《Chapter 2》

51 6 1
                                    


Kini sudah hampir sebulan Amelia bekerja sebagai "maid" di rumah Noah. Sejak kejadian Amelia bangun lewat itu dia sudah tidak pernah lewat lagi dan sentiasa bangun lebih awal dari majikannya itu. Segala tugas yang Noah berikan juga diselesaikan dengan cepat dan memberikan hasil yang memuaskan.

Amelia yang sedang sibuk mengemas buku-buku di perpustakaan mini milik majikannya itu terhenti apabila pendengarannya di sapa oleh suara Noah. " Besok saya akan adakan perjumpaan dengan orang penting dirumah ni, sepanjang saya berurusan dengan pelanggan saya awak diberi kebenaran untuk keluar sehingga la urusan saya selesai" ucap Noah.

Amelia yang mendengar itu diam seketika. " terimakasih sebab encik benarkan saya keluar tapi saya tak berniat untuk keluar buat masa ini jadi saya akan tetap berada didalam rumah sahaja" Amelia menunduk sedikit untuk menghormati majikannya itu dan terus berlalu ke dapur.

Noah yang mendengar itu hanya diam melihat maidnya itu berlalu ke dapur. Dia mengangguk faham dan mengambil langkah masuk kedalam bilik utama.

Keesokan hari pun tiba.

Amelia yang sedang menyiram pokok bunga itu terhenti apabila melihat hampir 10 buah kereta berwarna hitam masuk kedalam perkarangan rumah majikannya. Baru sahaja hendak masuk kerumah untuk memberi tahu majikannya itu, Noah sudah berdiri dihadapan pintu memandang kearah orang-orang yang sedang berjalan kearahnya.

"Silakan masuk" pelawa Noah kepada 5 orang lelaki yang sepertinya merupakan pemimpin. Meja yang terletak di aula rumah itu sudah di isi dengan mereka berenam. Amelia berdiri di sisi Noah 1 meter kebelakang. Keadaan menjadi senyap seketika tatkala mereka semua duduk semeja.

Salah seorang dari mereka iaitu Calvin Rymond menyedari Amelia yang berada disebelah Noah. " Don't bring your lover here Noah" seraya matanya tertancap lekat pada Amelia. " She not my lover she is my maid, just ignore her" ucap Noah dingin.

Tak lama selepas itu, mereka pun memulakan perbincangan mereka. "Jadi, kenapa kau panggil kami Noah?" Ucap Matthew.

"Cepat la habiskan perbincangan ni...saya nak pergi berseronok~" rengek Silas.

"Shut up Silas, suara kau buat aku mental" Reo mengorek telinganya seolah-olah sakit.

Zaire hanya diam dan mengangguk-angguk seperti mengiyakan semua yang dia dengar.

Akhirnya Noah membuka mulut "Aku nak undur diri dari kerjasama ni, terlalu berisiko kalau tertangkap masa depan aku akan lenyap macam tu sahaja syarikat yang aku bina sendiri bertahun-tahun akan lenyap sekelip mata. Selain daripada kerja ni aku boleh pertimbangkan " jelas Noah serius.

Kelima-lima orang itu mengangguk seperti mengiyakan dan faham kenyataan yang disampaikan Noah tapi malangnya tidak. Dalam sekelip mata mereka yang tadinya kelihatan santai sudah berdiri mengacukan pistol masing-masing kearah Noah.

Noah memejamkan matanya menarik nafas yang dalam. Dalam hatinya sudah tahu yang keadaan akan jadi seperti ini.
Baru sahaja hendak berkata-kata Noah sudah dikejutkan dengan tindakan Amelia yang memukul tangan kelima-lima bos mafia itu sehingga pistol yang tadi diacuhkan padanya kini sudah terjatuh ke lantai.

"Ap-apa yang-" belum sempat Noah menghabiskan ayatnya tiba-tiba Amelia bersuara.

"Saya tak tahu apa yang tuan sekalian bincangkan tapi kekerasan di dalam rumah Encik Noah adalah dilarang kerana kemungkinan besar rumah ni boleh berselerak,hancur dan jadi kotor yang mana kamu semua akan menyusahkan hidup saya sebagai maid dengan membuat saya perlu mengemas dan membersihkan ulang rumah Encik Noah!" Tegas Amelia yang tersangat tegas.

