Hana asyik mengurung diri dalam bilik tidur. Sejak kebelakangan ini dia sering mengasingkan diri daripada keluarganya. Bukannya Hazeeq, abangnya tidak perasan akan itu. Semua orang sedang sibuk menyediakan hidangan makan malam, hari ini semua ahli keluarga Dato' Haris, anak menantu serta cucunya berhimpun sekali. Menantu perempuan sibuk di dapur manakala suami suami jaga anak mereka di ruang tamu.
" Kak chik mana? Susah sangat nak nampak dia berkumpul dengan kita sekarang ye?" Haris, bertanya kepada Hazeeq dia pelik adik perempuannya itu suka buat hal sendiri.
" Dalam bilik abang long, tak tahu lah dia tu. Lately ni banyak berubah. Dah macam orang putus cinta je."
" Wahai encik suami sekalian jomlah makan. Kami dah siap hidang ni."
" Ye sayang, jomlah bini kita dah panggil makan tu."" Haz, pergi panggil kak chik kamu tu aish geram pulak aku dahlah kita susah nak berkumpul macam ni. Suruh dia turun makan."
" Ok along."Hazeeq pun naik ke bilik Hana, kelihatan kakaknya itu terbaring atas katil. Dia melabuhkan punggung di sebelah Hana lihat Hana pejam mata.
" Lah tidur, kak chik tak sihat ke? Hmm?" Hazeeq rasa dahi Hana dengan telapak tangannya. Suam-suam panas.
" Badan kak chik panas ni, kak chik bangun kita pergi klinik ye?"
Hana geleng kepala lemah tidak mahu.
" Tak ape, Haz turun makan dulu ye."Hazeeq turun semula ke bawah, abang long hairan kenapa Hana tidak turun sekali.
" Mana kak chik?"
" Tak sihat Along badan kak chik panas."
"Demam? Tak boleh dibiarkan tu takut demam denggi ke lagi-lagi musim covid ni."Perut Hana rasa amat lapar, dia pun turun ke bawah untuk makan bersama.
" Ha kak chik, kenape turun bawah nanti pengsan macamana."
" Lapar lah."
" Tahu pun lapar asyik berkurung je."
" Alhamdulillah semua anak menantu cucu daddy ada dekat sini ye."
" Eh daddy? Kata busy tadi?"
" Lapar lah pulak."
" Farisha masak lauk kegemaran daddy juga ni tau."
" Oh ye? Alhamdulillah terima kasih Sha, bukan macam Hana tahu nak melantak je susah nak nampak dia tolong dekat dapur. Asyik buat hal sendiri je."Memandangkan Hana tidak berapa sihat dia malas mahu berdebat dengan bapanya itu. Hana hanya diam menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Hazeeq pandang Hana air muka kakaknya berubah selepas Dato' Harraz berkata begitu.
"Memandangkan semua dah berkumpul, daddy have important announcement for you alls."
"Bunyinya macam penting je tu."
" Yes Sara memang penting. Daddy makin lama makin tak larat, so it's about siapa yang akan ambil alih syarikat, company daddy nanti."
" Why daddy? Daddy dah tak larat nak jaga company ke? Haz memang really busy daddy no time."
" Daddy tahu my daughter semua dah ada kerjaya masing-masing. Sara pun dah jadi business woman. Tinggal Farisha je."
" Ape maksud daddy?"
" Daddy nak Farisha ambil alih syarikat Daddy."
" What? Why not Hana? Sha cuma menantu. Hana lebih layak."
" Dia tak layak Farisha, aku tak nak company aku jatuh ke tangan yang salah! Lepas makan ni bincang dengan suami kamu bila dah setuju sign agreement."Lepas makan Hana angkat pinggan mangkuk ke belakang untuk dicuci. Abang long serta isterinya sudah pulang sebaik sahaja sudah makan. Tinggal Hazeeq dengan isterinya Farisha saja.
" Lah kak chik kan tak sihat? Pergilah rehat biar kak ngah basuh ye."
" Biarlah Hana basuh nanti orang tuduh Hana pemalas pulak!" Hana rampas pinggan di tangan Farisha.
" Tak ape kak chik, kak ngah basuh ok."
" Kak ngah ni tak faham bahasa ke ape? Pergi berambus lah!" Hazeeq dari ruang tamu dengar Hana tinggi suara dengan isterinya, tidak puas hati terus tampar pipi Hana sehingga terpaling ke tepi.Pedih..
Hana terus terdiam Hazeeq menamparnya. Dia tidak kira lelaki atau perempuan sekiranya sesiapa meninggi suara terhadap isterinya pasti akan naik tangan.
" Kau ape hal nak tengking bini aku? Tak puas hati kita settle sekarang!"
" Abang, dahlah."Hana terus berlalu, dia langgar bahu Hazeeq dengan airmatanya mengalir pergi ke bilik tidurnya. Masuk sahaja ke dalam, Hana duduk di tepi bucu katil menangis tersedu-sedan menahan sakit.
" Abang, janganlah marah Hana, abang tak patut tampar kak chik tadi."
" Dah sayang pergi masuk tidur dulu."
" Ok."Sebenarnya Hazeeq berasa bersalah telah menampar kakaknya. Dia pun ke bilik Hana sebaik selak pintu bilik itu, terdengar suara Hana menangis tersedu sedan.
Hazeeq terus menghampiri kakaknya itu lalu melutut sebelah Hana, Hana seperti takut dengan Hazeeq, lantas dengan itu Hazeeq peluk Hana.
" Angah minta maaf ye.. hmm?"
Tiba-tiba Hana pengsan dalam pelukan abangnya itu. Hazeeq yang peluk Hana pelik tiba-tiba badan Hana jadi lembik dan terkulai layu.
" Ya Allah kak chik!!