Bab 3

34 3 0
                                    

"Sha, tadi aku pergi hospital tempat laki kau kerja. Aku ternampak lah laki kau bermesraan dengan staf nurse perempuan dia." Yati hanya beritahu apa yang dia nampak dengan mata kepalanya sendiri.
" Yati, dalam kerja mestilah dalam berkumpulan. Suami aku tu leader antara semua staf bawahan dia."
" Tapi kau tak rasa sangsi ke? Yelah kerja pun, nampak macam teman tapi mesra."
" Aku malas lah nak ambil pusing hal ni, kau ni dah tak ada kerja ke sampai ambil tahu hal laki aku?"
" Tak adalah, aku just bagitau ape yang aku nampak. Bukannya reka cerita. Dahlah aku balik dulu, banyak kerja lagi nak buat."

Pintu pejabat Hazeeq diketuk kemudian dikuak. Kamelia lihat beliau seperti sedang kepenatan.

" DR. Haz, you look not okay. Are you tried lepas operation tadi?"
" Yes, tried sikit. Sakit kepala."
" Dizzy? Dokter nak saya ambilkan ubat?"
" No, I just need to rest."
" Kesian dokter, saya picit kepala ye." Kamelia hampiri belakang Hazeeq kemudian dia picit picit kepala. Hazeeq sedari itu lantas bangun menjauhi Kamelia.
" What are you doing?! Get out from here!"

Kamelia hampiri Hazeeq mahu menggoda beliau tetapi Hazeeq menepis Kamelia. Mikhael, rakan Hazeeq nampak perbuatan Kamelia terus masuk ke bilik pejabat rakannya itu.

" Kau ni tak ada kerja ke Lia? Sini ikut aku!"
" Bising lah kau Mikhael, lepaslah aku!" Mikhael tarik tangan Kamelia keluar dari bilik pejabat Hazeeq bawanya ke satu sudut.

"Kau jangan macam-macam ye Lia, DR. Haz tu suami orang. Jangan miang sangat nak menggedik dengan dia."
" Tengok muka aku, ada aku kesah ke laki orang ke yang penting DR. Haz tu hensem. Betullah orang cakap suami orang tu hensem!"
" Ramai lelaki lain lah dekat luar lagi Lia, kenapa kau nak Haz jugak ha? Tak faham lah aku."
" DR. Haz is my taste."
" Balik rumah pergi cermin kau dulu. Sedar diri sikit, DR. Haz tu Clinical Master's Degree. Dia bukan level kau, kau tu setakat pembantu perubatan perempuan macam kau bersepah dekat luar sana tu."
" Alah, wife DR. Haz tu macam aku tak tahu cerita sebenar. Perempuan tu bukannya siapa-siapa pun. Entah dekat mana DR. Haz tu kutip dia."
" Sudahlah Lia, jangan jadi syaitan, perantara, orang ketika yang memecahbelahkan kebahagiaan, hancurkan rumahtangga orang. Ramai lagi lelaki terbaik untuk kau dekat luar sana tu. Perempuan sundal macam kau ni ish aku tak tahu nak cakap macamana lagi dah!"
" Malas lah aku berdebat dengan kau ni buang masa je!" Kamelia pergi dari situ malas mahu bertekak dengan Mikhael.

Mikhael masuk semula dalam bilik pejabat DR. Hazeeq.

" Kau tak balik lagi ke Haz? Dah pukul enam lebih ni. Bini kau tertunggu-tunggu tu."
" Aku serabut Mikha,"
" Kenapa ni bro? Pasal Lia?"
" Entahlah, kepala aku ni rasa macam nak pecah! Semalam aku marah Sha, pukul dia."

Mikhael duduk sebagai kawan dia ingin menasihati Hazeeq.

" Aku nak tegur kau sikit, hal kerja jangan campur aduk dengan keluarga. Jadi profesional sikit. Tengok dekat luar sana tu cerai berpisah sebab benda remeh-temeh macam ni."
" Minggu ni aku penat sangat, straight kerja full non stop tak ada shif,"
" Operation patient dah habis kan? Now, kau pergi holiday bercuti dengan wife kau ambil hati dia balik. Aku risau perempuan ni bila sekali dah sayang dia memang sayang orang tu je sampai dah tak ada orang lain boleh ganti tempat dia. Tapi bila hati dia dah tawar, dia akan benci kau."
" Terima kasih Mikha, aku pun mati akal dah."
" Ye aku faham, kita non stop kerja demi nak selamatkan satu nyawa. Macam yang aku cakap tadi, jangan campur aduk urusan kerja dengan keluarga. Dan paling penting, jangan jadikan isteri kau tempat kau lepaskan tekanan kerja."
" Ok Mikha, aku gerak dulu."
" Jumpa esok."




Kesetiaan Where stories live. Discover now