"Weh puasa dah nak dekat, apa kata kita berbuka puasa sama-sama dekat rumah Marissa macam dulu nak tak?" pertanyaan Auni kepada rakan kelas.
"Haah betul jugak tu tapi Cikgu Bariza mesti tak boleh join kita sebab cikgu berpantang" kali ini Shafira pula bersuara.
"Apa kata kita ajak Cikgu Hanan nak t.." belum sempat Fasha menghabiskan pertanyaannya terus Marissa mencelah "Eh tak payah lah c..c.cikgu mesti busy tu tak payah lah kacau cikgu, kita buat kita-kita je" sambil mengukir senyuman palsu dimukanya.
"Eh siapa kata saya sibuk? Saya free je"
Mereka semua terkejut mendengar ayat yang dilontarkan itu dan tidak perasan yang Cikgu Hanan sudah pun memasuki kelas mereka.
"a..a..ooh Cikgu free? k..kalau macamtu hm Marissa boleh ke?" tanya fasha kepada Marissa.
"HA? eh tak menyusahkan cikgu ke ataupun nanti buat cikgu tak selesa ke" dengan harapan Cikgu Hanan akan menolak tawaran itu. "Takdelah saya okay je lagipun bukak puasa sama-sama mana ada menyusahkan saya" jawab Cikgu Hanan.
'Aduu aku nak buat apani, otak tolonglah function' Marissa bermonolog.
"Ha kalau macamtu hm boleh lah" kata Marissa yang serba bingung. "Yeayy yeayy yeayy boleh pergi rumah Marissa lagi" sorak rakan-rakan kelasnya. Mereka sangat teruja setiap kali dapat pergi ke rumah Marissa yang besar, canggih dan serba mewah itu.
"Marissa" panggil Cikgu Hanan.
Marissa yang sedang membuat latih tubi di dalam buku latihan terkejut mendengar namanya dipanggil.
"Mari ke sini sekejap"
'Aduu mamat ni nak apa lagi' kata Marissa di dalam hati.
"Boleh tak awak tolong saya letakkan barang barang saya dekat kelas 6 Mutiara sebab lepas ini saya akan ke kelas tu" pinta Cikgu Hanan. "Eh saya boleh tolong cikgu, kesian Marissa" Zakri bersuara sukarela menolong. Untuk rekod, Zakri menyukai Marissa sejak dari sekolah menengah lagi. "Eh takperlah Zakri, saya tengok Marissa okey je nak tolong saya, kan Marissa?"
'adomak kenapa aku pulak yang kena? Ei dia ni kan saje je nak kenakan aku, kalaulah aku boleh pulas pulas je telinga dia ni' kata Marissa di dalam hatinya. "Ha betullah tu cikgu, saya okay je" dengan penuh kesabaran Marissa menjawab.
Marissa pun melangkah keluar kelas sambil menjinjing barangan Cikgu Hanan.
'Ei barang-barang ni, kenapa lah ko yang aku kena bawakkan kenapa tak suruh tuan ko tu rajin sikit' Marissa membebel bersendirian.
"Awak kutuk saya ke"
Marissa terkejut lalu pusing ke belakang. Kelihatan Cikgu Hanan yang tinggi rupawan itu berjalan seiring dengannya.
"EHH cikgu, m..mana ada.. takkanlah saya nak kutuk cikgu, saya cakap pasal kasut saya ni haa"
Marissa yang cuba sedaya upaya memutar belit ayat supaya tidak terkantoi.
'Comel pulak dia ni takut terkantoi lah tu' kata Cikgu Hanan di dalam hatinya. "Ha pasal buka puasa tu kamu semua rancang nak buat bila?" tanya Cikgu Hanan.
"Tak pasti lagi cikgu, nanti apa-apa diorang akan update dalam Whatsapp group" jawab Marissa.
"Okeylah kalau macamtu. Nampaknya dah sampai pun di kelas 6 Mutiara, terima kasih tolong saya ye Marissa" ucap Cikgu Hanan kepada Marissa.
"Sama-sama cikgu" lalu Marissa bergegas ke kelasnya semula dengan wajah yang malu setelah hampir kantoi dengan gurunya itu.
YOU ARE READING
Cikguku Musuhku Jodohku
RomanceMarissa merupakan seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berada di Tingkatan 6 yang boleh dikategorikan sebagai 'perfect student' atau 'heather of the school'. Cantik, bijak, kaya, banyak bakat, peramah, popular, baik hati serta kegemaran ci...