Bab 1

1K 16 3
                                        

"Mama, Aleya pergi dulu tau!!! Dah lambat ni nak pergi kelas tambahan"
Jeritan Aleya didengari dari pintu hadapan rumah

"Baiklah hati hati jalan tu, mama tak sedap hati harini. lepas habis kelas terus pulang ye" Kata puan lina sambil mengusap dadanya tanda bimbang. "Iya maaa. nnti lepas kelas aleya pulang yee"

Aleya segera bangun selepas selesai mengikat tali kasutnya. Dia menyalam ibunya sebelum berangkat.
aleya terus berlari ke bas stop berhampiran dengan rumahnya. Jam di tangan telah menunjukan pukul 8:03 minit pagi kelasnya akan bermula sekitar 9:15 minit pagi.

Sementara menunggu bas tiba, Terdengar deringan telefon berbunyi. Aleya segera periksa dan terus leretkan button hijau di telefonnya. "hey babe kau kat mana? kelas dah nak mula ni" suara dari telefon itu berkata.

"Ish kau ni, tak reti bagi salam dah ke? main terjah je" bukan Aisya lah kalau tak main terjah je bila call orang. "Aku tengah tunggu bas ni, lambat pulak bas sampai harini. nnti apa apa aku update kau balik"

"Okay babe. aku gerak dulu" telefon terus dimatikan. selang beberapa minit bas pun tiba.

__________________________________

Jarum jam menunjukan tepat 2:30 petang. Aleya mengemas barangan nya untuk pulang. "Kau nak pergi mana lepas ni aleya" Aisya bertanya.

"Balik lah, nak pergi mana lagi" Aleya bangun dan sandangkan beg nya lalu keluar dari kelas. Tahun ini ialah tahun akhir aleya di sekolah menengah. Hujung tahun ni dia akan mengambil spm bagi tingkatan lima.

"Halah kau ni asyik balik awal je, jom lah kita pergi makan dekat kedai seberang jalan tu dulu" Aisya mengajakku sambil menarik tanganku seperti sedang memujuk.
Aleya tidak sampai hati hendak menolak, lalu dia pon bersetuju.

Selepas selesai makan, mereka pun pulang. Aisya pulang bersama emaknya. Aleya pula pulang menaiki bas. Aleya terus berjalan menuju ke station bas. setelah beberapa minit dia menunggu di situ. tekaknya berasa dahaga. dia bangun dan mencari gerai minuman berhampiran. Dia ternampak sebuah gerai kecil di seberang jalan besar ada menjual air. selepas dipastikan kiri dan kanannya tiada kereta, dia pun melintas.

"acik saya nak air ni satu" dia menundingkan jari pada air yng di pilih. Selepas selesai dihidangkan, Makcik itu berikan air kepada aleya. Aleya menghulurkan not 3 ringgit kepada makcik itu. tanpa menunggu dia terus menyedut air masuk ke mulut. Sewaktu hendak melintas kembali, aleya terlalu kusyuk dengan minumannya dan tidak perasan di sebelah kanannya ada sebuah kereta menghampiri.

Malang tidak berbau. Aleya dirempuh oleh kereta itu. Kepala aleya berlumuran darah kerana hentakan kepala yang begitu kuat. aleya di hantarkan ke hospital kerana kecederaan yang teruk. Dia di tempatkan di icu buat sementara waktu

______________________________________
Sorry bab ni pendek sikit, hope you guys enjoy cerita ni🤍

Suamiku Mr.SweetWhere stories live. Discover now