《Chapter 1》

97 1 0
                                    

Kaki yang berat di bawa juga melangkah keperkarangan rumah mewah tersebut. Bagasi yang berisi barang keperluan di seret bersama. Nafas ditarik perlahan lalu dihembus, tangan kecil milik gadis itu mengetuk pintu rumah tersebut. "Tok...tok...tok"

Tanpa mengambil masa yang lama pintu rumah itu terbuka. Terpampang jelas seorang lelaki berpakaian santai didepan pintu. "Masuk" katanya sepatah. Tanpa berlengah-lengah gadis itu pun mengekori bakal majikannya itu masuk kedalam rumah mewah tersebut.

Dia dibawa ke ruang tamu. Lelaki yang tadinya berada di hadapannya itu kini sudah duduk menghadap dirinya. Sepi seketika " perkenalkan diri awak" kata bakal majikannya memecahkan kesunyian.

Dia yang tadinya hanya menundukkan pandangannya kini sudah menatap wajah lelaki dihadapannya. Nafas dihela perlahan "Saya Amelia Anastasia" tutur Amelia senafas.

"Saya Noah, awak boleh mula kerja besok" balas Noah. Keningnya ternaik sebelah tatkala melihat bagasi yang dibawa oleh Amelia yang bermaksud gadis itu akan tinggal dirumahnya kerana dia sendiri juga yang menawarkan sekiranya ada pembantu rumah yang ingin bekerja dengannya dia boleh memilih untuk tinggal sahaja dirumahnya atau pulang balik kerumah sendiri.

" Dan bilik awak berada dihujung sana bersebelahan dengan bilik utama iaitu bilik saya" tambahnya lagi. Amelia hanya mengangguk faham seraya berkata " Baik Encik". Lalu Noah pun berlalu masuk kebiliknya dan Amelia hanya mengikuti langkah majikannya itu, Memandangkan laluan bilik mereka sehaluan dan ditambah lagi hanya bersebelahan.

Bagasi yang sederhana besar itu diseret menaiki tangga. Sampai sahaja dihadapan pintu biliknya dia langsung membuka dan masuk ke dalam. Baru setapak melangkah ke dalam bilik itu dia sudah dibuat kagum dengan design bilik yang simple tapi sangat anggun.

Hampir setengah jam melihat keadaan didalam biliknya. Akhirnya dia pun melabuhkan diri dikatil yang tersedia. "Huwahh~ lembutnyau" desisnya dalam hati, tanpa sedar dirinya sudah dibuai mimpi.

Cahaya Matahari yang masuk kedalam biliknya itu terkena langsung di wajah Amelia membuatkan gadis itu terbangun. Cahaya matahari yang terkena matanya membuatkan dirinya berkedip-kedip beberapa kali kerana silau. Tangan kecil itu cuba untuk menghadang cahaya seraya sebelah tangannya lagi mengalihkan selimut yang menutup badannya. Dalam keadaan mamai Amelia melangkah kedalam bilik mandi dan bersiap.

Selesai sahaja mempersiapkan diri lantas Amelia melangkah turun kebawah untuk menjalankan tugasnya, memandangkan hari ini hari pertama dia bekerja sebagai "maid" di rumah ini. Amelia menuruni tangga dengan santai tanpa menyedari bahawa dirinya diperhatikan oleh majikannya yang sedang berdiri di depan pintu bilik utama sambil menyilangkan tangan di dadanya.

" Buat apa semalam sampai lewat bangun?" Amelia yang mendengar teguran itu langsung melihat kearah majikannya. Jam di dinding di kilas sedikit. "Sekarang baru pukul 6:25 pagi, apanye yang lambat?" Desisnya dalam hati. " Saya tak buat apa-apa cuma terlajak tidur saja, Maafkan saya kerana terlambat" Jawab Amelia sambil menunjukkan wajah datar tanpa sebarang ekspirasi.

Noah mendekatkan jarak antara mereka. " kali ini saja saya maafkan tapi lain kali tak" tegas Noah. Amelia hanya menunjukkan wajah yang datar. "Tugas awak dirumah ini hanya membersihkan dan jaga pakaian saya sahaja, makan minum takpayah sebab saya makan kat luar dan kalau awak nk makan awak boleh masak menggunakan bahan masakan dalam rumah ni atau awak nak makan kat luar itu pilihan awak yang penting pulang ikut masa . Tiada larangan dalam rumah ni jadi awak boleh masuk kemana-mana sahaja ruangan dalam rumah ni asalkan jangan rosakkan barang atau mencuri" terang Noah panjang lebar kepada Maidnya itu.

" Faham cik Amelia Anastasia?" Tanya Noah
" faham " balas Amelia sepatah.
Mendengar sahaja jawapan dari maidnya itu Noah pun mengambil langkah berlalu keluar dari rumahnya itu . Tidak mengambil masa yang lama Noah sudah memecut laju keluar dari perkarangan rumahnya dan Amelia pun menjalankan tugasnya seperti yang diterangkan oleh majikannya tadi.










Tunku Ezekiel Noah || CWhere stories live. Discover now