PINTU kaca di buka. Hari ini hari terakhir dia bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai yang berjenama Secret Recipe. Di buang kerana di tuduh mencuri wang hasilan dari pelanggan. Padahal dirinya di perangkap dengan rakan sekerjanya sendiri.
Biasalah. Dalam pekerjaan mesti ada yang dengki. Biarkan sajalah. Apa pekerjaan yang seterusnya. Dia tidak tahu. Apa yang dia tahu. Dia harus mencari pekerjaan baru pada hari esok. Berharap semua di permudahkan.
Semenjak dia hidup berjauhan dengan ibunya. Segala keperluan dia tanggung sendiri. Malas hendak menyusahkan orang tuanya. Dia pun nak belajar macam mana hidup susah. Dan sekarang dia merasakan itu. Perjalanan hidup baru sebagai seorang yang berdikari agak susah sedikit. Tapi tak apalah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang di kemudian hari.
Jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya di pandang. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Lorong yang selalu menjadi kebiasaan dia pulang ke apartment tempat tinggalnya itu di hala kakinya masuk.
Sepi. Itu memang selalu dia hadap. Tapi alhamdulillah sepanjang dia menggunakan lorong itu belum pernah terjadi perkara negatif pada dirinya.
Namun malam ini malam yang tidak beruntung baginya. Oleh kerana, ada sepasang mata sedang memerhatikan lenggang lenggok tubuhnya di sebalik dinding.
Lelaki misteri itu mula mengikuti jejak langkah gadis itu atau lebih tepat Lydia Marissa. Lydia merasakan ada tapak kaki mengikutnya dari arah belakang. Dia cuba berpaling.
Tiada. Hanya dia seorang sahaja berjalan di lorong itu. Jadi derapan kaki siapakah yang mengikutinya tadi?
"Hantu ke?" Lydia menduga sendiri. Bulat matanya mencari-cari susuk tubuh yang dia katakan 'hantu' itu. Dia memandang ke hadapan semula. Satu langkah, dua langkah dan terus dia memecut lari. Sesekali kepala itu menoleh ke belakang. Takut-takut 'hantu' itu terbang mengejarnya.
"Argh!" Entah bagaimana kakinya tidak mengatur dengan baik tadi dan sekarang dia jatuh menyembah bumi.
"Auuu... sakitnya..." Dia mengurut kaki kanannya. Terasa macam seliuh sahaja. Aduh parah ni. Dah lah dia seorang diri di jalan ini.
Lydia mengetap bibir. Tolong... sakit yang amat ya tuhan.
"Kau okey?"
Berubah terus ekspresi wajah Lydia yang menahan sakit itu kepada terkejut. Refleks badannya itu terundur ke belakang. Kelu berasa lidah dia saat ini. Kepala mendongak melihat wajah lelaki yang terlindung di sebalik cap hitam itu.
"S... saya okey." Mulut kata sahaja okey tapi kakinya tak okey sekarang ini.
"Sure?" Garau betul suara lelaki itu menyoal.
"Ya. I'm s..sure."
"Dont lie to me. I know your feet hurts." Seraya tubuh itu berubah mencangkung seperti orang lelaki hendak melamar kekasihnya. Cap yang tertutup mata itu di tolak ke atas sedikit.
Seakan terkunci bibir Liya apabila mata itu merenungnya dengan tatapan... kosong mungkin?
"Come." Lelaki itu hulurkan tangannya.
Sekali lagi Lydia mengundurkan dirinya ke belakang. Eh,eh nak pegang-pegang kita pulak! Haram please!
"Its' okay. Saya boleh bangun sendiri." Lydia cuba membangunkan dirinya. Akan tetapi gagal tatkala dia merasakan kaki kanannya benar-benar terseliuh.
"Arh!" Lydia kembali jatuh terduduk. Berkerut habis muka dia menahan sakit.
"Sorry." Haram halal tolak tepi. Dia terus mencempung tubuh Lydia dengan berani serta tanpa meminta izin dari gadis itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG]
RomanceKerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cintai bermesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya sehingga tidak sedar dia telah menyakiti wanit...