Bab 8

321 13 0
                                    

pejam celik pejam celik hampir 4 tahun kami menetap di negara orng. Kami membuat keputusan untuk terus menetap di sini sehingga aku habis degree. Lebih kurang 2 tahun lagi kalau mengikut perancangan asal.

Sepanjang 4 tahun ni, harriz lah yng banyak membantu dan menjaga aku di sini. Mummy dan Daddy tidak selalu berasa di sini. kadang kadang mereka pulang ke malaysia untuk menguruskan company di sana. kadang kadang juga harriz perlu pulang ke malaysia. Jadi mereka bergilir gilir untuk menjagaku

_____________________________

"Assalamualaikum" Suara Harriz dari pintu didengari
"Waalaikumusalam, baru balik?" tanya Farah yang sedang membuat assignment di ruang tamu.
"memang le baru balik, ada nampak macam dah lama balik ke?" jawab harriz bergurau

"Hek elah orng tanya elok elok, dia loya buruk pulak" Jawab Farah sambil menjeling
"Ish kamu berdua ni, asyik bergaduh je kerja. Mummy kawinkan korng berdua ni baru tahu." Celah mummy dari arah dapur. Muka harriz dan Farah sudah berubah merah, menahan malu

" Sudah harriz, pergi naik mandi, solat lepastu turun. mummy dah siap masak nnti kita makan sama sama" Kata mummy lagi "Haa baiklah mummy, Riz naik atas dulu" Jawab Harriz

lepas haris selamat menaiki tangga naik ke atas. "Ish mummy ni, kenapa sebut pasal kawin depan abang tadi. malu Farah tahu tak" Jawab Farah sambil mengosok pipinya yang merah itu. "Eleh kamu. Mahu tapi malu"

Tanpa mereka ketahui, perbualan mereka didengari oleh Harriz. Harriz tersenyum seperti kerang busuk selepas mendengarnya.

_______________________

"Farah tolong panggil abang riz dekat bilik dia. kata dekat dia, mummy panggil makan." Arah mummy
"Okay mummy"

Farah mengetuk pintu bilik harriz dan memanggil tetapi tiada respond. Dia membuka daun pintu perlahan-lahan untuk mencari harriz. sedang sibuk dia meninjau-ninjau persekitaran bilik harriz.

"Woi budak kau buat apa dalam bilik aku" Suara harriz datang dari belakang dia. Farah terkejut lalu berpaling kebelakang dan menghadap harriz. Dia terkejut melihat apa yang dikenakan pada harriz. Rambutnya basah seperti selepas mandi. badannya masih berair akibat titisan air yang jatuh dari rambutnya. dia cuma mengenakan tuala sehingga paras pinggang sahaja dan ikatan tuala pun kelihatan longgar

"Ish abang riz kenapa tak pakai baju? jerit Farah sambil menutup separuh matanya. "Yang kau kenapa masuk bilik aku tak ketuk dulu? nasib baik aku pakai tuala. kalau aku tak pakai apa apa tadi? habis pengsan kau kat sini." jawab harriz mengusik

"Ish takyah lah cita benda camtu. tk hingin lah nak tengok" jawab Farah
Harriz mengangkat sebelah keningnya dan mendekati farah. Farah terkejut dan melangkah ke belakang. semakin kebelakang Farah melangkah, semakin kehadapan harriz melangkah. Farah terus melangkah kebelakang sehingga badannya telah rapat ke dinding dan tidak dpt mengerak lagi.

Harriz mengangkat kedua tangannya bagai menyekat pergerakan Farah untuk keluar. "Kau sebenarnya suka kan tengok aku? lagi lagi tengah seksi macam ni. mesti kau tergoda kan?" bisik harriz perlahan ke telinga farah.

Farah terkejut mendengar kata kata harriz dan cuba untuk meleraikan dari kepungan Harriz. "Ish tepilah, orng nak keluar" jawab Farah sambil menutup mukanya kerana malu. Namun tidak diendahkan oleh harriz

Harriz mengusik Farah lagi "Alamak! Tuala aku tercabut" Tanpa pandang kiri dan kanan Farah terus menjerit dan lari keluar dari bilik harriz.

Setelah selamat menyelamatkan diri untuk keluar dari bilik "Ish gila betul lah mamat tu." Selepas memikirkannya, Farah tersenyum sendiri

__________________________

Suamiku Mr.SweetWhere stories live. Discover now