"Dan kekerasan terhadap majikan saya adalah kesalahan yang tak boleh dimaafkan sebab gaji saya datang dari dia" tambah Amelia lagi dengan wajah yang datar tetapi aura yang sangat dingin.

Noah yang melihat Amelia seperti itu terdiam sungguh dia tidak sangka dibalik wajah Amelia yang naif dan anggun itu terselit sifat yang menyeramkan.

Calvin yang terasa seperti maruahnya dipijak itu langsung mencapai kembali pistolnya dan mencuba untuk menembak Noah namun belum sempat menembak. Amelia sudah berada di sisinya

" encik tembak tuan saya dan dinding tu sampai meninggalkan bekas berlubang, leher encik pun akan ikut berlubang" ucap Amelia perlahan tapi cukup untuk sampai ke semua telinga yang ada disana.

Kini Calvin sudah diam. Amelia memandang kesemua orang yang datang kerumah Noah. Tatapan yang sangat tajam dan dingin seolah-olah boleh tembus kejantung diberi. "Bila datang rumah orang buatlah dengan cara yang betul, tak guna jadi ketua mafia kalau adab pun tak ada" ucapnya sinis.

Semua ahli mafia dan juga kelima-lima ketua itu kini hanya diam, saling berpandangan antara satu sama lain lalu menundukkan pandangan tertampar dengan kata-kata Amelia.

Dengan perasaan malu yang belum reda kerana di tegur oleh seorang maid kelima-lima ketua mafia itu lantas duduk kembali menghadap Noah. Diam... akhirnya Calvin pun bersuara

"Ehem...jadi kau yakin nak hentikan kerjasama ni Noah?" Soalnya serius. Noah diam seketika sebelum wajahnya di bawa menatap Calvin. " Ya" ucap Noah sepatah. Mereka berlima pun hanya diam dapat dirasakan bahawa Noah serius dengan pilihannya. Kesepakatan pun dicapai.

Zaire yang sedari tadi berdiam diri tiba-tiba sahaja membuka mulut. " Noah..." panggilnya perlahan. Terangkat sebelah kening Noah tatkala mendengar namanya yang keluar dari mulut Zaire. " Ape?..". Semua mata kini tertumpu pada Zaire menanti kata-kata seterusnya. Muka Zaire tiba-tiba sahaja berubah menjadi merah " ma-maid kau tu siapa nama dia?" Soal Zaire tergagap-gagap. Kelima-lima mereka memandang pelik ke arah Zaire.

"Ohh...nak tahu ke?" Noah yang sepertinya faham dengan tingkah laku Zaire lantas mengoyak senyum nakal.
"AMEL-" baru sahaja hendak melaung memanggil nama Amelia lantas secepat kilat Zaire menutup mulut Noah. Risau jika gadis itu terdengar lalu datang.

Terbahak-bahak mereka ketawa apabila melihat wajah panik Zaire. " Ishh Kau ni Noah, yang kau panggil dia kenapa???!" Tanya Zaire separa berbisik seperti menahan geram. Noah yang tidak menjawab malahan terkekeh-kekeh ketawa. " okey bro sorry, nama dia Amelia Anastasia dia baru je masuk kerja kat rumah aku ni sebulan yang lalu" jawab Noah dengan sisa ketawanya. " owhh Amelia..." Zaire tersenyum nipis.

Amelia yang baru melangkah masuk ke aula itu langsung bersuara bila terdengar namanya seperti dipanggil. " yee tuan? Perlu ape-ape ke?" Soal Amelia. Zaire yang baru perasaan akan kehadiran Amelia itu lantas terdiam seribu bahasa. Mukanya merah, sah blushing!

Tak lama selepas itu seorang demi seorang sudah mulai keluar dari rumah hanya bunyi enjin kenderaan memenuhi kawasan rumah itu.





See you all in the next Chapter !

Tunku Ezekiel Noah || CWhere stories live. Discover now