"Abang dah balik? Sha ada buat karipap ayam abang suka kan?"
" Hmmh..." Jawab Hazeeq dingin hanya duduk di meja kopi balkoni rumah. Lalu terus hirup secangkir kopi tetapi Farisha terkejut Hazeeq meludah semula kopi yang ditelannya. Buat Farisha tersentak." Kenapa abang tak sedap ke?"
" Macamana kau bancuh kopi ha**t?!" Terus marah Hazeeq yang membuak-buak simbah air kopi yang masih panas ke muka Farisha buat Farisha menggelupur panas.
" Arghh panas!" Farisha jerit, sakit dia Hazeeq abaikan, malah dia sentap rambut Farisha sehingga terdongak.
" Tak tahulah kenapa arwah ibu aku suka sangat dengan kau ni, aku kahwin dengan kau pun sebab permintaan terakhir dia je!" Kemudian tangan Hazeeq yang cengkam belakang rambut Farisha hempaskan kepala Farisha ke dinding sehingga berdarah dan nyawa-nyawa ikan.
Hazeeq berlalu pergi dari situ biarkan Farisha kesakitan melecur di muka dan luka di dahi.Tamat Imbasan
" Sha, sayang.." balik dari kerja Hazeeq terus cari isterinya. Dia naik ke atas, masuk dalam kamar, kelihatan Farisha sedang duduk bersandar di tepi bawah katil sambil memeluk lutut ketakutan.
" Hey sayang tak dengar abang panggil?"Farisha takut lihat Hazeeq dia berganjak dari suaminya itu. Dia pun tak faham dengan Hazeeq, sekejap panas baran, sekejap ok sekejap tidak. Bila datangnya baran Hazeeq seperti ada roh jahat yang memasuki badannya.
" Jangan pukul Sha, Sha minta maaf."
" Kenapa takut ni? Tengok abang macam nampak hantu?" Hazeeq menyelak helaian rambut Farisha yang menutupi wajahnya.
"Ok abang minta maaf pukul sayang ye, Sian kepala sayang lebam berdarah, muka pun melecur. Abang patut minta maaf,"
" Ampunkan Sha, jangan pukul Sha lagi."
" Shh..Shh" 🤫
" Ampun." Hanya kalimat itu sahaja yang terungkap di bibir Farisha.
" Sini, abang rawat luka dengan melecur tu. Nanti tak cantik muka sayang." Hazeeq ambil kotak ubat. Kemudian dia bersila depan Farisha. Lalu mula menyapu iodin cecair berwarna seakan kekuningan pada dahi Farisha yang luka.
" Kalau dibiarkan, boleh jadi penyebab jangkitan."
" Pedih..." Farisha menahan kepedihan apabila iodin terkena luka pada kulit yang luka.
" Tahan sikit."
Setelah tampal kapas serta plaster luka di dahi, Farisha terus peluk suaminya takut dalam tidak sedar menderhaka terhadap suaminya itu.
" Sha sayang abang, Sha minta maaf."Hazeeq balas pelukan isterinya lalu berkata.
" Abang patut minta maaf, abang ego, terlalu ikut kata hati. Abang minta maaf ok."
" Tak ape, sayang faham abang penat."
" Penat abang hilang tengok isteri abang cantik macam bidadari ni."
" Oh ye, Hana macamana abang? Hayden kena demam kuning?"
" Ye sayang, Hana pulak alah teruk lepas bersalin. Baby asyik nak tidur je, nak menyusu pun susah terpaksa kejut."
" Kesian Hana, biar sayang jaga diaorang yer."
" No! you just duduk rumah, nanti family abang tengok muka sayang melecur bertampal macam ni diaorang fikir abang dera sayang pulak. Sayang jaga Hana lepas keluar dari wad."
" Baik kalau abang dah cakap macam tu, Sha ikut jelah."
" Good girl, abang nak mandi kejap."