"Jemput duduk cikgu" "kita sembang-sembang lah sat naa" pelawa Datin Mazlyna dan Datuk Kamarul.
Cikgu Hanan pun duduk di meja makan sambil tersenyum kerana mendapat layanan yang begitu baik daripada kedua-dua orang tua Marissa.
"Cikgu asal mana?" tanya Datuk Kamarul kepada Cikgu Hanan yang duduk berhadapan dengan beliau.
"S..saya asal dari KL je Datuk, rumah saya lebih kurang 2km jer dari sini" jawab Cikgu Hanan.
"Ooo asal sini... Eh tak usah lah panggil Datuk, panggil uncle jer, yang tu boleh panggil aunty, baru nampak kami muda kah kah kah" balas Datuk Kamarul dengan nada bergurau.
Cikgu Hanan pun ketawa kecil mendengar ayat Datuk Kamarul itu. Dia merasakan sangat selesa berbual bersama ibu bapa Marissa kerana mereka melayaninya seperti anak mereka sendiri. Al-maklumlah Marissa merupakan anak tunggal Datuk Kamarul dan Datin Mazlyna jadi, tidak hairanlah jika mereka melayani anak muda dengan begitu mesra.
"Cikgu dah berkahwin ke? Maaflah jika pertanyaan ni membuatkan cikgu tak selesa" tanya Datin Mazlyna dengan spontan.
"Eh belum lagi a..aunty, saya pun muda lagi baru 20 tahun, beza 2 tahun je dengan Marissa" jawab Cikgu Hanan.
"Lah ye ke, muda betul ye... muka cikgu ni macam familiar lah tapi aunty tak dapat nak ingat kat mana aunty nampak hmm' balas Datin Mazlyna.
"Mungkin aunty kenal mak saya, Rozana binti Saad? ataupun bapak saya, Shahrul bin Abd Hazim? Sebab mereka pun berkerja di tempat yang sama aunty dan uncle berkerja" "Aunty dengan uncle tak perlu panggil saya cikgu, panggil jer saya Hanan" kata Cikgu Hanan kepada Datin Mazlyna dan Datuk Kamarul.
"LAH kamu anak Datin Rozana dan Datuk Shahrul rupanya! Aduhai macam mana aunty boleh tak tahu anak kawan baik aunty sendiri, maaf naa Hanan hihi orang tua kan.." balas Datin Mazlyna dengan nada yang terkejut.
"Hahaha takperlah aunty saya faham, ooo.. aunty kawan mama rupanya, mesti mama terkejut yang saya pergi rumah aunty harini hahaha" kata Cikgu Hanan yang begitu teruja.
"Hahaha mestilah tu nanti besok ada lah yang diceritanya hahaha.. Kirim salam dekat mama ye" balas Datin Mazlyna yang turut ikut ketawa.
Kelihatan Marissa yang turun dari biliknya yang berada di tingkat 3.
"Eh- c..cikgu tak balik lagi" kata Marissa dengan nada terkejut setelah melihat kelibat cikgunya itu di meja makan bersama ibu bapanya.
"Ha Marissa mari kesini lekas, kamu join ler kami berborak" kata ibunya itu.
"Er..er takperlah ma seganlah" balas Marissa yang cuba mencari alasan supaya dia tidak perlu berbual dengan cikgunya itu.
Setelah dipaksa ibunya untuk duduk bersama, Marissa pun pasrah dan turut ikut serta berbual.
Setelah dalam lingkungan 2 jam menunggu hujan berhenti dan berbual, Cikgu Hanan pun bergerak pulang.
"Bye Hanan, hati hati ye bawa kereta tu" pesan orang tua Marissa.
"Bye cikgu" ucap ringkas Marissa kepada Cikgu Hanan sambil bermonolog di dalam hati "Jangan datang lagi ye cikgu".
YOU ARE READING
Cikguku Musuhku Jodohku
RomanceMarissa merupakan seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berada di Tingkatan 6 yang boleh dikategorikan sebagai 'perfect student' atau 'heather of the school'. Cantik, bijak, kaya, banyak bakat, peramah, popular, baik hati serta kegemaran ci...