Part 1

752 22 0
                                    

Pada tahun 1997...


"Omma.."

Puan Yong yang hanya tidur-tidur ayam itu, bangun apabila terdengar suara anak lelakinya yang sedang memanggil. Dia tersenyum kecil sambil cuba bersandar pada bantal.

"Kenapa nie sayang? Tak boleh tidur ke?" Lembut Puan Yong bertanya.

Dongwoon mengangguk.

"Tadi Woon ada dengar bunyi pelik kat bawah. Sebab tu Woon tak boleh tidur." Balas Dongwoon sambil memeluk erat anak patungnya. Dia kelihatan takut.

Dahi Puan Yong berkerut. "Bunyi apa sayang?"

"Entahlah omma."

"Kalau macam tu, meh tidur sekali dengan omma ya?" Puan Yong perlahan-lahan berganjak ke tepi. Dongwoon naik ke atas katil lalu membaringkan dirinya sebelah Puan Yong. Anak patung masih dipeluk erat olehnya.

"Tidur ya? Tak elok tidur lambat.." Puan Yong menarik selimut lalu menyelimuti tubuh anaknya. Dia menepuk-nepuk badan Dongwoon supaya anaknya cepat lena.

"Omma.." Terjengul wajah Junhyung di muka pintu.

"Jun?" Puan Yong memandang Junhyung. "Kenapa Jun?"

"Appa.."

"Kenapa dengan appa?"

"Dia ada kat bawah." Kata Junhyung perlahan.

Puan Yong terkejut kecil. "Kenapa dia balik sini?"

.........................................................

Pada tahun 2014...

Kelihatan kereta Toyota Vios hitam sedang memasuki kawasan perumahan.

"Oit.. kau dah tahu kawasan nie tak ada yang murah, kau masuk sini jugak kenapa?" tanya Siwon sebaik Taecyeon memandunya masuk ke kawasan perumahan tersebut.

Terdapat banyak rumah yang boleh disewa tetapi malangnya semuanya mahal-mahal belaka. Bilik asrama di universiti mereka sudah penuh. Terpaksalah mereka tinggal di tempat lain. Yixing di sebelah Taecyeon ralit mencari sebuah rumah yang murah.

"Alah.. mana tahu ada rumah yang murah ke kat sini. Lagipun nie jelah yang paling dekat dengan universiti." Balas Taecyeon.

"Jap! Jap! Aku dah jumpa!" Yixing menepuk-nepuk bahu Taecyeon. Matanya terpaku ke arah sebuah banglo yang kelihatan mewah tetapi terlalu murah untuk disewa. Minwoo yang dari tadi asyik mendengar lagu turut memandang rumah tersebut.

Dia mula berasa tidak sedap hati sebaik terpandangkan rumah tersebut.

"Huiyoo... murah siot!" Siwon sudah tersenyum gembira.

Pantas Taecyeon memandu keretanya menuju ke banglo tersebut. Betul-betul dia memberhentikan keretanya di hadapan banglo.

"5000 won je?" Siwon memegang papan harga yang tergantung pada pagar banglo tersebut. Dibelek-beleknya seketika sebelum mematahkan papan harga tersebut.

"Okay! Sorang 1000 won! Bak sini duit korang!" Siwon pantas menghulurkan tangannya.

"Amboi.. kalau dah masuk bab duit, dialah juaranya." Kata Yixing sebaik turun dari kereta. Taecyeon dan Minwoo turun bersama.

"Kenapa banglo nie murah sangat erk?" tanya Minwoo. "Korang tak rasa pelik ke?"

"Hisy.. kau nie." Siwon menjeling tajam. "Murah pun pelik ke? Atau kau tu yang pelik?" Lalu dia ketawa walaupun jenakannya tidak begitu kelakar.

"Dahlah." Dalih Minwoo, geram dengan Siwon. Yixing dan Taecyeon pula hanya menggelengkan kepala.

Masing-masing memberikan 1000 Won kepada Siwon termasuk dirinya.

"Tak cukup 1000 won lagilah." Kata Siwon sambil bermain-main dengan duit tersebut. Yixing memeriksa dompetnya. Begitu juga dengan Taecyeon.

"Aku ada tapi aku nak guna duit nielah." Kata Taecyeon sambil melepaskan keluhan.

"Yixing?" Siwon memandang Yixing.

"Tak ada. Duit yang aku bagi tu jelah yang tinggal." Balas Yixing.

Tiba-tiba ada seorang lelaki datang menghampiri mereka dengan sebuah bagasi.

"Hai korang." Ucap lelaki itu mesra. Serentak mereka memandang lelaki itu.

"Hai." Balas Yixing mesra. Yang lain hanya tersenyum sebagai balasan.

"Korang nak sewa banglo nie ke?" tanya lelaki. Masih lagi tersenyum.

"Yup."

"Kalau aku nak sewa sekali dengan korang boleh tak?" tanya lelaki itu lantas menghulurkan 1000 won kepada Siwon. Terkebil-kebil mata Siwon dibuatnya. Dia sudah tersenyum lalu mengambil duit itu daripada lelaki tersebut. Yang lain sudah tersenyum.

"Boleh!" Tangannya lincah membuka pintu pagar yang tidak berkunci itu. Setelah membukanya, dia terus masuk ke dalam tanpa menunggu mereka.

"Woi! Kalau ye pun tunggulah sekali!" laung Taecyeon geram. Yixing melepaskan keluhan berat. Dia memandang lelaki tadi semula.

"Sorrylah erk? Dia tu memang macam tu." Kata Yixing, rasa bersalah.

Lelaki itu menggeleng. "Tak apa. Sebelum nie pun aku ada kawan sebijik macam dia. Jadi aku tak kisah sangat."

"Ohyeke?" Yixing tersenyum malu. "Nama aku Yixing."

"Taecyeon!" Taecyeon yang sedang mengangkut barang keluar dari bonet, sempat lagi dia memperkenalkan dirinya.

"Aku Minwoo." Minwoo yang dari tadi asyik berdiri di belakang Yixing turut memperkenalkan diri kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu ketawa. "Junhyung."

"Ooo.. Junhyung." Yixing mengangguk. "Eh, kau universiti mana?"

Junhyung kelihatan tersentak. "Aku.."

"Wei korang! Cepatlah masuk!" laung Siwon dari banglo tersebut.

....................................................


Bersambung

Banglo Seksyen 2Where stories live. Discover now