Bab 05 - DANISH HAZIQ : HER PSYCHO HUSBAND

15.6K 458 32
                                        

                  "YANG tadi tu kawan baik kau ke?" tanya Danish tanpa memandang Lydia di sebelahnya. Semenjak berada di butik pakaian pengantin lagi dia hendak mengajukan soalan itu kepada Lydia. Tapi melihat keadaan gadis itu sibuk menguruskan pilihan bajunya, jadi terpaksa dia menguburkan niat.

Suara Danish menyetakkan Lydia dari lamunan. Secara perlahan dia mengalihkan pandangannya memandang Danish yang lagi memandu itu.

"Ya. Kawan baik saya sejak dari kolej lagi. Kenapa?" Lydia pula kembali tanya. Dan Danish menggeleng kepala.

"Tak ada apa. Saja tanya." Dia tanya sekadar ingin kepastian sahaja. Kut-kutlah kan gadis sebaya dengan dia tadi itu sepupunya ke apa. Lagi pun dia tahu yang Lydia Marissa ini anak perempuan tunggal. Eh?

Lydia muncungkan bibir. Di goyang kiri kanan buat seketika. Dia pun ada benda nak tanya Danish. Tengok mod lelaki itu seperti hijau. Hmm... tanya sajalah.

"Erm.. Haziq, saya nak tanya. Bila hari..."

"Wait. You say what?" Laju Danish memotong ayat Lydia. Sempat kepala itu menggerling gadis itu sekilas. Ada yang pelik dia dengar tadi. Haziq?

"Ha? Cakap apa?" Lydia blur. Dia ada tersalah kata ke tadi? Rasanya tiada.

"Yang first tadi."

"Yang first? You means... Haziq?" teka Lydia tanpa ragu.

Sekali lagi Danish alihkan pandangannya ke arah Lydia. Pandangan sekali tengok.

"Asal kau panggil aku nama tu?"

"Kenapa? Saya rasa tak salah pun. Sebab tu pun nama awak juga kan?" Apa yang salahnya panggil dia dengan nama Haziq? Lagi pun nama dia juga bukan? Ke nama bapak dia?

"Tak adalah. Tadi elok je panggil Danish. Now, Haziq pulak? But... nevermind. Ha nak tanya apa tadi?" Danish kembali pada soalan Lydia tanyakan separuh jalan tadi.

Berkerut hairan wajah Lydia dengan Danish. Namun, cepat-cepat dia tepis perasaan itu. Dia kembali fokus pada soalannya yang tergantung tadi.

"Tak.. saya cuma nak tanya. Bila hari perkahwinan kita tu?"

"Khamis ni" jawab Danish langsung.

"Khamis ni? Jadi... dua hari lagi la?"

Danish balas dengan anggukkan kepala.

Hembusan nafas terlepas kecil dari rongga hidung milik Lydia. Kepala di jatuhkan lebih dari sekali. Mengangguk faham. Jujur rasa sebak itu ada. Tidak menyangka yang dirinya tidak lama lagi bakal di gelar isteri orang. Isteri kepada lelaki yang langsung dia tidak kenal latar belakang bagaimana.

Dan secara tidak sengajanya fikiran dia tiba-tiba terlintas akan perbualan antara dia dengan Dhia di butik pangantin sebelum dirinya pulang tadi.

"Kau betul ke Riss nak kahwin dengan dia?" soal Dhia ragu setelah Danish meminta diri untuk memilih baju.

Lydia mengeluh. Tubuh belakang Danish yang sedikit jauh darinya itu di pandang kosong.

"Entah la, Dhi. Kau rasa?" balas Lydia tidak tahu. Wajah Dhia di tatap semula. Dia pun sebenarnya buntu sama ada keputusan dia yang buat itu betul ataupun tidak.

"Entah la kau kata, Riss? Heh! Nampak sangat yang kau ni macam kena paksa kahwin dengan dia. Kau kenal dia dari mana, ha?" Suara Dhia sudah kedengaran marah. Marah bila jawapan Lydia berikan itu tidak meyakinkan dirinya.

"Aku kenal dia sebab dia tolong aku masa aku tersandung dekat lorong nak balik apartment aku tu. Masa tu malam. Time tu jugaklah hari di mana aku kena pecat dari kerja" kata Lydia. Kaki kanan naik meletakkan pada kaki kiri. Sekarang dia dengan Dhia lagi duduk di meja bulat yang tersedia di dalam butik itu.

DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang