa yang kemerah-merahan dan matanya yang berair meminum susu strawberi tersebut. "Haih comelnya lah budak ni." kata Cikgu Hanan di dalam hatinya sambil tersenyum.
"Jom balik, dah lewat ni kesian bapak awak tunggu lama." kata Cikgu Hanan sambil mengelap air mata Marissa dengan tisu yang dibawanya dan menolong Marissa mengemas buku-bukunya untuk dimasukkan ke dalam beg.
"Terima kasih cikgu." ucap Marissa bersertakan senyuman yang manis dan cantik itu membuatkan Cikgu Hanan terpaku dan terpersona.
"S-sama-sama." balas Cikgu Hanan yang laju menundukkan pandangannya kerana malu.
"Eh! takpe cikgu, saya boleh bawa sendiri, dah banyak kali dah saya menyusahkan cikgu hari ini." kata Marissa yang terkejut melihat Cikgu Hanan menggalas beg sekolahnya.
"Mana ada susah, dah jom kita gerak." balas Cikgu Hanan sambil membawakan beg Marissa secara rela hati. Tindakan Cikgu Hanan benar-benar membuatkan hati dan persepsi Marissa berubah terhadap beliau.
Mereka berdua pun lantas turun untuk menuju ke pagar sekolah dengan senyuman terukir diwajah masing-masing.
YOU ARE READING
Cikguku Musuhku Jodohku
RomanceMarissa merupakan seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berada di Tingkatan 6 yang boleh dikategorikan sebagai 'perfect student' atau 'heather of the school'. Cantik, bijak, kaya, banyak bakat, peramah, popular, baik hati serta kegemaran ci...